Kes Denggi Semakin Positif Di Johor


KES DENGGI SEMAKIN POSITIF DI JOHOR
JOHOR BAHRU – Jumlah kes denggi di negeri ini mencatatkan penurunan, iaitu 261 kes minggu ini berbanding 279 kes pada minggu lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu berkata, perkembangan itu menunjukkan bilangan kes denggi menurun sejak Kempen Johor Perangi Denggi 2020 dilancarkan pada 23 Ogos lalu.
“Hingga 30 September lalu, sebanyak 9,396 kes denggi dilaporkan dengan 35 kematian akibat denggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, satu pendekatan bagi mencapai kejayaan memerangi denggi adalah dengan meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang membiak aedes menerusi Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI).
Jelasnya, OPPI merupakan aktiviti utama yang dijalankan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 untuk memastikan masyarakat peka dan bertanggungjawab menghentikan penularan denggi.
“OPPI merupakan operasi bersepadu melibatkan agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.
“Sekiranya terdapat atau dijumpai pembiakan jentik-jentik di premis kediaman, maka kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan. Sekiranya gagal membayar kompaun, boleh didenda di mahkamah maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Aman berkata, sejak semalam pihak Jabatan Kesihatan negeri mengadakan aktiviti OPPI di kawasan wabak denggi di Taman Perling yang merekodkan 219 kes denggi dari awal tahun hingga 26 September lalu.
“Dalam operasi yang dijalankan melibatkan seramai 177 anggota kesihatan pada hari ini pula, 1,507 premis diperiksa dan 20 daripadanya didapati mempunyai bekas pembiakan jentik-jentik.
“Di persekitaran awam pula, sebanyak 25 tempat pembiakan ditemui di antaranya di bekas-bekas plastik dan pasu bunga yang terbiar. Sebanyak 1,461 bekas yang berpotensi untuk pembiakan turut dijumpai,” katanya.
Katanya, masyarakat perlu memainkan peranan aktif bagi mencari dan memusnahkan tempat-tempat takungan di kediaman mereka yang boleh menjadi pembiakan Aedes, termasuk penjagaan kebersihan persekitaran dan pembuangan sampah secara teratur dalam mencegah denggi.
Menurutnya, masyarakat harus memberi kerjasama kepada petugas kesihatan melakukan pemeriksaan rumah atau semburan kabus, terutama di kawasan kes denggi.
“Sehingga kini, sebanyak 49 OPPI telah dijalankan di seluruh negeri bagi memerangi ancaman denggi,” ujarnya. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/10/kes-denggi-semakin-positif-di-johor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakin Meningkat 317 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

Semakin Meningkat 317 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 240 hits
Sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham telah memaklumkan berkenaan perkembangan semasa pandemik Covid 19 di Malaysia Setakat jam 12 tengahari sebanyak 317 kes baharu positif Covid 19 dan ini menjadika...
Covid 19 Kes Semakin Meningkat Tapi Kerajaan Kata Terkawal

Covid 19 Kes Semakin Meningkat Tapi Kerajaan Kata Terkawal

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 360 hits
MELAKA 3 Okt Pemimpin negara membuat kenyataan bahawa keadaan COVID 19 terkawal Tetapi hari ini Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 317 kes baru Covid 19 setakat tengah hari tadi yang kesemuanya merupakan penularan dalam negara Mana ...
Covid19 Kes Baru 115 Semakin Membimbangkan

Covid19 Kes Baru 115 Semakin Membimbangkan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 271 hits
PUTRA JAYA 28 SEPT Malaysia mencatatkan 115 kes baru Covid 19 dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan 11 034 kes dengan jumlah kes mencecah 1 011 Kes baru terdiri daripada 112 penularan tempatan dan tiga ke...
Kes Positif Dari Sabah Bukan Libatkan Ahli Politik Sahaja

Kes Positif Dari Sabah Bukan Libatkan Ahli Politik Sahaja

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 395 hits
Bukan semua individu yang disahkan positif Covid 19 setelah pulang dari Sabah adalah ahli politik kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat khas menteri berhubung Covid 19 di Putrajaya hari ini Ism...
Catat 10 Kes Positif Pusat Beli Belah 1 Utama Jadi Kluster Baru Di Selangor

Catat 10 Kes Positif Pusat Beli Belah 1 Utama Jadi Kluster Baru Di Selangor

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 392 hits
Selangor telah mengarahkan pusat beli belah 1 Utama untuk ditutup selama tujuh hari selepas terdapat kes positif Covid 19 melibatkan staf di salah satu premis disana Orang ramai yang berkunjung ke Mac City Centre dan Parkson Elite 1 Utama d...
1 Utama Pula Catat Kes Positif Covid 19

1 Utama Pula Catat Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 224 hits
Selepas beberapa pusat membeli belah di ibu kota mencatatkan kes positf Covid 19 pada minggu lalu kini pusat membeli belah terkenal di Bandar Utama Petaling Jaya iaitu 1 Utama atau lebih dikenali dengan gelar OU pula menyusul Perkara terseb...
Orang Ramai Kembali Gusar Satu Kes Positif Covid 19 Di Kesan Di Kuantan

Orang Ramai Kembali Gusar Satu Kes Positif Covid 19 Di Kesan Di Kuantan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 254 hits
KUANTAN Orang ramai di sekitar bandar ini kecoh dan kembali gusar apabila dilaporkan satu kes positif Covid 19 telah di kesan di sini Memo tentang perkara itu telah disebarkan menerusi media sosial sejak semalam Laporan menyatakan kes berke...
691 Kes Baharu Positif Covid 19 4 Dilaporkan Meninggal Dunia

691 Kes Baharu Positif Covid 19 4 Dilaporkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 268 hits
Perkembangan terkini Covid 19 di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 691 kes baharu positif Covid 19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari 6 Oktober 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku