Kes Bag Berat Ni Dah Tak Selesai Sejak 20 Tahun Dulu


 




(Video) ‘Tulang belakang anak bengkok 40 darjah’; ayah kesal ramai pelajar ‘mangsa’ beg sekolah berat



Zeanaaima Mohd Yusof -February 8, 2022 Imej x-ray Awin menunjukkan keadaan tulang belakangnya yang bengkok.BANGI: Seorang pelajar terpaksa menjalani pembedahan baru-baru ini untuk membetulkan tulang belakang yang bengkok 40 darjah – masalah yang dikaitkan kepada menggalas beg sekolah berat saban tahun.
Bapa Nurul Hanim Fazwin, 17, Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, yang juga pakar kanak-kanak, yakin rutin menggalas beg sekolah berat bertahun-tahun bukan sahaja memberi kesan kepada anaknya, tetapi juga ramai pelajar sekolah di seluruh negara.
Susulan pembedahan itu, Nurul Hanim yang aktif bersukan sebelum ini, terpaksa menjalani kuarantin dalam ‘bilik sejuk’ di rumahnya. Beliau tidak boleh berpeluh sama sekali dan terpaksa menghuni bilik bersuhu 16 darjah celsius siang dan malam selama 21 hari.
“(Lepas ini) tak boleh bawa beg berat. Tak boleh jalan banyak sangat, tak boleh bersukan, tak boleh turun (naik) tangga,” kata Hanim, merujuk kepada nasihat pakar bedah.
Nurul Hanim Fazwin, 17, anak sulung daripada 11 adik beradik sangat aktif bersukan sebelum PKP dilaksanakan.Beliau akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini, namun masa depan persekolahannya masih samar.
Walaupun sudah menyerahkan surat doktor kepada sekolah, ayahnya masih menunggu kelulusan guru besar untuk memastikan kelas anaknya dipindahkan ke tingkat paling bawah.
Tanpa kelulusan itu, Hanim jika kembali ke sekolah terpaksa ke kelas asalnya di tingkat tiga, lalu mendedahkan beliau kepada pelbagai risiko sekali lagi.

“Nak dapat kerjasama sekolah pun satu hal juga. Sebab semua kelas Tingkatan 5 semua kat atas. Bila minta turun ke tingkat bawah…entahlah. Kami dah bagi surat, mereka minta ibu bapa pula buat surat untuk mohon mengapa perlu minta kelas (diturunkan) ke bawah.
“Perkara ini tertakluk pada pengurusan sekolah. Dia tertakluk pada budi bicara guru,” katanya dalam nada kesal.
Zaqrul adalah pakar pediatrik di Pusat Perubatan Mawar, Seremban.
Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi mendedahkan banyak kes pelajar menderita tulang belakang bengkok di PPUM.Di awal wawancara, beliau akur kajian dan penyelidikan sebelum ini tidak menghasilkan bukti konklusif isu menggalas beg berat satu-satunya faktor yang menyumbang kepada masalah tulang belakang dan pertumbuhan kanak-kanak dan remaja seperti anaknya.
Namun, meneliti rutin harian Hanim dan berdasarkan perbualan dengan doktor lain, serta apa yang dilihat dalam wad kanak-kanak hospital tertentu, hubung kait beg sekolah berat dan permasalahan kesihatan kanak-kanak tidak boleh diketepikan.
Zaqrul juga tidak mahu tutup mata kepada apa yang dilihatnya di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Bila saya pergi PPUM, sebenarnya lagi dahsyat-dahsyat punya kes. Seawal usia 14 tahun, (sudah) 55 darjah (tulang bengkok). Banyak budak-budak yang mula menderita,” kata beliau.
Reaksi ibu bapa lain
Zaqrul cuba mencetuskan kesedaran awam lebih meluas mengenai isu beg berat, sebagai ayah yang terkesan dan seorang pakar kanak-kanak berpengalaman.
Nurul Hanim kini terpaksa dipapah untuk berjalan dan turun naik tangga.Beliau memuatnaik gambar sinar-x tulang belakang “rosak” anaknya di laman sosial Facebook. Ketika itu, beliau menyatakan “beg sekolah berat” antara faktor di sebalik keadaan Hanim.
Hantaran itu mengundang reaksi bertali arus ibu bapa yang turut berkongsi di media sosial pengalaman anak-anak mereka, termasuk yang hanya berumur tujuh tahun tetapi terpaksa menggalas beg sekolah seberat hingga 6kg.
“Bila budak bawa beg seawal Darjah 1, berat beg mereka senang-senang 4-5kg, berbanding berat badan budak Darjah 1 paling ringan 15-18kg. Bermakna mereka (menggalas beg sekolah) sepertiga daripada berat badan.
“Mereka sudah ‘dilatih’ untuk bawa (beg) begitu (dengan membongkok). Jadi bila dibawa pada seawal umur itu jadi secara automatiknya, ia akan tetap berlaku kerosakan semasa dia membesar,” kata pakar perubatan dan ayah kepada 11 anak itu.
Zaqrul enggan terjebak dalam perbahasan dengan pihak yang menuntut bukti nyata bahawa masalah tulang belakang kanak-kanak dan remaja adalah kerana menggalas beg sekolah berat semata-mata.
“Penyakit (tulang belakang bengkok) ini kita panggil ‘adolescent idiopathic scoliosis’. Adolescent maksudnya ‘remaja’, idiopathic itu kita kata ‘tak ada sebab’.
“Tapi memang budak banyak bawa beg (sekolah) berat. Sebab itu hantaran (Facebook) saya kata ‘dikatakan salah satu’. Dalam banyak kajian pun tak boleh pun tuduh secara langsung (sebab beg berat).
“Sebab itu ayat yang selalu doktor pakai ‘idiopathic’…tak diketahui. Tapi ia juga tak bermaksud kita boleh terima budak bawa beg berat,” kata beliau.
Zaqrul memberitahu, walaupun isu beg sekolah berat bukan perkara baru, ia masih gagal ditangani dengan tuntas oleh pihak berwajib.
“Zaman ke zaman…beg lagi berat. Satu subjek ada buku teks, buku tulis, buku latihan. Ada yang disarankan KPM dan ada juga buku yg disarankan guru sebab guru tak bersetuju dengan KPM. (Akhirnya) satu subjek (ada) empat buku.”
Zaqrul bertegas, isu beg sekolah berat perlu dijadikan polemik kebangsaan kerana percaya semakin ramai kanak-kanak bakal mengalami masalah sakit belakang jika ia tidak diselesaikan secara berkesan.
“Kementerian Pelajaran kena main peranan untuk ringankan beban. Pertama, ibu bapa pun kena tengok jadual anak-anak. Kita tak boleh kejar ’10A’, ’11A’…zaman banyak ‘A’ ini sudah berlalu. Kalau tanya saya, sudah tak relevan.
“Terjadinya Covid-19, orang belajar melalui internet, PDPR. Satu telefon (pintar) boleh (belajar) 10 subjek pada satu masa. Tapi 4G-5G (masalah internet) pula tak jalan!”
“Nak tak nak dia (kerajaan) kena buat 4G benar-benar 4G. Bukan 4G (tapi) pakai 3G. Buat 5G tapi pakai 3G juga,” katanya.
KPM pernah mengeluarkan pekeliling pada 2018 berkenaan isu beg berat; dengan menetapkan garis panduan khusus seperti menyusun tiga hingga empat subjek sehari, mewujudkan sistem loker, mengadakan perbincangan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, menyediakan kemudahan air minuman percuma kepada pelajar, memeriksa berat beg pelajar secara berkala, dan lain-lain.
Hakikatnya isu itu masih panas dan memberi kesan kepada ibu bapa seperti Zaqrul serta anaknya Hanim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/kes-bag-berat-ni-dah-tak-selesai-sejak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ditahan Tidur Dalam Kereta Rupanya Buruan Polis Sejak 19 Tahun Lalu

Lelaki Ditahan Tidur Dalam Kereta Rupanya Buruan Polis Sejak 19 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 221 hits
GUA MUSANG Seorang lelaki yang ditahan selepas dia dipercayai tertidur dan memberhentikan kereta di tepi jalan di Kampung Kubang Edang Bechah Keranji dekat Kota Bharu kelmarin rupa rupanya suspek buruan polis sejak 19 tahun lalu Ketua Polis...
Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

Kes Hilang Kerja Tahun 2020 Lebih Tinggi Berbanding 2019

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 299 hits
Tahun 2020 mencatatkan jumlah kes kehilangan pekerjaan yang tinggi berbanding tahun 2019 Antara sebab utama kes kehilangan pekerjaan adalah penutupan operasi syarikat VSS MSS dan juga faktor kewangan syarikat Jika anda salah seorang daripad...
Covid 19 Kes Harian Tertinggi Sejak 120 Hari Lepas

Covid 19 Kes Harian Tertinggi Sejak 120 Hari Lepas

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 209 hits
SHAH ALAM Penularan kes Covid 19 semakin meningkat dengan kes baharu direkodkan di negara ini kembali melonjak menghampiri 10 000 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 9 117 kes harian Covid 19 dicata...
Gemar Melabel Menuduh Adalah Cara Dan Sikap Pas Sejak Dulu Shamsul Anuar

Gemar Melabel Menuduh Adalah Cara Dan Sikap Pas Sejak Dulu Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 141 hits
Oleh Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ITIK patah kaki thaghut anti Islam malah kafir antara tuduhan yang pernah dilemparkan pas terhadap UMNO Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Shamsul...
Body Wash Shower Shokubutsu Pilihan Sejak Dulu Lagi

Body Wash Shower Shokubutsu Pilihan Sejak Dulu Lagi

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 188 hits
Balik je dari kerja anak anak dah hidangkan mandian Ummi dan abah yang baru je sampai MOOD letih berkerja terus bertukar zasss rasa nak lekas lekas mandi dan bersihkan badan Sejak dulu lagi body wash shower Shokubutsu memang jadi pilihan Se...
Hiburan Budak 5 Tahun Terperangkap Dalam Perigi Sempit Sejak 5 Hari Lalu Saverayan Jadi Tumpuan Global

Hiburan Budak 5 Tahun Terperangkap Dalam Perigi Sempit Sejak 5 Hari Lalu Saverayan Jadi Tumpuan Global

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 244 hits
Seorang budak lelaki berumur 5 tahun terperangkap di dalam sebuah perigi sempit yang sedalam 30 hingga 35 meter sejak Selasa lalu telah mendapat perhatian seluruh dunia Dengan umur yang masih kecil serta tidak berdaya untuk menyelamatkan di...
Buruh Ladang Dipenjara 20 Tahun Lapan Sebatan Kes Amang Seksual Terhadap Anak Kandung

Buruh Ladang Dipenjara 20 Tahun Lapan Sebatan Kes Amang Seksual Terhadap Anak Kandung

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 1548 hits
Bapa kepada dua anak perempuan itu dipenjarakan selama 20 tahun dan disebat 8 kali Tawau Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang buruh ladang selepas mengaku bersalah dalam du...
Op Tahun Baharu Cina Jpj Terengganu Keluarkan 390 Saman Sejak 25 Januari Lepas

Op Tahun Baharu Cina Jpj Terengganu Keluarkan 390 Saman Sejak 25 Januari Lepas

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 183 hits
Oleh 390 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu sepanjang operasi sempena Tahun Baharu Cina Gambar Bernama SEBANYAK 390 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu sepanjang operasi sempena Tahun Bahar...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly