Rosmah Tak Hadir Hari Pertama Perbicaraan Kes Rasuah Sebab Tak Sihat Pendakwaan Mohon Waran Tangkap


Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menarik balik jaminan dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, berikutan kegagalan menghadiri perbicaraan kes rasuah RM5 juta yang dihadapinya.
Terdahulu, kes rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM5 juta yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Loading… Bagaimanapun, sebaik prosiding bermula jam 2.10 petang, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, memaklumkan anak guamnya tidak dapat menghadiri perbicaraan kes berikutan tidak sihat dan mendapat cuti sakit daripada Hospital KPJ Ampang Puteri bertarikh 2 Februari.
Jagjit memohon butiran penyakit anak guamnya tidak dibacakan di mahkamah atas alasan ia akan dilaporkan media, namun menyebut salah satu penyakit dialami Rosmah adalah Adesonian Crisis.
“Hasil carian menerusi Google, penyakit Asedonian Crisis mampu mengancam nyawa dan laporan perubatan doktor menyatakan pesakit memerlukan tempoh seminggu hingga dua minggu untuk pulih.
“Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon perbicaraan minggu ini dilapangkan,” katanya.
Sri Ram kemudian membantah permohonan itu dan memaklumkan ia adalah cubaan Rosmah di saat-saat akhir untuk tidak menghadiri perbicaraan terhadap pertuduhan dihadapinya.
“Pihak pendakwaan juga membantah permohonan pembelaan untuk tidak mendedahkan penyakit dialami tertuduh.
“Penyakit sebenar Rosmah adalah beliau terdedah kepada terlalu banyak publisiti dan tidak mahu menghadirkan diri ke mahkamah.
“Pihak pendakwaan hanya akan menerima surat cuti sakit tertuduh sekiranya beliau memberikan notis lebih awal dan diperiksa oleh doktor kerajaan,” katanya.
Sri Ram kemudian memohon mahkamah menarik balik ikat jamin dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Rosmah.
“Sekiranya ditahan di lokap, beliau akan lebih rela untuk hadir ke mahkamah,” katanya.
Sebaik mendengar permohonan itu, suasana mahkamah bertukar tegang apabila Jagjit mengungkit tindakan pihak pendakwaan yang menarik balik pertuduhan terhadap bekas pegawai khas Najib, Rizal Mansor, yang sebelum ini didakwa bersama Rosmah, pada saat-saat akhir.
“Pembelaan tidak meminta keseluruhan perbicaraan dilapangkan, sebaliknya sehingga 8 Februari ini saja,” katanya.
Melihat keadaan bertukar tegang, Mohamed Zaini memaklumkan mahkamah bersimpati dengan keadaan tertuduh dan bersedia memenuhi keperluan Rosmah untuk menggunakan kerusi roda sepanjang perbicaraan.
“Bagaimanapun tarikh perbicaraan di mahkamah ini adalah sangat berharga dan hanya akan membenarkan penangguhan untuk hari ini, manakala tarikh esok dilapangkan.
“Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula Rabu ini dan membenarkan tertuduh menggunakan kerusi roda,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Rosmah menerima rasuah wang tunai berjumlah RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Rizal.
Wang itu sebagai upah kerana membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Gense/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion, secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, pada 20 Disember 2016.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 15 November 2018, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Sumber: Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/rosmah-tak-hadir-hari-pertama-perbicaraan-kes-rasuah-sebab-tak-sihat-pendakwaan-mohon-waran-tangkap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Positif Koronavirus Dirawat Di Langkawi Sudah Sihat Kes Pertama Berjaya Dipulihkan Di Malaysia

Budak Positif Koronavirus Dirawat Di Langkawi Sudah Sihat Kes Pertama Berjaya Dipulihkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 360 hits
Seorang kanak kanak perempuan warga China yang disahkan positif dijangkiti koronavirus dan dirawat di Hospital Sultanah Maliha Langkawi telah dibenarkan pulang Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia ha...
Bicara Kes Rasuah Rosmah Bermula Esok

Bicara Kes Rasuah Rosmah Bermula Esok

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR 2 FEB Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan membuat penampilan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghadiri perbicaraan bagi pertuduhan jenayah Rosmah akan menghadiri per...
Baru Hari Pertama Dihantar Ke Rumah Pengasuh Bayi Kebiruan Meninggal Dunia

Baru Hari Pertama Dihantar Ke Rumah Pengasuh Bayi Kebiruan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 669 hits
The ReporterSeorang ibu tidak menyangka hari pertama menghantar anaknya yang berusia setahun ke rumah pengasuh juga adalah merupakan hari terakhir dia melihat anaknya Safiah 29 ibu kepada Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim berkata ana...
Bonding Ayah Anak Boleh Dibina Dengan Hanya Tukar Lampin Anak Sejak Hari Pertama Lahir

Bonding Ayah Anak Boleh Dibina Dengan Hanya Tukar Lampin Anak Sejak Hari Pertama Lahir

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 353 hits
Tahukah anda perhubungan yang rapat antara ayah dan anak boleh dibina dengan hanya menukar lampin anak sejak hari pertama anak lahir 3 tahun pertama kehidupan seorang anak adalah waktu kritikal di mana attachment sangat diperlukan Attachmen...
Kes Pertama Di Uae 4 Warga China Dipercayai Dijangkiti Koronavirus

Kes Pertama Di Uae 4 Warga China Dipercayai Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 410 hits
Menurut Kementerian Kesihatan UAE Empat anggota keluarga yang tiba dari Wuhan telah dijangkiti koronavirus dan menjadikan ia kes pertama di Timur Tengah Keluarga tersebut dikatakan telah tiba di negara itu pada 16 Januari Menurut pegawai ke...
Kes Pertama Demam Babi Afrika Dilaporkan Di Selatan Filipina

Kes Pertama Demam Babi Afrika Dilaporkan Di Selatan Filipina

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 454 hits
MANILA Sampel darah yang diambil dari babi di wilayah selatan di Filipina pengguna daging babi ke 10 terbesar di dunia diuji positif untuk virus demam babi Afrika kata Jabatan Pertanian hari ini Ia adalah kes pertama yang dilaporkan mengena...
Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 656 hits
Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ini Dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki d...
Penyelaras Parlimen Bera Dilantik Dari Orang Yang Ada Kes Rasuah

Penyelaras Parlimen Bera Dilantik Dari Orang Yang Ada Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 274 hits
Satu lagi keajaiban di dalam kerajaan PH yang amat bertentangan dengan semangat reformasi salah satunya adalah mereformkan semua institusi dan pentadbiran dari sebarang amalan rasuah Kerajaan yang baik bukan sahaja perlu bersih tetapi mesti...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025