Kes Budak Tercampak Atas Jalan Pemandu Myvi Direman Tiga Hari


REMBAU, 12 Feb — Seorang lelaki direman tiga hari  bagi membantu siasatan kes kemalangan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar dari kenderaan dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan DSP Shaifulizan Sulaiman berkata reman bagi pemandu Myvi berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Majistret Rembau, di sini bermula hari ini sehingga 14 Feb.
Lelaki berkenaan yang memakai kemeja-T dan berseluar pendek berwarna hitam tiba di mahkamah pada kira-kira 9.30 pagi, diiringi anggota polis.
Semalam, rakaman video kejadian berkenaan yang berdurasi 59 saat, tular di media sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai netizen.
Dalam kejadian pada 3.21 petang di kilometer 235.5 lebuhraya PLUS, berhampiran Senawang, seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan.
Susulan rakaman video berkenaan, pemandu Perodua Myvi yang dipercayai menghimpit kenderaan berkenaan, ditahan di Batu Berendam, Melaka, kira-kira pukul 4.50 petang, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon yang meluangkan masa melawat kanak-kanak tersebut, S. Tisshaaanth, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban berkata mangsa berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan luaran.
“Daripada pemeriksaan x-ray, tiada apa-apa kecederaan dalaman dialami,” katanya kepada pemberita sambil menambah kerajaan negeri akan menyumbang kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) serta bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.
“Yang penting (dalam insiden ini) ialah (penggunaan) CRS. Sekiranya mereka menggunakan CRS, memang insiden seperti ini tidak akan berlaku dan saya harap dengan insiden ini, orang ramai akan mula mematuhi undang-undang penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak malang itu K. Satthiaseelan, 33, ketika menceritakan detik cemas berkenaan berkata ketika kejadian, beliau yang berada di lorong kanan lebuh raya terbabit, mendapat isyarat lampu daripada pemandu kereta Honda Jazz di belakang kenderaannya, yang diikuti rapat sebuah Perodua Myvi.
“Ketika saya mahu ke tepi, secara tiba-tiba terdapat sebuah Perodua Myvi yang datang dari lorong paling kiri terus ke lorong paling kanan dan kemudian telah melanggar bahagian kiri belakang kereta saya dan saya tidak dapat berbuat apa-apa dan melanggar pembahagi jalan.
“Selepas itu, anak saya sudah ‘terbang’ daripada kereta melalui cermin sisi (sebelah penumpang) yang pecah. Saya berhentikan serta-merta kereta saya di lorong tengah dan mencari anak saya, namun dia tiada dalam kereta. Saya kemudian nampak, anak saya berada di tengah jalan, jadi saya terus berlari mendapatkannya,” katanya yang menetap di Taman Cempaka, Rantau.
Dalam pada itu, beliau yang bekerja di kilang perabot di Jalan Pantai, Seremban turut berterima kasih dengan pertolongan yang diberikan semua pihak termasuk pemandu lori yang telah memberhentikan kenderaan dan keluar menyelamatkan anak lelakinya, Tisshaaanth.
Sumber : BERNAMA
The post Kes Budak Tercampak Atas Jalan, Pemandu Myvi Direman Tiga Hari appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/12/kes-budak-tercampak-atas-jalan-pemandu-myvi-direman-tiga-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Cedera Teruk Dimuka Didakwa Tercampak Dari Kereta Dilanggar 2 Myvi Sedang Berlumba

Budak Cedera Teruk Dimuka Didakwa Tercampak Dari Kereta Dilanggar 2 Myvi Sedang Berlumba

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 1003 hits
Seperti mana yang kita tahu kemalangan yang berlaku bukan kerana jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik malah sikap pemanduan yang memandu sambil lewa menyebabkan membahayakan pengguna jalan raya lain berhadapan dengan risiko kemala...
Tiga Puluh Satu Hari Berlalu

Tiga Puluh Satu Hari Berlalu

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 707 hits
Assalammualaikum wbtTIGA PULUH SATU HARI BERLALU Hari ini hari terakhir dibulan Januari Sebelas bulan lagi berbaki ditahun 2020 Cepatkan Memang Barangkali ada yang kata baru nak mula atau belum mula lagi atau alhamdulillah dah mula dan berj...
Insiden Budak Tercampak Jangan Pertikai Pelaksanaan Crs Kata Anthony

Insiden Budak Tercampak Jangan Pertikai Pelaksanaan Crs Kata Anthony

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 335 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook meminta semua pihak tidak lagi mempersoalkan keperluan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak susulan kemalangan budak berusia 2 tahun yang tercampak di lebuh raya Isnin lalu Foto Sinar Harian ...
Singapura Sahkan Tiga Kes Covid 19 Enam Dibenarkan Pulang

Singapura Sahkan Tiga Kes Covid 19 Enam Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 217 hits
SINGAPURA Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan tiga lagi kes baharu COVID 19 dikesan di republik itu menjadikan jumlahnya kepada 50 kes MOH dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua tiga kes itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke C...
Koronavirus Tiga Lagi Kes Positif Jumlah Terkini Tujuh

Koronavirus Tiga Lagi Kes Positif Jumlah Terkini Tujuh

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 532 hits
Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan awal pagi...
Budak Hampir Maut Dilanggar Myvi Dipercayai Sedang Berlumba

Budak Hampir Maut Dilanggar Myvi Dipercayai Sedang Berlumba

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 283 hits
Ingat tak lagi dengan kisah sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka yang maut bersama sama selepas kenderaan mereka dirempuh oleh sekumpulan kereta Myvi yang dikatakan sedang berlumba Kali ini perkara yang sama berlaku terhadap seor...
Yussof Rawther Polis Maklumkan Tiada Bukti Kukuh Untuk Mula Kes Ke Atas Farhash

Yussof Rawther Polis Maklumkan Tiada Bukti Kukuh Untuk Mula Kes Ke Atas Farhash

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 164 hits
MALAYSIAKINI Muhammed Yusoff Rawther berkata polis memaklumkannya bahawa tiada bukti mencukupi berhubung dakwaan dia diserang pada Mei lalu oleh Farhash Wafa Salvador yang merupakan setiausaha politik Anwar Ibrahim di pejabat presiden PKR i...
Rosmah Tak Hadir Hari Pertama Perbicaraan Kes Rasuah Sebab Tak Sihat Pendakwaan Mohon Waran Tangkap

Rosmah Tak Hadir Hari Pertama Perbicaraan Kes Rasuah Sebab Tak Sihat Pendakwaan Mohon Waran Tangkap

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 359 hits
Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Tinggi di sini hari ini menarik balik jaminan dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berikutan kegagalan menghadiri perbicaraan kes rasuah RM5 juta yang dihadapinya Terdahulu kes r...
Perghh Pemandu Tak Bagi Signal Penunggang Motosikal Kongsi Dua Kali Jatuh Berjemaah Atas Jalan Raya

Perghh Pemandu Tak Bagi Signal Penunggang Motosikal Kongsi Dua Kali Jatuh Berjemaah Atas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 317 hits
Pemandu tak bagi signal penunggang motosikal kongsi dua kali jatuh berjemaah atas jalan raya Arif mengalami luka dan bengkak di beberapa bahagian badan manakala motosikalnya juga rosak teruk gara gara sikap seorang pemandu kereta yang tidak...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine