Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan


MyGOV Malaysia ialah aplikasi pusat sehenti perkhidmatan kerajaan sebagai pusat rujukan utama bagi pelbagai perkhidmatan awam. 
Dilancarkan pada Julai 2025, aplikasi mudah alih itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Teknologi Kerajaan (GovTech) negara yang bertujuan memudahkan rakyat negara ini mengakses pelbagai agensi kerajaan dengan mudah.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat semakan, menghantar permohonan dan bakal menjadi yang terawal untuk terima maklumat terkini mengenai amaran bencana, perkhidmatan awam serta inisiatif berkaitan.  
Pelbagai ciri tambahan akan turut diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Untuk menggunakan aplikasi MyGOV Malaysia, anda hanya perlu menggunakan MyDigital ID iaitu sistem pengenalan diri rakyat Malaysia yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian.
Perkhidmatan dalam Aplikasi MyGOV Malaysia Aplikasi MyGOV Malaysia menumpukan kepada enam perkhidmatan utama iaitu :
1.Pengangkutan
Semakan Lesen Memandu Semakan Lesen Kenderaan Semakan Saman JPJ Semakan Mata Demerit Semakan Status Senarai Hitam Semakan Nombor Pendaftaran Terkini Semakan Keputusan Ujian Memandu 2. Kebajikan 
Semakan Status OKU Semakan Mangsa Bencana Semakan Pusat PPS Aktif 3. Pendidikan 
Semakan keputusan peperiksaan 4. Persaraan
Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR bagi Persaraan Wajib Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR bagi Persaraan Pilihan Sendiri Pengiraan Anggaran Pencen dan Ganjaran bagi Pegawai yang Dibersarakan atas Sebab Kesihatan Kiraan Anggaran Award GCR Semakan Persaraan Pilihan Semakan Status Permohonan Persaraan Semakan Status Permohonan Pencen Terbitan Kelulusan Faedah Persaraan Kelulusan Perlantikan Wakil Diri Surat Pengesahan Tanggungan Pesara Pemakluman Pembayaran Faedah Persaraan Status Perlantikan Wakil Skim A Penyata Bayaran Pencen Semak Pindaan Potongan Status Permohonan Tuntutan Perubatan Bantuan Mengurus Jenazah Maklum Balas Pencen 5. Urusan Tanah 
Semakan Permohonan Perkhidmatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Kalkulator Pembahagian Akta 300 Kalkulator Pembahagian Faraid 6. Umum
Direktori Kementerian dan Agensi MYSPR Semak Portal Data Terbuka e-Fatwa Muat Turun Aplikasi  Anda boleh muat turun aplikasi ini di salah satu platform berikut :
Google Playstore  Apple App Store Soalan Lazim (FAQ) Apakah itu aplikasi MyGOV Malaysia (MyGOV)? MyGOV adalah aplikasi mudah alih bersepadu bagi perkhidmatan kerajaan yang menawarkan kemudahan capaian perkhidmatan secara mobile bagi memenuhi keperluan rakyat, penjawat awam dan perniagaan*.​
*Ciri baharu akan datang
Siapakah yang boleh menggunakan MyGOV? Aplikasi MyGOV hanya boleh digunakan oleh individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyDigital ID.
Apa yang perlu saya lakukan jika masih tidak mempunyai MyDigital ID? Anda perlu mempunyai akaun MyDigitalID untuk log masuk ke aplikasi MyGOV. Sila layari www.digital-id.my untuk muat turun dan daftar MyDigital ID terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi MyGOV. Pastikan anda menggunakan aplikasi MyDigital ID sekurang-kurangnya versi 2.3.2 untuk memudahkan proses log masuk ke MyGOV.
Bagaimanakah cara untuk saya memuat turun aplikasi MyGOV? Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store. Untuk memastikan anda mendapat aplikasi yang betul, cari “MyGOV Malaysia” semasa membuat carian.
Apakah senarai perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi ini? Antara kategori perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi ini adalah termasuk:
– Pengangkutan seperti Semakan Saman JPJ dan sebagainya
– Kebajikan seperti Semakan Mangsa Bencana dan sebagainya
– Persaraan iaitu perkhidmatan-perkhidmatan kepada pesara kerajaan dan sebagainya
– Pendidikan seperti Semakan Keputusan Peperiksaan Utama Malaysia dan sebagainya
– Urusan Tanah seperti Semakan Harta Tanah Persekutuan , dan sebagainya
– Berita dan Hebahan, serta
– Lain-lain perkhidmatan
 
Anda boleh melakukan semakan, paparan notifikasi / info / tinjauan, permohonan* dan pembayaran*. 

*Ciri baharu akan datang
Apakah agensi yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan di aplikasi MyGOV? Aplikasi MyGOV kini menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan, antaranya:
– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
– Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
– Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
– Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan (PTG)
– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
 
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang melibatkan kerjasama rentas agensi.
Lebih banyak agensi akan turut serta dalam aplikasi ini bagi memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Bolehkah saya menggunakan aplikasi ini untuk melakukan semakan bagi pihak orang lain? Semakan untuk orang lain adalah bergantung kepada kebenaran agensi yang menyediakan perkhidmatan.

Buat masa ini, hanya perkhidmatan dalam kategori Pengangkutan yang TIDAK membenarkan semakan untuk orang lain, iaitu bagi perkhidmatan di bawah:

– Semakan Keputusan Ujian Memandu
– Semakan Lesen Kenderaan
– Semakan Lesen Memandu
– Semakan Mata Demerit
– Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
– Semakan Saman JPJ
– Semakan Status Senarai Hitam
 
Selain daripada kategori tersebut, semua perkhidmatan lain membenarkan pengguna menyemak maklumat untuk orang lain.
Jika saya gagal mengakses perkhidmatan, adakah ini bermakna data saya hilang? Jangan risau, kegagalan akses tidak bermakna data anda hilang. Maklumat peribadi dan rekod masih disimpan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab, contohnya JPJ untuk lesen memandu.

Aplikasi MyGOV hanya berfungsi sebagai platform yang menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan-perkhidmatan digital agensi kerajaan dan tidak menyimpan sebarang data pengguna.
Mengapa maklumat profil saya tidak tepat? Jika terdapat kesilapan atau keraguan, anda boleh menyemak dan mengemas kini maklumat anda di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diselaraskan semula dalam aplikasi MyGOV.
Apakah akan berlaku jika saya tidak aktif dalam aplikasi MyGOV untuk tempoh tertentu? Untuk tujuan keselamatan, jika anda tidak aktif selama lima minit, aplikasi MyGOV akan log keluar secara automatik. Anda perlu log masuk semula untuk meneruskan penggunaan.
Saluran manakah yang patut dihubungi jika saya mempunyai pertanyaan lanjut tentang perkhidmatan dalam aplikasi ini? Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia atau Malaysia Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.
Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi ini selamat? Aplikasi ini tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi anda.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi ini? Anda boleh mendapatkan bantuan dan membuat aduan di sini . Maklum balas aduan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Baca Juga : MyJPJ: Cara Tukar Lesen P Ke Lesen Penuh (CDL) Online JPJ


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mygov-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mygov-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Di Pusat Bandar Putra Permai Serdang Itu Saja Dah Ada Hampir 500 Orang Pati Berapa Agaknya Dalam Malaysia

Kalau Di Pusat Bandar Putra Permai Serdang Itu Saja Dah Ada Hampir 500 Orang Pati Berapa Agaknya Dalam Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 128 hits
Imigresen kesan pusat judi dalam talian di pangsapuri 496 PATI ditahanBernamaJabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 496 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di Pusat Bandar Putra Permai malam tadi Serdang malam tadi Gambar Berna...
Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 Di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia

Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 Di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 151 hits
Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 di jabatan jabatan kerajaan Malaysia merupakan salah satu laluan profesional yang semakin penting dalam pemban...
Intel Menjadikan Malaysia Pusat Pemasangan Dan Ujian Cip Sebuah Tanda Keyakinan Dunia

Intel Menjadikan Malaysia Pusat Pemasangan Dan Ujian Cip Sebuah Tanda Keyakinan Dunia

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 139 hits
Intel Menjadikan Malaysia Pusat Pemasangan dan Ujian Cip Sebuah Tanda Keyakinan Dunia 25 Julai 2025 Label Teknologi Ekonomi Catatan Kehidupan Ketika dunia masih bergelut dalam kekusutan rantai bekalan global datang satu khabar dari tanah ai...
Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 198 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk GAZA anjuran Yayasan Amal Malaysia di WP Hotel Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur
David Balisong Akhirnya Hubungi Ibu Selepas Sebulan Hilang Di Malaysia Minta Jangan Dikesan

David Balisong Akhirnya Hubungi Ibu Selepas Sebulan Hilang Di Malaysia Minta Jangan Dikesan

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 205 hits
SHAH ALAM Remaja lelaki warga United Kingdom David Balisong 17 yang dilaporkan hilang sejak 7 Jun lalu dilaporkan telah menghubungi ibunya melalui e mel pada 9 Julai Sorotan utama David memohon agar keluarganya tidak risau tidak mencarinya ...
Zahid Urges Overseas Students To Return Help Develop Malaysia

Zahid Urges Overseas Students To Return Help Develop Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 196 hits
Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi says the country is in need of expertise in engineering law and accounting Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi speaking at a gathering with over 250 Malaysian students and residents in Wellingto...
Senarai Sbp Di Malaysia Panduan Lengkap Sekolah Berasrama Penuh

Senarai Sbp Di Malaysia Panduan Lengkap Sekolah Berasrama Penuh

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 194 hits
Original Content Sekolah Berasrama Penuh merupakan antara institusi pendidikan paling berprestij di Malaysia Ditubuhkan dengan objektif untuk mengumpulkan pelajar pelajar cemerlang dari seluruh negara SBP menyediakan persekitaran pembelajar...
Hard Rock Hotel Malaysia Destinasi Percutian Paling Rockin

Hard Rock Hotel Malaysia Destinasi Percutian Paling Rockin

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 201 hits
Jika anda sedang mencari penginapan yang penuh gaya bertenaga dan luar biasa Hard Rock Hotel adalah destinasi yang wajib anda pertimbangkan Dikenali di seluruh dunia sebagai simbol kemewahan yang berinsipirasikan muzik Hard Rock Hotel bukan...
7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Menteri Dalam Negeri Kalah Saman Terpaksa Bayar Rm670 000 Kepada Sanusi

Sarapan Nasi Goreng Ayam Bakar Madu

Lirik Lagu Memilih Kamu Black Hanifah Adira Suhaimi

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Orang Bermasalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Masak Halia Dengan Chives Dan Kebimbangan Dunia

Sanah Helwah Sayangku

Rahsia Bisnes Lebih Menarik Dengan Servis Design Printing Custom

Expertise In Business Name Choices

Mee Goreng Simple

From London To Warsaw The Surprising Savings Of Plastic Surgery Abroad