Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara




 JABATAN Peguam Negara, dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan, masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang melibatkan Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata sebarang keputusan sama ada mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri itu, mendakwa pihak lain yang berkaitan atau sebaliknya akan dibuat selepas siasatan lebih terperinci dan komprehensif selesai.
Beliau berkata jabatan itu tidak pernah menggunakan perkataan ‘menarik balik’ dalam kes melibatkan Ahmad Zahid sebagaimana yang disebut dalam kenyataan Majlis Peguam Malaysia pada Khamis.
“Dalam hal ini, jabatan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut yang antara lain menyatakan bahawa jabatan ini kononnya telah dengan sendirinya mencemarkan reputasi dan kredibilitinya.
“Jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa Peguam Negara hanya melaksanakan tugas dan kewajipan beliau sebagaimana diperuntuk di bawah undang-undang sedia ada. Oleh yang demikian, jabatan ini berharap agar semua pihak dapat memberhentikan sebarang spekulasi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Isnin lepas,  Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB  selepas 114 saksi memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.
Ahmad Terrirudin juga berkata Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara adalah pihak yang mempunyai kedudukan paling baik dalam membuat keputusan sama ada sesuatu pertuduhan harus diteruskan atau tidak berdasarkan pelbagai faktor.
Beliau berkata ia turut melibatkan laporan daripada pihak penyiasatan dan representasi yang dikemukakan.
“Peguam Negara serta Jabatan Peguam Negara tidak boleh secara semberono menolak representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh sebaliknya perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang-undang.
“Dalam kes berkaitan, keputusan Peguam Negara menggunakan budi bicara beliau di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan tidak sama sekali dibuat tanpa sebarang asas mahupun sewenang-wenangnya apatah lagi akibat campur tangan mana-mana pihak,” katanya.
Ahmad Terriruddin berkata representasi-representasi yang dikemukakan dalam kes Ahmad Zahid memiliki terlalu banyak butiran dan setiap representasi mempunyai lebih 200 muka surat tidak termasuk dokumen sokongan yang dilampirkan.
“Oleh itu, sudah tentu Peguam Negara serta jabatan ini perlu mengambil masa untuk meneliti setiap butiran dan dokumen yang disertakan dengan penuh hemah sebelum apa-apa keputusan dan tindakan boleh dibuat,” katanya.
Beliau juga berkata Peguam Negara boleh memberhentikan pertuduhan di mana-mana peringkat selagi penghakiman belum diberikan oleh mahkamah dan ini termasuk di peringkat selepas kes prima facie telah dibuktikan.
“Penting juga untuk dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama sesuatu pertuduhan itu diberhentikan selepas kes prima facie dibuktikan,” katanya. –
Sumner – Bernama, 8 September, 2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/kes-mahkamah-zahid-hamidi-hanya-dihenti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 217 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi Anwar b...
Amanah Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Kes Zahid

Amanah Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Kes Zahid

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 202 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI AMANAH mahu Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan terperinci mengenai alasan yang menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zah...
Perbicaraan Zahid Dihentikan Sementara Siasatan Menyeluruh Dibuat Peguam Negara

Perbicaraan Zahid Dihentikan Sementara Siasatan Menyeluruh Dibuat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 205 hits
MalaysiakiniPeguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata surat surat representasi dan perkembangan lain yang memberikan fakta baru berkatan perbicaraan kes Yayasan Akalbudi terhadap Ahmad Zahid Hamidi membuatkan perbicaraan perlu dihe...
Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 243 hits
You can listen to the one minute video here Netizens have raised questions For example Madani says clearly Peguam Negara kata So IDRUS HARUN PLEASE EXPLAIN WHEN EXACTLY did you Peguam Negara kata And WHY Why did you Idrus Harun go and Pegua...
Kes Zahid Calar Maruah Negara Di Peringkat Antarabangsa

Kes Zahid Calar Maruah Negara Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 192 hits
HARAKAHDAILY 10 9 2023Ahmad Fadhli ShaariKUALA LUMPUR Isu pelepasan 47 kes rasuah melibatkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan negara ini akan menuju ke arah diperintah oleh golongan kaya sekiranya rakyat berdiam diri ...
Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 275 hits
harakahdaily netSeptember 5 2023Mohd Zai MustafaKUALA LUMPUR Pengguguran kes mahkamah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bahawa pentadbiran negara mempunyai isu rasuah yang amat buruk Pengerusi UMMAH Mohd Zai Mustafa berkata sehar...
Dnaa Kes Zahid Rumitkan Keadaan Kata Ahli Parlimen Ph

Dnaa Kes Zahid Rumitkan Keadaan Kata Ahli Parlimen Ph

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 223 hits
malaysiakini comPengguguran pertuduhan Jabatan Peguam Negara terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengakibatkan PH berada dalam dilema kata seorang ahli parlimen kerajaan Dia yang enggan namanya didedahkan berkata tiada ahli...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin