Kes Pecah Amanah Salah Guna Kuasa Najib Boleh Dibuktikan Dengan Mudah


MALAYSIAKINI

    Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin mendakwa bahawa bekas perdana menteri Najib Razak sudah mula menggunakan pelbagai tipu helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes rasuahnya, seperti juga beberapa ahli politik lain.

Walau bagaimanapun, katanya, beberapa kesnya itu, khususnya yang membabitkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, boleh dibuktikan dengan mudah berbanding kes pembunuhan atau liwat.

“Tipu helah mereka ini samalah dengan yang digunakan oleh ahli politik dan pembesar lain yang diseret ke mahkamah sebelum ini.

“Najib sudah pun memulakannya dengan ‘enggan’ masuk kandang orang kena tuduh dan pasukan pembelaan beliau membantah kehadiran pegawai tertentu di pihak pendakwa.

“Yang nampaknya belum digunakan oleh Najib adalah berpura-pura sakit dan minta dimasukkan ke hospital. Sebaliknya kita lihat beliau segar-bugar dan cergas berpolitik, membuat tampalan media sosial dan berkempen pilihan raya kecil,” katanya.
Justeru, kata Kadir, orang ramai jangan berharap sangat untuk melihat Najib dan tertuduh lain disumbatkan ke penjara dalam masa yang singkat.

“Melainkan kes yang mudah, macam pengubahan wang haram, dibicarakan dahulu.

“Kita boleh mengambil perbicaraan pembesar politik sebelum ini sebagai contoh. Kes pecah amanah dan salah guna kuasa boleh dibuktikan dengan mudah berbanding pembunuhan atau liwat.

“Ada orang kata, kes pengubahan wang haram (money laundering) juga boleh dibuktikan dengan mudah,” katanya.

Pasukan peguambela bekas perdana menteri itu sedang berusaha untuk menangguhkan perbicaraan pecah amanah dan pengubahan wang haram Najib yang membabitkan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Dalam perkembangan yang sama, Kadir berkata bahawa Najib telah menyatakan secara terbuka bahawa skandal 1MDB bukan kesilapannya seorang diri tetapi "kegagalan sistem".

Najib mendakwa bahawa 1MDB adalah kerana kegagalan perniagaan dan bukannya penipuan tetapi bagi Kadir, 1MDB adalah sebuah persepakatan atau konspirasi penipuan yang melibatkan banyak orang dan pihak di dalam dan luar negara.
“Adakah beliau telah menganiaya (incriminate) diri sendiri dengan mengaku bahawa beliau terlibat dengan kes kegagalan sistemik 1MDB?

“Soalnya adakah pengakuan beliau itu juga boleh dijadikan bukti sahih (admissible evidence) dalam perbicaraan beliau dan konco-konconya?

“Kesimpulannya, dalam bahasa yang mudah Najib berkata memang berlaku kegagalan sistemik dalam 1MDB dan beliau terbabit. Tetapi bukan beliau seorang sebaliknya banyak orang lain turut terlibat,” kata Kadir.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/kes-pecah-amanah-salah-guna-kuasa-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Ditahan Kes Salah Guna Kuasa Rasuah Rm23 Juta Di Pahang

12 Ditahan Kes Salah Guna Kuasa Rasuah Rm23 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 371 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan 12 individu termasuk tujuh pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pahang bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan projek bernilai RM23 juta Sumber berkata S...
4774 Salah Guna Kuasa Pihak Berwajib Sidang Media 15 1 19

4774 Salah Guna Kuasa Pihak Berwajib Sidang Media 15 1 19

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 445 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan salahguna kuasa pihak berwajib Tidak mahu menyalahkan mana mana pihak kami menyeru semua yang terlibat supaya menyelesaikan masalah ini sebaik baiknya Aduan kali ini melibatkan seorang pegawa...
Dulu Semua Salah Najib Razak Sekarang Najib Tidak Boleh Claim Lagi

Dulu Semua Salah Najib Razak Sekarang Najib Tidak Boleh Claim Lagi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 487 hits
Dulu Guru besar marah pelajar Salah Najib Teoh Beng Hock dijumpa mati di MACC Salah Najib Pelaburan MCKIP di Kuantan Melaka Gateway Forest City dan Geely beli 49 Proton ialah jual negara Salah Najib Kucing tak beranak Juga salah Najib Semal...
Kes 1mdb Adakah Najib Telah Mengaku Salah

Kes 1mdb Adakah Najib Telah Mengaku Salah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 514 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Hadir mahkamah Kenyataan...
Salah Guna Kereta Jabatan Lapor Polis Bukan Spr Kj

Salah Guna Kereta Jabatan Lapor Polis Bukan Spr Kj

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 484 hits
Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta pihak yang mempunyai bukti rakaman video berhubung penyalahgunaan kenderaan jabatan kerajaan untuk kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands membuat lap...
Kalau Sapu Di Muka Boleh Hilang Kulit Kusam Serta Jeragat Syaratnya Guna Masker Scrub 2 In 1 Ini Rileks Media

Kalau Sapu Di Muka Boleh Hilang Kulit Kusam Serta Jeragat Syaratnya Guna Masker Scrub 2 In 1 Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 434 hits
Soda Bikarbonat banyak manfaatnya baik dalam pembuatan kek mahupun kecantikan Kalau nak kulit wajah berseri dan bebas jerawat bolehlah gunakan bahan ini Nota Penting Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal Kulit sensitif sila e...
Tips Mudah Dari Quran Boleh Sejukkan Stress Anda

Tips Mudah Dari Quran Boleh Sejukkan Stress Anda

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 575 hits
Jujurnya siapapun akan bersetuju situasi di tempat kerja memang mengundang stress Kadang2 masa nak bertolak pagi pagi pun dah start tension Kena bangun awal traffic jam kejar punch card dll Sampai di tempat kerja pula segunung tugas menungg...
Duit Minyak Mahkamah Tidak Membuat Keputusan Begitu Najib Salah

Duit Minyak Mahkamah Tidak Membuat Keputusan Begitu Najib Salah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 296 hits
Anggota parlimen kanan DAP Lim Kit Siang mendakwa Najib Razak sengaja memetik secara salah keputusan hakim mahkamah pilihan raya semasa mengulas pemberian wang petrol kepada sukarelawan PH di Cameron Highlands Dalam kenyataannya Lim berkata...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai