Kes Bunuh Racun Rakan Sendiri Jessica Kumala Wongso Dipenjara 20 Tahun
Sebenarnya iday dah lama follow lama kes pembunuhan ni. Jessica Kumala Wongso dituduh membunuh rakannya Mirna dengan meletak racun kedalam Vietnam coffee di sebuah cafe di Indonesia.
Terkejut iday bila Jessica Kumala Wongso dijatuhkan hukuman 2o tahun penjara.
Rakaman CCTV menunjukkan detik Mirna diracun dan pengsan sebelum mati
Serius scary kalau tengok balik rakaman tu. Iday siap ikut perbicaraan kes ini sebab diorang memang live dekat youtube.
Okay, mesti ramai yang belum tahu tentang kes ini, iday nak share kronologi kes ini, so harap korang faham :
6 Januari 2016
- Jessica berjanji berjumpa Mirna, Hani dan Vera di Kafe Oliver, Indonesia. Jessica memilih meja 54 di cafe tersebut. Jessica datang awal dan sempat membeli barang di Body & Bath untuk kawannya.
- Jessica memesan coffee kesukaan Mirna iaitu Vietnam Ice Coffee.
- Kemudian Mirna dan Hani datang ke cafe tersebut. Vera tidak jadi datang.
- Mirna meminum kopi dan mula merasakan bau kopinya sangat pelik dan meminta Jessica dan Hani turut bau kopinya.
- Jessica bangun dan cuba meminta air dengan pelayan dan meninggalkan Hani dan Mirna di meja. Hani sempat merasa sedikit dan tidak tahan dengan rasa air coffee tersebut.
- Tiba-tiba Mirna pengsan dan tidak sedarkan diri. Mirna akhirnya dikatakan meninggal di klinik.
Cuba check video detik-detik kematian Mirna diterangkan oleh saksi iaitu Hani:
- Racun cyanide dijumpa dalam badan Mirna dan menyebabkan kematiannya. Hasil forensik, terdapat 3 gram racun cyanide dalam coffee tersebut dan mampu membunuh 5 orang sekaligus.
29 Januari 2016
- Jessica ditangkap dan menjadi suspek kepada pembunuhan Mirna. Jessica ditangkap di sebuah hotel iaitu Hotel Neo, Mangga Dua, Jakarta Utara.
- Kemudian kes pembunuhan dibicarakan di Mahkamah.
27 October 2016
- Jessica didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman selama 20 Tahun. Penguambela Jessica tidak berpuashati dan ingin membuat rayuan.
- Tapi serius, Jessica memang nampak tenang je waktu dijatuhkan hukuman. Itu yang buat iday confuse, betul ke dia bersalah?
Sepanjang sidang perbicaraan tu, banyak lah bukti-bukti ditunjukkan, ada juga tayangan CCTV sepanjang dalam cafe tersebut. Memang macam tengok telenovela pembunuhan dah.
Kenapa Jessica nak bunuh Mirna?
Dari apa iday baca and dengar, Jessica berdendam dengan Mirna kerna Mirna pernah minta Jessica putus dengan teman lelakinya yang baran dan kaki pukul. Setelah putus, Jessica menuduh Mirna cuba menghancurkan hidupnya. Then ada juga yang kata Jessica cemburu dengan Mirna.
Ramai yang tanya, kenapa 20 tahun je?
Jessica ni kan dah jadi penduduk tetap Australia, Polis persekutuan dekat sana dah cakap yang hukuman mati tidak akan dikenakan. Sebab kalau dekat Australia, law dekat sana dah tetapkan tiada hukuman mati untuk kes bunuh. Sebab banyak kes, yang bila dah hukum mati, tiba-tiba tak bersalah. Korang boleh baca banyak tentang ni dekat wiki. Hehehe
Padahal kalau dekat Indonesia, kalau kes bunuh macam ni patut kena hukuman mati.
Gigih tahu follow kes ni sampai subsribe semua video news dekat Indonesia. Haha Tapi sekarang kan nak dibawa ke Mahkamah Rayuan so, nanti nak tengok update terbaru.
p/s : untuk lebih details, boleh search "jessica kumala wongso". Article ini just summary dari keseluruhan kes. Senang nak faham :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sayaiday.com/2016/10/kes-bunuh-racun-rakan-sendiri-jessica.html