Kerutuk Ayam Kampung




Setiap kita pasti diuji namun ujian pada setiap kita adalah ujian yang mampu kita tanggung. Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah bersabar, redha dan bertawakkal menunggu kesudahannya. Mungkin ada hikmah dan kebaikan dari setiap ujian yang menimpa. Jadi kena sabar menanti saat itu. 
Kalau kita merasakan ujian kita berat, kita kena ingat ada lagi orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat. Sesungguhnya mengadu lah pda Allah jika kita terasa beratnya apa yang ditanggung. 
Bagi sebuah rumahtangga, pasangan dan anak anak qdalah termasuk ujian yang perlu dihadapi. Ada isteri yang tidak lagi tahan dengan perangai suami yang tidak bertanggungjawab, tidak memberi nafkah zahir dan batin tapi terpaksa bersabar dek kerana si suami tidak mahu menceraikannya atau dek dia sendiri merasa kasihan kerana suami akan merempat dan tiada tempat tinggal lain. 
Pada sesetengah orang merasakan ini ujian biasa, namun tidak pada yang lain. Bayangkan kena hadap orang yang menyakiti dan mengkhianati kita setiap hari. Namun perlu bersabar semoga Allah sahaja membalas dengan kebaikan di akhirat kelak. 
Hidup di dunia sementara, setiap hari kita melihat orang meninggal. Jadi jika kita disakiti, bersabar lah sahaja. Janji Allah yang menyakiti pasti akan dibalas dengan azab yang perit. Masa tersebut akan tiba. Cepat atau lambat. Jadi bersabar, redha dan tawakkal. Insya Allah hati akan menjadi lebih tenang. 

Saya baru teringat yang sahabat saya Mokku Tengku Saniah ada membawakan 2 ekor ayam kampung sebelum saya dimasukkan ke ward. Dah seminggu selepas itu baru teringat yang di dalam freezer ada ayam kampung. Kalau ayam kampung, memang sedap kalau dimasak gulai Kelantan atau kerutuk. 
Oleh kerana cukup bahan untuk buat kerutuk, maka saya pun mula memasak kerutuk. Walaupun agak lama memasaknya tetapi sangat berbaloi baloi kerana sedap dan kena dengan selera saya sebagai anak Kelantan.  
Jadi kalau nak rasa kerutuk yang rasa authentic Kelantan, boleh ikut resipi yabg saya kongsikan. Kalau kerutuk daging, memang kuahnya lebih pekat tapi kalau kerutuk ayam kena ada sedikit berkuah, baru kick. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…. 

Kerutuk Ayam KampungOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ½ kg ayam kampung - potong 8
½ kg santan segar - guna 1 biji kelapa/1 liter santan
1 cawan minyak masak
4 sudu besar rempah kerutuk 
½ sudu kecil serbuk jintan manis
¾ sudu kecil serbuk ketumbar
Rempah 4 sekawan
1 sudu besar cili kering kisar - opsyenal
1 batang serai - ketuk


Bahan kisar:
10 biji bawang merah - 150 gram atau 1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih 
1 inci halia - 10 gram

1  inci lengkuas - 10 gram


Bahan perasa:
1 sudu besar garam 
20 gram gula Melaka - agak agak saiz 2 ibu jari
3 sudu besar gula 
2 keping asam keping
50 gram kerisik - 2 sudu besar penuh
1 sudu kecil ajino moto - opsyenal 


Bahan hiasan:
1 biji bawang Holland - belah 4 tak putus
4-5 biji lada solok


Cara cara:
Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan, bahan kisar, serai dan cili kisar. Tumis sehingga terbit minyak.


Masukkan serbuk rempah kerutuk, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangus. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 


Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering dan terbit minyak. 








Masukkan santan dan masak sehingga ayam empuk. Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping. 


Setelah terbit minyak, masukkan kerisik dan serbuk perasa.


Setelah kuah pekat, tutup api. Nota: kalau ayqm, kuah jangan terlalu pekat kerana ketika sejuk, kuah akan jadi lebih pekat. Kalau daging, kuah sedikit pekat.




Nota:
Kuah kerutuk mesti menpunyai rasa manis, masin dan masam.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/02/kerutuk-ayam-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Lemak Cili Api Ayam Kampung

Resepi Lemak Cili Api Ayam Kampung

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 143 hits
Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung Ayam kampung memang sedap dimasak dengan cara berkuah kerana isinya yang agak pejal memerlukan ia dimasak lebih lama Kulitnya pun agak liat dan tulang ayam kampung agak keras Macam besi pun ada almak...
Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 258 hits
Salam semua nasi goreng sememangnya antara hidangan kegemaran ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Ia adalah satu menu yang sangat fleksibel boleh dimakan pada bila bila masa sama ada untuk sarapan makan tengah hari atau ma...
Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 274 hits
Pagi tadi saya hantar anak bulu Jojo si kucing jantan untuk servis grooming di Klinik Haiwan Calico yang terletak di Arau Nak hantar grooming di sini perlu buat janji temu Juga perlu hantar pada pukul 11 pagi dan ambil pada lewat petang Muk...
Lirik Lagu Balik Kampung Gosip Raya Ain Edruce Sherry Alhadad

Lirik Lagu Balik Kampung Gosip Raya Ain Edruce Sherry Alhadad

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 251 hits
Lirik Balik kampung oiii Balik kampung cuti rayaRamai gila masing masingBalik kampung miskin kayaTua muda semua pakat balik kampungPerjalanan bermulaMembangkitkan suasanaRinduku pada keluarga Daun nyuir melambaiJiwa terasa damaiTeringat des...
Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 289 hits
suaratv com myBy21 02 2025KUALA LUMPUR Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar didakwa bakal menyebabkan penduduk di kawasan penempatan seperti rumah pangsa atau Projek Perumahan Rakyat kehilangan tempat tinggal atau berterusan terbeba...
Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 238 hits
nbsp Berkejaran nak habiskan entri makan makan sebolehnya sebelum masuk Ramadan Kareem 1445H yang berbaki beberapa hari lagi kehadirannya In Syaa Allah Semoga kak ana dan kita semua akan di izinkanNya menyempurnakan ibadah rukun Islam ke 3 ...
Drama Deejay Kampung

Drama Deejay Kampung

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 304 hits
Nantikan drama komedi Deejay Kampung lakonan Din Latah dan Azhan Rani akan datang di saluran RTM Deejay KampungEpisod 13Tarikh Tayangan 2025Waktu Siaran Rangkaian TV OkeyPengarah Aidilfitri Mohamed YunosProduksi Tsar Asia Sdn BhdWatak Pelak...
Kawalan Ketat Operasi Pati Di Kampung Tradisi Selangor

Kawalan Ketat Operasi Pati Di Kampung Tradisi Selangor

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 205 hits
kosmo com myOleh MOHD YUNUS YAKKUB24 Februari 2025 3 34 pmGambar hiasanSHAH ALAM Kawalan lebih ketat termasuk tindakan operasi terhadap pendatang asing tanpa izin di kampung kampung tradisi sedang diteliti bagi mengekang lambakan kehadiran ...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Akan Turun Lebih Besar

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Quiet Like Stone

Thailand Amankan Posisi Ketiga Di Piala Aff U 23 2025 Usai Tundukkan Filipina 3 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Tapi Aku

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan