Kes Najib Penghakiman Berbeza Tidak Boleh Mencemarkan Keputusan Majoriti


 

KUALA LUMPUR: Seorang peguam kanan hari ini berkata sesebuah penghakiman berdasarkan majoriti tidak boleh dianggap sebagai lebih rendah berbanding keputusan sebulat suara dibuat oleh panel tiga atau lima orang hakim.
Kata Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla orang ramai tidak boleh berharap setiap seorang hakim mempunyai pandangan sama bagi sesuatu kes.
"Kita tidak seharusnya melihat penghakiman yang berbeza sebagai mencemarkan keputusan majoriti.
"Hanya kerana terdapat penghakiman yang berbeza pendapat, ia tidak menjadikan keputusan 4-1 sebagai keputusan yang lebih rendah daripada keputusan sebulat suara," katanya.
Haniff Khatri berkata demikian sebagai ahli panel forum awam anjuran Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Dia merujuk kepada keputusan 4-1 oleh lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan Najib Razak untuk menyemak semula hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan ke atasnya.
Bekas Perdana Menteri itu sedang menjalani hukuman tersebut selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Ketika kesalahan tersebut dilakukan SRC merupakan anak syarikat 1MDB.
Susulan keputusan berkenaan, penyokong Najib serta UMNO telah menyifatkan penghakiman berbeza itu sebagai memberikan "harapan baru" untuk bekas presiden mereka dibebaskan dari Penjara Kajang.
Forum awam bertajuk "SPRM, bekas PM dan kebebasan badan kehakiman" turut menampilkan Presiden Badan Peguam Malaysia, Karen Cheah; pakar perlembagaan Prof Shad Saleem Faruqi; dan peguam hak asasi manusia Andrew Khoo.
Penyokong Najib berkata penghakiman berbeza itu datang daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel berkenaan.
Haniff bagaimanapun menegaskan kekananan seseorang hakim dalam sesebuah panel tidak mempunyai peranan dalam mempengaruhi keputusan kerana setiap ahli bebas untuk menulis penghakiman sendiri.
"Kekananan seseorang hakim terhenti di muka kamar perbicaraan. Apabila anda duduk untuk mendengar sesuatu kes, anda semua adalah sama.
"Anda bebas untuk menulis penghakiman anda sendiri. Jadi tidak ada yang pelik mengenai hal itu," katanya.
Haniff Khatri seterusnya menjelaskan di sebalik pandangan berbeza itu, Abdul Rahman tidak mempunyai pendapat berlawanan terhadap pandangan majoriti hakim bahawa mereka tidak bersetuju dengan hujah pembelaan bahawa hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan semasa mendengar perbicaraan Najib.
Sementara itu Cheah  yang mengulangi pandangan Haniff Khatri bahawa Abdul Rahman tidak menyentuh hal berkaitan rayuan utama - menekankan kepentingan "kemuktamadan" dalam mana-mana prosiding undang-undang.
"Untuk membenarkan semakan lain (berdasarkan keputusan Abdul Rahman) boleh menjadi duluan yang berbahaya kerana kita inginkan sesuatu yang muktamad... melainkan ada perkara yang tidak disemak (semasa semakan pertama)," katanya sambil mengakui tiada peruntukan yang melarang semakan kedua difailkan.
Shad Saleem pula berkata Yang di-Pertuan Agong - dalam menyampaikan keputusannya atas nasihat lembaga pengampunan - boleh mengambil kira apa-apa perkara yang berkaitan.
Dalam kes Najib, katanya, perkara itu termasuklah pertuduhan lain yang sedang dihadapi bekas perdana menteri itu di mahkamah.
Shad Saleem berkata tidak seperti dalam bidang kuasa lain apabila pengampunan boleh diberikan sebelum sabitan, keputusan sedemikian adalah tidak berperlembagaan di Malaysia.
Forum petang tadi itu turut dihadiri ketua pasukan pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/04/haniff-khatri-penghakiman-berbeza-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Najib Boleh Runtuhkan Kerajaan Kata Kit Siang

Pengampunan Najib Boleh Runtuhkan Kerajaan Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 214 hits
PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan diraja Menjelaskan pendapatnya itu Kit Siang melihat masalah yang dihadapi...
Terima Kasih Najib Rakyat Boleh Uruskan Sendiri

Terima Kasih Najib Rakyat Boleh Uruskan Sendiri

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 550 hits
Masa memerintah nak dapat jawapan dari mulut sendiri sangat susah Jawapan datang dari mulut orang kedua dan ketiga kononnya takkkan PM nak jawab semua soalan wartawan nak tanya pun ada yg dihalang Di Parlimen ada pula larangan tanya soalan ...
Pengampunan Najib Ditentukan Oleh Keputusan Agong Anwar

Pengampunan Najib Ditentukan Oleh Keputusan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 350 hits
Proses pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak hanya boleh dilakukan oleh Yang di Pertuan Agong Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau akan terlibat dalam proses itu namun bukanlah membuat keputusan a...
Najib Kekal Dalam Penjara Boleh Gugat Prestasi Ph Bn Di Prn

Najib Kekal Dalam Penjara Boleh Gugat Prestasi Ph Bn Di Prn

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 225 hits
Oleh Adam MalikKemunculan maklumat maklumat baru berkaitan isu Nazlan dan pendirian Ketua Hakim Negara membela nya membuat ramai rakyat meluat dan mula persoal keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak Sepatut nya pemerintah bersama gabungan Pa...
Pemuda Umno Pekan Gesa Tubuh Rci Siasat Kepincangan Penghakiman Najib

Pemuda Umno Pekan Gesa Tubuh Rci Siasat Kepincangan Penghakiman Najib

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 226 hits
PEKAN Pemuda UMNO Bahagian Pekan mahu Kerajaan Perpaduan campur tangan dan menilai semula perjalanan penghakiman melibatkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd yang didakwa tidak mendapat peluang perbicaraan yang telu...
6 Aplikasi Boleh Send Terima E Duit Raya Dengan Cara Mudah

6 Aplikasi Boleh Send Terima E Duit Raya Dengan Cara Mudah

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 733 hits
Musim perayaan kian menjelang dengan persediaan untuk menyambut Hari Raya Seperti tahun sebelum ini sambutan Hari Raya tahun ini mungkin berbeza tetapi marilah kami mengamalkan kebiasaan baru Salah satu amalan terbaik adalah menghantar dan ...
Tahanan Bareskrim Boleh Dikunjungi Saat Lebaran Ini Ketentuan Dan Waktunya

Tahanan Bareskrim Boleh Dikunjungi Saat Lebaran Ini Ketentuan Dan Waktunya

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 186 hits
Setiap tahanan hanya diberikan kesempatan untuk berkumpul dengan keluarganya selama 30 menit saja
Tambah Tenaga Tak Cepat Letih Boleh Buat Air Jamu Ni Rasa Berangin Sedap Badan Lepas Minum

Tambah Tenaga Tak Cepat Letih Boleh Buat Air Jamu Ni Rasa Berangin Sedap Badan Lepas Minum

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 249 hits
Dalam kesibukan membuat persiapan hari raya pasti kaum ibu akan merasa letih Sakit badan dan rasa penat akan membuatkan kita mungkin akan menjadi stres dan mulalah hilang mood Salah satu cara nak hilangkan rasa lemau tu bolehlah dibuat air ...
Noooohhhh Mudah Kerja Isley Boleh Maju Noh

Noooohhhh Mudah Kerja Isley Boleh Maju Noh

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 181 hits
KotaBharu TS diletakkan di lokasi strategik untuk membolehkan pengguna mendapatkan bekalan jika berlaku gangguan https www hmetro com my mutakhir 2023 04 958626 388 tangki statik bantu masalah air di kelantan
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi