Kes Pencen Tak Selesai Mula Pegang Kerani Sekolah Ppd Fan Jpn Dapat La Kat Mana Yang Buat Taik
TAK SELESAI LAGI, SAYA BETUL-BETUL MARAH!!!!!!
Pergi Jabatan Pendidikan Selangor hari Jumaat (1 bulan 8) minggu lepas, selepas saya buat panggilan tapi tak berjawab 😡😡 jawapan mereka belum dapat dokumen dari PPD
Pergi PPD semalam hari Selasa, 5 bulan 9, jawapan mereka sekolah lambat hantar dokumen
Telefon kerani sekolah dia bagitahu dia dah hantar awal bulan 8 (seperti dalam gambar)
Allahuakbar.. Korang arwah kakak saya meninggal bulan 4 tau, kalau borang permohonan pencen dia tak bergerak agak-agak bila urusan ni nak selesai?
ARWAH ADA ANAK KECIL... FAHAM KE TAK?? RAYA, SEKOLAH, SUSU, PAMPERS semua ni macam mana??? KEPERLUAN ANAK-ANAK NI MACAM MANA???
Dalam bulan 5 saya dan suami dah selesaikan urusan dokumen, menurut kata kerani sekolah bulan 6 dia dah hantar dokumen ke PPD. Bulan 7 (14 bulan 7 tau!!!!) dapat wassap kata ada 1 dokumen inquiry dari PPD minta kami hantar segera
Hari yang sama kami angkut mak mertua ke bank dan dapatkan dokumen yang di perlukan dan semua tu kami hantar semula kepada kerani sekolah pada hari yang sama 14 bulan 7 (hari Jumaat)
Dari 14 bulan 7 hampir 2 minggu dokumen duduk kat sekolah, semak 1 dokumen sampai 2 minggu?? 3 bulan 8 baru di hantar ke PPD, masa telefon PPD pegawai yang mengurus kata PPD terima dokumen hujung bulan 8
Semalam 5 September?? Dokumen masih di PPD, checkers semua tak ada di pejabat, ada bengkel katanya. Semua pergi yang tinggal hanya kerani dekat kaunter 😡😡
Di PPD, kerani tanya saya khairat kematian dah dapat? Saya maklumkan pada mereka dari hari arwah meninggal tak ada satu sen pun duit yang dia layak terima, diterima lagi
Hanya ada duit sedekah rakan-rakan guru dan saudara mara je. Kami ni mana la tahu apa, kami bukan kakitangan kerajaan tak tahu urusan pencen ni
Tak layak ke saya marah?? Nak husnuzon macam mana lagi?? Saya duduk Sg Besar bukan duduk Shah Alam, anak-anak arwah tinggal dengan mak mertua saya, ayah mereka tak sihat dan mmg tak ambil tahu urusan mereka langsung
Arwah adik Food Panda yang meninggal di Elmina pun dah dapat pencen Perkeso... Nak tunggu viral, baru boleh jalan ke kerja korang??
Kak Fadh Fadhlina Sidek tolong la keluarga arwah ni, kak. Saya dah habis fikir dah. Kenapa la buat macam ni pada anak-anak arwah apa kesalahan arwah pada cikgu-cikgu ni semua??
Arwah tu hampir buta, kira-kira 2 tahun menuju penghujung nyawa dia. Kalau dia menyusahkan sesiapa sampai macam ni kalian layan dia, beritahu la. Arwah ni jenis tak sibuk tak ambil tahu pun hal orang lain
Bukan minta korang tanggung anak-anak dia tapi kami nak hak dia dan hak anak-anak dia. Banyak juga urusan dan permintaa arwah yang tertangguh di sebabkan perkara ni
Kalau ada urusan yang pihak waris kena uruskan maklumkan la pada kami, dalam borang tu dah ada nombor telefon
Kalau kata pegawai kerajaan buat kerja sambil lewa ramai yang melenting, kalau kata pegawai kerajaan harap duit bonus je, ramai yang marah tapi hakikatnya??
Mohon semua sebarkan, biar sampai ke pihak yang berwajib, btw semalam semasa ke PPD memang saya nak jumpa Pengarah PPD malangnya pengarah dan timbalan pengarah semua tak ada di pejabat ada urusan luar. Kalau ada semalam memang saya nak jumpa dan selesaikan perkara ni
KASIHAN LA PADA ANAK-ANAK ARWAH, PADA AYAH DAN MAK MERTUA SAYA YANG DAH UZUR, MEREKA PUN DAH DI PENGHUJUNG USIA MEREKA, MUDAHKAN LA URUSAN MEREKA
Tak setuju skip je, tak payah nak bela sesiapa dalam hal ni, saya nak perkara ni sampai kepada yang berwajib!!!!!
Maklumat tambahan :
Jarak sekolah dengan PPD tak sampai pun 1 jam perjalanan
Jarak PPd ke Jabatan Pendidikan Negeri tak sampai pun 30 min perjalanan
Jarak Jabatan Pendidikan Negeri ke KWAP di Putrajaya dalam masa 1 jam
Jarak saya dan suami nak ke Shah Alam ambil masa 2 jam lebih
Jatak saya dan suami nak ke Putrajaya kira-kira 3 jam lebih
Kalau susah sangat nak hantar dari satu lokasi ke satu lokasi dokumen arwah yang seberat 500kg tu, saya sanggup hantarkan bgtau je bila dan bagaimana. Ye la kalian kan ada banyak kerja di pejabat dan ada keluarga di rumah yang perlu di uruskan saya tak ada apa2 kan???
😡😡😡
#love #peace #respect #stayhumble #ilovewhatido #idowhatiwant #lillahitaala #keranaAllah #cikni #sayamarah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/09/kes-pencen-tak-selesai-mula-pegang.html