Kes Covid 19 Tekanan Semakin Tinggi Kerajaan Tunggu Apa Lagi


 

Penularan wabak Covid-19 semakin genting di negara ini dengan 3,027 kes baru dilaporkan setakat ini. Semalam, Malaysia merekodkan 2,593 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berada pada 25,742 kes manakala jumlah keseluruhan kes pada 128,465.
Semalam, dia memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid-19, dengan mencadangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih “disasarkan” untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.
Katanya, sistem penjagaan kesihatan kini bergelut dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada “tahap genting” (breaking point).
Perangkaan hari ini, menunjukkan Johor mengatasi negeri-negeri lain dengan 1,103 kes atau 36.4 peratus daripada jumlah kes hari ini manakala Selangor pula mempunyai 706 kes 923.3 peratus).
Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Sabah (493), Kuala Lumpur (316), Pulau Pinang (111), Kelantan (66), Negeri Sembilan (63), Perak (59), Kedah (30), Pahang (25), Putrajaya (17), Sarawak (14), Melaka (11), Terengganu (10) dan Labuan (3).
Hanya Perlis yang tidak mempunyai sebarang kes.
Dr Noor Hisham berkata, bagi kes penularan di dalam negara, 1,577 kes adalah warganegara Malaysia (52.2 peratus) dan 1,444 kes adalah bukan warganegara.
Sementara itu, daripada keseluruhan 3,027 kes baru hari ini, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Menurutnya, terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.
Kluster-kluster berkenaan adalah:
Kluster Senai Murni di daerah Kulai di Johor. 66 kes. Kluster tapak bina Hartamas di tempat kerja melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. 48 kes. Kluster Damai Pelangi di sebuah pusat tahanan di daerah Hulu Selangor di Selangor. 21 kes. Kluster tapak bina Jalan Ipoh di daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.98 kes. Kluster Rungkup di daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 20 kes. Kluster Desa Setapak di daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 15 kes. Kluster Jalan Jaya membabitkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 7 kes. Kluster Ziarah Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya. 7 kes. Kluster Keranji Tabuan di daerah Kuching di Sarawak. 6 kes. “Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 316 kluster, termasuk tujuh kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Cempaka, kluster Hilir, kluster Karamunting, kluster Lengkuk, kluster Prestij, kluster Sutera, dan kluster tapak bina Sungai Udang.
“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya.
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi adalah kluster Bukit Pasir (779 kes), kluster Dataran Utas (156 kes), dan kluster Beringin (101 kes).
Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 2,145 kes pulih Covid-19. Dengan perkembangan itu, katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 102,723 atau 79.96 peratus.
“Sehingga kini, terdapat 142 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19,” katanya.
Daripada jumlah itu tujuh mangsa adalah warga negara.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 521 kes atau 0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 

The post Kes Covid-19: Tekanan Semakin Tinggi, Kerajaan Tunggu Apa Lagi? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/07/kes-covid-19-tekanan-semakin-tinggi-kerajaan-tunggu-apa-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Noor Hisham Luah Kebimbangan Kes Kematian Akibat Covid 19 Semakin Tinggi

Dr Noor Hisham Luah Kebimbangan Kes Kematian Akibat Covid 19 Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 328 hits
Petugas kesihatan menguruskan jenazah yang mati akibat Covid 19 CYBERJAYA 8211 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan dengan pertambahan kes kematian akibat Covid 19 pada setiap hari Beliau berkata s...
Kkm 2 335 Kes Covid 19 Paling Tinggi Dicatatkan Malaysia

Kkm 2 335 Kes Covid 19 Paling Tinggi Dicatatkan Malaysia

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 330 hits
Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID 19 tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 2 335 kes Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 26 Dis Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid 19 tertinggi sejak pandemik itu melanda nega...
Hiburan Kes Covid 19 Tinggi Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi Di Langkawi

Hiburan Kes Covid 19 Tinggi Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Batal Majlis Resepsi Di Langkawi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 479 hits
Saban hari semakin meningkat kes positif COVID 19 di Malaysia Penularan yang sepertinya tidak akan reda dalam masa terdekat ini nyata membuatkan ramai yang bimbang dan mengambil langkah lebih berwaspada Sama juga dengan pasangan Nabil Mahir...
Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

Kerajaan Pertimbang Sekatan Lebih Ketat Seperti Pkp Untuk Atasi Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 263 hits
Astro AwaniJelas sumber pakar kesihatan percaya sekatan itu boleh mengurangkan kadar kes harian sehingga 80 peratus Gambar fail KUALA LUMPUR Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan langkah sekatan yang lebih tegas seperti dilaksanakan pada p...
Ngo Dakwa Kerajaan Pn Silap Langkah Punca Lonjakan Kes Covid 19

Ngo Dakwa Kerajaan Pn Silap Langkah Punca Lonjakan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 156 hits
Kerajaan Perikatan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan silap langkah yang menyebabkan peningkatan mendadak kes Covid 19 sebelum pengisytiharan darurat kata NGO hak asasi manusia antarabangsa Timbalan Pengarah Human Rights Watch...
Kes Covid Meningkat Kerana Kerajaan Pn Mahu Berkuasa

Kes Covid Meningkat Kerana Kerajaan Pn Mahu Berkuasa

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 179 hits
Hamdan Taha Kita akan menyambut ramadhan tak lah lama lagi apakah kali ini sambutan ramadhan dan hari raya seperti tahun 2020 Begitu lah yang ada dalam fikiran saya Sekarang kes telah melebih angka tiga ribu dan kerajaan PN masih biarkan da...
Temco Di Kawasan Catat Kes Tinggi Positif Covid 19

Temco Di Kawasan Catat Kes Tinggi Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 176 hits
Temco di kawasan catat kes tinggi positif Covid 19 Temco kawasan catat tinggi positif Covid 19
Kerajaan Nafi Kos Vaksin Covid 19 Malaysia Lebih Tinggi Daripada Belgium

Kerajaan Nafi Kos Vaksin Covid 19 Malaysia Lebih Tinggi Daripada Belgium

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 218 hits
Kerajaan membayar RM2 05 bilion bagi perolehan 26 5 juta vaksin COVID 19 untuk diberikan kepada 26 5 juta rakyat KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini menafikan bahawa kos vaksin COVID 19 untuk seorang rakyat Malaysia lebih mahal daripada yang dit...
Kes Covid 19 Dijangka Meningkat 1 2 Minggu Akan Datang

Kes Covid 19 Dijangka Meningkat 1 2 Minggu Akan Datang

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 197 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes positif harian akan meningkat dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang susulan negara merekodkan kes jangkitan dan kluster tertinggi hari ini Dalam sidang me...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang