Kes Panggil Cikgu Pondan Dan Rotan Pada Lengan Dan Peha
Berikutan kes cikgu rotan murid. Kes rotan bukan isu baru cuma tidak di hebahkan. Di mana2 ada saja ada, bukan setakat rotan, libas dengan batang paip pun ada. Itu zaman dulu, zaman lama2 duluuuu punya cerita untuk membentuk kita menjadi orang.
Tapi kini rotan jadi satu kesalahan pula. Entahla. Kes panggil cikgu pondan di JB, rupanya
JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengesahkan video tular menunjukkan seorang wanita berang selepas anaknya didakwa dirotan pada lengan dan paha selepas memanggil guru lelakinya pondan, berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Johor Bahru
Pengarahnya Azman Adnan berkata, kejadian itu masih dalam siasatan pihak berkuasa
“Ya (benar) kes dilaporkan di sebuah sekolah di Johor Bahru
“Ulasan saya setakat pagi ini ia masih dalam siasatan polis kerana murid dan penjaga sudah membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi bagi mendapatkan pengesahan kejadian itu
Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit dan 28 saat itu, seorang wanita dilihat mempersoalkan tindakan guru lelaki selepas didakwa merotan anak perempuannya yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah
Guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan birat pada tubuh anaknya
“(You) kamu ingat, cikgu besar jangan cakap macam ini. You (kamu) rotan macam ini tengok rotan macam ni eh (sambil menunjukkan kesan birat pada lengan pelajar)
“Tengok dia tangan. You (kamu) rotan sampai macam ini. You (kamu) ini cikgu ah, tak boleh macam ini buat tau. You (kamu) memang salah
“Dia cakap sama you (kamu) saja ma. Cakap ma. Dia ada pukul you (kamu) tak. Dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak... Kalau dia ada pukul you (kamu), kamu pukul dia tak apa. Jangan macam ini,” kata wanita itu ketika merakamkan video berkenaan
Wanita itu turut mempertikaikan tindakan guru terbabit memukul anaknya yang didakwa pada bahagian lengan dan paha kerana geram
Katanya, sebagai pendidik guru terbabit seharusnya mengajar pelajar
Guru lelaki itu kemudian bertanya kepada wanina itu sama ada sudah bertanya kepada anak perempuannya mengenai perkataan dilemparkan kepadanya
Wanita itu kemudian membalas ‘tahu’ iaitu ‘aqua’ (pondan dalam bahasa Mandarin), namun menjelaskan anaknya sudah memohon maaf
Bagaimanapun, guru lelaki berkenaan memberitahu pelajar itu hanya memohon maaf selepas dipukul, dipercayai selepas disarankan oleh rakan sekolahnya
Guru itu mendakwa, tindakan pelajar itu menyebut perkataan pondan secara bersemuka adalah tindakan tidak wajar
Ibu kepada pelajar perempuan itu kemudian bersemuka dengan seorang lagi guru perempuan berhubung kejadian berkenaan
Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial dengan ada yang mempertikaikan cara merotan hingga meninggalkan lebam
Tidak kurang pula yang berkongsi cabaran mendidik pelajar kini semakin sukar, selain pentingnya menghormati guru
Sebagai panduan untuk guru dan diri sendiri, ini garis panduan bentuk hukuman yang tidak dibolehkan disekolah.
Akan saya huraikan lagi berkenaan bentuk hukuman yang dilarang ini dalam post yang akan datang jika ada kelapangan.
Baca juga CARA MEROTAN DALAM ISLAM.
Semakin mencabar. Benar, tugas guru kini semakin mencabar.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/06/kes-panggil-cikgu-pondan-dan-dirotan.html