Kes 1mdb Pelakon Leonardo Dicaprio Beri Keterangan Di As


Kes 1MDB: Pelakon Leonardo DiCaprio beri keterangan di AS | 
Leonardo DiCaprio. (Gambar AFP) PETALING JAYA: Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio memberi keterangan secara rahsia kepada juri agung di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) ke atas transaksi 1MDB, lapor Washington Post hari ini.
Laporan yang memetik “individu yang biasa dengan kes itu” berkata, pendakwa raya berpendapat DiCaprio boleh memberi maklumat berguna mengenai pembiaya dari Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa mencuri dan mengubah berbilion dolar dari 1MDB dan membiayai kempen melobi untuk menamatkan siasatan itu.
Tetapi, laporan itu berkata, DiCaprio bukan sasaran siasatan itu.
Tidak diketahui apa yang DiCaprio beritahu juri agung, memandangkan ia adalah prosiding secara tertutup.
Washington Post turut melaporkan mereka tidak tahu bagaimana pihak berkuasa membawa DiCaprio keluar masuk dari Mahkamah Persekutuan tanpa menarik perhatian umum.
Seorang jurucakap DoJ dan wakil DiCaprio yang dihubungi Washington Post bagaimanapun enggan mengulas.
Jurucakap DiCaprio pernah berkata, pelakon itu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan “menyokong penuh semua usaha bagi memastikan berlaku keadilan dalam perkara ini”.
Pada 4 Disember lalu, Jho Low didakwa secara “in absentia”, iaitu tanpa ketidakhadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung skandal 1MDB dan waran tangkap sudah dikeluarkan ke atasnya.
Dia turut didakwa di Mahkamah Persekutuan di New York akhir tahun lalu berhubung kecurian dan pengubahan wang.
Washington Post melaporkan pendakwa raya meneruskan kes berkaitan bekas pegawai bank Goldman Sachs yang didakwa terbabit dalam pengubahan wang dan seorang kakitangan DoJ yang mengaku membantu kempen melobi itu.
Menurut laporan itu, pendakwa raya baru-baru ini mendakwa dalam dokumen mahkamah yang bekas penyanyi rap Fugees, Prakazrel “Pras” Michel terbabit dalam membuka akaun untuk membuat bayaran bagi usaha lobi Jho low bagi menghentikan siasatan itu dan Michel yang berperanan sebagai perantara Jho Low, mengupah pemilik sebuah firma pelaburan untuk memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Donald Trump.
Bagaimanapun, usaha melobi itu gagal.
Menerusi dokumen mahkamah, pendakwa raya mendakwa Jho Low berkawan dengan DiCaprio, membenarkan pelakon itu berjudi menggunakan akaunnya di kasino Venetian, Las Vegas, memberi karya seni kepadanya dan membantunya mendapatkan dana untuk filem “The Wolf of Wall Street”.
Pendakwa raya berkata, Riza Aziz yang merupakan anak tiri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan Jho Low kepada DiCaprio. Najib kini berdepan pertuduhan berhubung kes berkaitan 1MDB di Malaysia.
Pada 2016, pendakwa raya mula merampas aset, termasuk hasil pendapatan daripada filem yang mereka dakwa sebahagiannya dibiayai dana dicuri, yang dikesan kepada sebuah syarikat penerbitan diasaskan bersama oleh Riza.
Menurut laporan itu, DiCaprio mengucapkan terima kasih kepada Jho Low kerana berjaya memenangi anugerah Golden Globe atas peranannya dalam filem itu.
Pendakwa raya kemudiannya merampas sebuah lukisan Picasso daripada DiCaprio yang dikatakan dibeli dengan dana dicuri pada harga AS$3.2 juta dan dihadiahkan kepada pelakon itu oleh sekutu Jho Low.
 


The post Kes 1MDB: Pelakon Leonardo DiCaprio beri keterangan di AS appeared first on masterlatif.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://masterlatif.com/kes-1mdb-pelakon-leonardo-dicaprio-beri-keterangan-di-as/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Najib Dan Irwan 70 Saksi Bakal Dipanggil Beri Keterangan

Kes Najib Dan Irwan 70 Saksi Bakal Dipanggil Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Pasukan Pendakwaan bagi kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung enam dakwaan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM6 6 bilion ...
Foto Panas Pelakon Indonesia Vanessa Angel Tersebar Bongkar Kes Pelacuran Online

Foto Panas Pelakon Indonesia Vanessa Angel Tersebar Bongkar Kes Pelacuran Online

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 2434 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan menerusi dua artis negara itu terlibat dengan aktiviti perlacuran secara online Dipercayai dan AF telah terima sejumlah wang Rp25 juta dan Rp80 juta Menurut laporan kedua artis ini ditahan di Lapangan Terba...
Lagi Terbongkar Skandal 1mdb

Lagi Terbongkar Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 308 hits
Lagi Terbongkar Skandal 1MDB Khairy Jamaluddin berkata Kabinet ketika pentadbiran BN sebelum ini tidak pernah dimaklumkan berkenaan kaitan urus niaga China dengan usaha bail out 1MDB jika ia benar benar berlaku Bekas menteri belia dan sukan...
Pinda Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Akan Dituduh Bersama

Pinda Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Akan Dituduh Bersama

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 246 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengadakan perbicaraan bersama ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda atas dakwaan meminda laporan audit syar...
Hadi Never Legitimised Wrongdoings In Tabung Haji 1mdb Pol Sec

Hadi Never Legitimised Wrongdoings In Tabung Haji 1mdb Pol Sec

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 331 hits
PAS president Abdul Hadi Awang had never legitimised the wrongdoings in Lembaga Tabung Haji and 1MDB his political secretary Syahir Sulaiman said today Syahir was referring to PKR vice president Rafizi Ramli s that former prime minister Naj...
1mdb Rakan Sejati

1mdb Rakan Sejati

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 403 hits
Kira macam cinta sejati la katakan Pinda laporan audit 1MDB Najib Arul Kanda akan dituduh bersamaMahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengadakan perbicaraan bersama ke atas bekas Perdana Menteri Naji...
Subjek Sejarah 1mdb

Subjek Sejarah 1mdb

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 210 hits
Baca Ayat Quran yang pertama pun suruh baca Baca dan faham dari mana 1MDB datang dimana sekarang dan kemana pulak 1MDB nak dibawa pulang SEGALANYA bermula di Terengganu 1MDB ditubuhkan sebagai Terengganu Investment Authority pada tahun 2008...
Pengarah 1mdb Mengaku Unit Dana Rm9 8b Adalah Penipuan

Pengarah 1mdb Mengaku Unit Dana Rm9 8b Adalah Penipuan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 406 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata seorang daripada pengarah syarikat 1MDB mengaku bahawa pelaburan unit dana AS 2 5 bilion adalah penipuan semata mata Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat syarikat pengarah 1MDB Norazman Ay...
Sampai Bila Kerajaan Ph Akan Kambinghitamkan 1mdb

Sampai Bila Kerajaan Ph Akan Kambinghitamkan 1mdb

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 210 hits
SEJAK Isnin lalu akhbar Awang menyiarkan harapan rakyat sempena kedatangan tahun baharu 2019 Majoriti mereka termasuk pertubuhan bukan kerajaan bercakap soal kos sara hidup mereka mahu kerajaan serius menangani masalah tersebut demi kesejah...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keberkatan Tadarus Surah Al Kahfi Setiap Jumaat

What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord