Kes Jenayah Turun 23 Peratus Dalam Tempoh Pandemik Covid 19 Pdrm
























KUALA LUMPUR: Dakwaan kes jenayah di Malaysia meningkat kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat kesan daripada pandemik COVID-19 tidak berasas kerana statistik menunjukkan penurunan kes sebanyak 23 peratus bagi tempoh 1 Jan sehingga 15 Nov tahun ini.
 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan hari ini melaporkan penurunan kes jenayah sebanyak 16,719 kes, berbanding 72,836 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata ini sekali gus menafikan dakwaan kes jenayah di Malaysia menunjukkan peningkatan disebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

 
Beliau berkata PDRM mengambil maklum tentang wujudnya kerisauan dalam kalangan masyarakat mengenai kemungkinan berlakunya peningkatan kes jenayah kerana kesan daripada pandemik ini dengan ramai kehilangan pekerjaan.

 
Masyarakat menjadi gusar apabila wujud berita mengenai trend jenayah ragut di negara ini yang turut tular di media sosial.

 
“Bagi jenayah ragut, sebanyak 1,160 kes dilaporkan dalam tempoh 1 Jan hingga 15 Nov tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun 2019 iaitu 2,216 kes dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,056 kes atau 47.7 (nte: 47.65) peratus.

 
“Seramai 893 suspek telah berjaya ditangkap kerana terlibat dalam jenayah ragut sepanjang tempoh 1 Jan sehingga 15 Nov tahun lepas berbanding 527 suspek dalam tempoh sama tahun ini,” jelasnya.

 
Huzir berkata walaupun statistik menunjukkan penurunan kes, PDRM akan sentiasa memastikan trend jenayah terus menurun dengan mengambil tindakan yang lebih komprehensif demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

 
Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat, berkongsi atau menularkan sebarang berita atau gambaran salah dan tidak tepat berkenaan trend jenayah atau kes-kes jenayah yang tidak disokong dengan fakta yang sahih daripada pihak berkuasa.

 
Tindakan sedemikian bukan sahaja boleh membangkitkan kegusaran masyarakat malah mampu menimbulkan persepsi yang salah terhadap badan penguat kuasa khususnya PDRM, katanya.

 
-- BERNAMA 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/kes-jenayah-turun-23-peratus-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebanyak 1 884 Kes Positif Baharu Tertinggi Sejak Penularan Pandemik Covid 19 Melanda

Sebanyak 1 884 Kes Positif Baharu Tertinggi Sejak Penularan Pandemik Covid 19 Melanda

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 258 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 1 884 kes baru Covid 19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu paling tinggi sejak penularan Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua daripadanya ialah kes import dan baki 1 882 kes penul...
Kes Buang Sampah Haram Turun 50 Peratus Tahun Ini

Kes Buang Sampah Haram Turun 50 Peratus Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM 6 NOV Kes pembuangan sampah haram negeri ini turun kepada 874 setakat September kurang separuh berbanding tempoh sama tahun lalu Sebanyak 1 983 kes dicatatkan tahun lalu manakala 1 532 kes dilaporkan pada 2018 EXCO kerajaan tempat...
Skuad Kebangsaan Korea Selatan Rekodkan 10 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 5 Hari

Skuad Kebangsaan Korea Selatan Rekodkan 10 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 5 Hari

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 248 hits
Skuad kebangsaan Korea Selatan yang baru sahaja mencatatkan kemenangan keatas Qatar 2 1 dalam perlawanan antarabangsa kini berdepan dengan kebimbangan serius selepas seorang pemain dan pegawai mereka disahkan positif COVID 19 Penjaring gol ...
Pekerja Pembersihan Satu Satunya Kes Covid 19 Dalam Masyarakat

Pekerja Pembersihan Satu Satunya Kes Covid 19 Dalam Masyarakat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 239 hits
SINGAPURA Sebanyak sembilan kes baru COVID 19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa menurut Kementerian Kesihatan Terdapat dua jangkitan tempatan termasuk satu kes dalam masyarakat dan satu lagi di dormitori Baki tuju
Bugis Street 2 Cawangan Kopitiam Dikunjungi Kes Covid 19 Semasa Berjangkit

Bugis Street 2 Cawangan Kopitiam Dikunjungi Kes Covid 19 Semasa Berjangkit

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 236 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Bugis Street dan dua kedai makan Kopitiam dimasukkan dalam senarai tempat tempat awam yang dikunjungi kes jangkitan COVID 19 semasa tempoh mereka berjangkit Ini didedahkan Kementerian Kesihatan dalam kenyataan
Covid 19 822 Kes Baharu Hari Ini 769 Pulih

Covid 19 822 Kes Baharu Hari Ini 769 Pulih

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 277 hits
SHAH ALAM 11 NOV Sebanyak 822 kes baharu Covid 19 direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 42 872 Ketua pengarah kesihatan berkata kes pulih pula melibatkan 769 sekali gus meningkatkan angka kumulatif sembuh 31 07...
Penjelasan Bagi Gelombang Pandemik Covid 19 Di Malaysia

Penjelasan Bagi Gelombang Pandemik Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 266 hits
1 Sebelum pandemik COVID 19 tiba ke Malaysia baseline bagi kes COVID 19 di negara kita adalah sifar 2 Kes pertama COVID 19 dilaporkan pada 25 Januari 2020 iaitu 4 kes yang merupakan bukan warganegara yang baru tiba di Malaysia Kes ini adala...
725 Kes Pulih Covid 19 Enam Kematian

725 Kes Pulih Covid 19 Enam Kematian

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 229 hits
SHAH ALAM 10 NOV Sebanyak 725 kes pulih Covid 19 direkodkan hari ini berbanding 1 345 semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh ialah 30 304 Ketua pengarah kesihatan berkata terdapat 869 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruha...
Covid 19 Thailand Rekod 12 Kes Baharu Keseluruhan Kini 3 830

Covid 19 Thailand Rekod 12 Kes Baharu Keseluruhan Kini 3 830

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 244 hits
BANGKOK 7 NOV Thailand mencatatkan 12 kes baharu Covid 19 termasuk satu jangkitan tempatan menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 3 830 sementara jumlah kematian kekal 60 dengan tiada kes kematian dilaporkan hari ini Dalam kenyataan har...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats