Kes Covid 19 Dijangka Mula Stabil 1 Atau 2 Minggu Lagi Dr Noor Hisham


TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO BERNAMA


Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dengan proses vaksinasi yang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak itu.

Katanya, lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

"KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan.

"Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program 'The Nation' bertajuk 'Covid-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita' terbitan Bernama TV yang dihoskan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi, malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata mengambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu.

Beliau berkata pematuhan yang berterusan oleh semua pihak serta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di lapangan seperti sektor perkilangan, perlu dipertingkatkan dalam usaha mengawal lebih banyak jangkitan khususnya membabitkan penularan di tempat kerja.

Menjelaskan situasi kapasiti beberapa hospital yang dilaporkan sesak dengan jumlah pesakit Covid-19, beliau berkata KKM sedang giat meningkatkan keupayaan hospital untuk menampung pesakit terutama individu dengan jangkitan tahap empat dan lima di unit rawatan rapi (ICU).

"Masalah yang kami hadapi ialah pesakit tahap empat dan lima mengambil masa lama untuk dirawat dalam ICU antara dua hingga lima minggu termasuk yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Inilah kekangan yang dihadapi kerana jumlah pesakit tahap empat dan lima juga bertambah dan menjadi sesak. Oleh sebab itu KKM sedaya upaya meningkatkan lagi kapasiti hospital," katanya.

Terdapat lima tahap jangkitan Covid-19. Tahap satu - tidak bergejala; tahap dua - bergejala ringan; tahap tiga - bergejala dan mengalami radang paru-paru; tahap empat - bergejala, mengalami radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen; serta tahap lima - bergejala kritikal dan memerlukan rawatan di ICU.

Pada hari Sabtu, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi dengan 9,353 kes baharu dengan 29 lagi kluster baharu termasuk 19 kluster tempat kerja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/kes-covid-19-dijangka-mula-stabil-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Noor Hisham Kes Dijangka Meningkat Dalam Tempoh 2 Minggu

Covid 19 Noor Hisham Kes Dijangka Meningkat Dalam Tempoh 2 Minggu

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 483 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan menjangkakan kes jangkitan kes Covid 19 akan meningkat dalam tempoh seminggu ke dua minggu akan datang selepas lebih 11 000 kes dilaporkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata...
Dr Noor Hisham Covid 19 Cases May Drop Below 1 000 Daily By End Of October With Ramped Up Second Dose Vaccinations

Dr Noor Hisham Covid 19 Cases May Drop Below 1 000 Daily By End Of October With Ramped Up Second Dose Vaccinations

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 353 hits
A general view of the Covid 19 Assessment Centre at Malawati Stadium in Shah Alam on July 14 2021 Malay Mail photo KUALA LUMPUR Daily Covid 19 cases numbers are expected to dip below the 1 000 mark some time in October if vaccination rate i
Health Ministry Approves Sinopharm Covid 19 Vaccine Noor Hisham

Health Ministry Approves Sinopharm Covid 19 Vaccine Noor Hisham

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 338 hits
Malaysia s health authority today greenlighted the Sinopharm Covid 19 vaccine for use in the country under conditional emergency approval In a statement Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said the decision on the vacci...
Kkm Jangka Kes Harian Turun Satu Dua Minggu Lagi Kata Hisham

Kkm Jangka Kes Harian Turun Satu Dua Minggu Lagi Kata Hisham

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 268 hits
Dr Noor Hisham Abdullah berkata lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid 19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD KUALA LUMPUR Kementerian Kesihata...
Covid 19 Delta Variant Can Infect A Person In 15 Seconds Says Dr Noor Hisham

Covid 19 Delta Variant Can Infect A Person In 15 Seconds Says Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 311 hits
A pedestrian walks past a digital screen displaying the new daily record of Covid 19 cases in Kuala Lumpur July 15 2021 Picture by Firdaus LatifKUALA LUMPUR July 15 The new strains of Covid 19 are highly contagious and can spread through th...
28 Kes Varian Baharu Virus Sars Cov 2 Dikesan Kata Noor Hisham

28 Kes Varian Baharu Virus Sars Cov 2 Dikesan Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 253 hits
28 kes varian baharu virus SARS CoV 2 dikesan kata Noor Hisham Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jul 2021 10 5
Sensitivity Of Two Saliva Covid 19 Self Tests Over 90pct Noor Hisham

Sensitivity Of Two Saliva Covid 19 Self Tests Over 90pct Noor Hisham

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 312 hits
Studies by the Institute for Medical Research found two self test devices that use saliva for Covid 19 screening have sensitivity levels of above 90 percent Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said the studies by IMR ha...
Ambil Iktibar Patuhi Sop Elak Peningkatan Kes Dalam Komuniti Ketika Aidiladha Rayu Noor Hisham

Ambil Iktibar Patuhi Sop Elak Peningkatan Kes Dalam Komuniti Ketika Aidiladha Rayu Noor Hisham

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 289 hits
Noor Hisham berkata 267 kluster komuniti dengan 17 106 kes positif dilaporkan tercetus susulan sambutan perayaan lalu iaitu Aidilfitri dan Hari Gawai PETALING JAYA Masyarakat diseru mengambil iktibar dengan sama sama menjaga diri dan keluar...
Dr Noor Hisham Latest Projection Shows Malaysia S Covid 19 Infections To Rise

Dr Noor Hisham Latest Projection Shows Malaysia S Covid 19 Infections To Rise

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 352 hits
The trend of declining Covid 19 cases since June was reversed based on the Health Ministry s latest projection for infections to climb in coming weeks According to the current Susceptible Exposed Infectious Removed projection Health directo...
Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Asam Pedas Ikan Merah

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Mi Bandung Sedap Warung Siti Hakim

Salam Khamis Penuh Makna 3 Julai 2025

Minawaty Dewi Wanita Lubang Buaya Chord

Halim Feat Kmy Kmo Layar Boneka Chord