Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi


Salam semua, nasi goreng sememangnya antara hidangan kegemaran ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia. 
Ia adalah satu menu yang sangat fleksibel. boleh dimakan pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam. 
Yang paling best, nasi goreng ini juga sesuai untuk dijadikan penyelamat bila tak tahu nak masak apa, terutama bila ada lebihan nasi semalam di dapur


Kalau kita perhatikan, setiap negara dan budaya ada versi nasi goreng tersendiri. Di Malaysia, kita ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng pattaya, dan macam-macam lagi. 
Di Indonesia, mereka ada nasi goreng Jawa dan nasi goreng special dengan keropok dan ayam. 
Di Thailand pula, terkenal dengan nasi goreng nanas yang ada kombinasi rasa manis dan pedas

Nasi Goreng Kampung Simple Kali ini sis nak kongsikan resepi nasi goreng kampung pedas yang mudah dan sangat sedap. 
Rahsianya terletak pada belacan yang menaikkan aroma dan rasa. Itu je rahsia nasi goreng kampung. 
Kalau tak letak macam kurang bahan je. Lagi satu daun kangkung. Kena letak ya. Wajib. Tak letak macam kurang sesuatu pulak

Paling penting, resepi ini tidak menggunakan bahan-bahan yang susah dicari, jadi sesiapa pun boleh cuba buat di rumah

Sis kalau buntu nak makan apa waktu lunch terus terfikir nasi goreng sebab dah jadi satu menu. Tak payah fikir lauk apa. 
Nak makan petang pun panaskan nasi goreng tu jugak sebab masak lebih. Kalau korang seorang yang sibuk atau suka masakan yang cepat siap, resepi ini memang untuk korang

Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas Bahan - Bahan
Nasi putih secukupnya Ikan bilis secukupnya 3 ulas bawang putih5 ulas bawang merah 5 batang cili padi campur merah dan hijau 1 inci belacan 1 biji telurGaram secukup rasaSayur kangkung ni ikut suka nak letak banyak mana 
Untuk Lauk : 
Kalau nak letak udang ke sotong ke itu atas pilihan 

Cara - Cara  1. Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi dan belacan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing. Angkat dan ketepikan sekejap
3. Tumis bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau sampai tumisan masak.
4. Masukkan udang dan sotong, goreng hingga masak.
5. Masukkan telur, kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.
6. Masukkan sayur kangkung. Gaul rata nampak sayur kangkung dah layu boleh tutup api
7. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa. Kena hati - hati sebab belacan dah masin

Nota : 1. Jika suka dengan aroma ikan bilis, tak perlu letak pun lauk lain. Sis pun lebih suka ada ikan bilis goreng je. 
2. Nasi putih tu sis masak dalam 2 pot beras

Tonton video ini untuk lihat cara memasak nasi goreng kampung
10 Tips Nasi Goreng Kampung Sedap & Beraroma1. Gunakan Nasi Sejuk / Nasi SemalamKalau guna nasi panas, nasi akan jadi lembik dan melekat. Nasi sejuk lebih kering, jadi bila digoreng, setiap butir nasi jadi berasingan dan tak melekit.

2. Tumis Sambal Belacan DahuluRahsia utama nasi goreng kampung sedap terletak pada sambal belacan. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, dan belacan sampai naik minyak sebelum masukkan nasi. Ini akan buat aroma lebih kuat dan rasa lebih power.

3. Gunakan Ikan Bilis Goreng RangupIkan bilis bukan sekadar topping, tapi salah satu bahan utama. Goreng ikan bilis hingga rangup, ketepikan dulu, dan campurkan di akhir masakan supaya masih ada tekstur rangup bila makan.

4. Pakai Cili Padi untuk Rasa Pedas ‘Kick’Nasi goreng kampung mesti ada cili padi! Lagi banyak, lagi kaw! Kalau nak kurang pedas, boleh blend cili merah besar dengan bawang untuk dapat rasa pedas yang lebih mild.

5. Guna Kuali Besar & Api BesarKalau nak nasi goreng yang ada ‘wok hei’ (bau berasap macam nasi goreng kedai), gunakan kuali besar dan api besar. Kacau cepat supaya semua bahan sekata tanpa hangus.

6.Masukkan Sayur Kangkung atau SawiSayur ni bukan sekadar hiasan, tapi beri rasa seimbang pada nasi goreng. Kangkung lebih popular sebab beri aroma kampung yang klasik, tapi boleh juga guna sawi kalau tiada.

7. Tambah Kicap atau Sos Ikan (Tapi Jangan Banyak)Nasi goreng kampung tak guna banyak kicap macam nasi goreng biasa. Kalau suka sedikit rasa manis, boleh letak sikit je kicap manis. Untuk versi lebih umami, tambah beberapa titis sos ikan.

8. Jangan Letak Terlalu Banyak Bahan BasahKalau letak bahan berair seperti sos cili atau kicap terlalu banyak, nasi jadi lembik dan hilang tekstur sedap. Gunakan sos dengan berpada-pada supaya nasi kekal berderai dan kering

9. Pecahkan Telur di Tengah & Gaul PerlahanKalau nak telur bergaul sekata dengan nasi, pecahkan di tengah kuali dan biar masak sekejap sebelum kacau rata. Ini bagi tekstur lebih berbeza dalam nasi goreng.

10. Hidang dengan Telur Mata & TimunNasi goreng kampung klasik selalunya dihidang dengan telur mata dan timun sebagai pelengkap rasa. Telur mata separuh masak memang terbaik bila dimakan bersama nasi goreng panas.

Kesimpulan Nasi goreng kampung memang antara menu yang paling mudah, cepat, dan sedap untuk disediakan. 
Dengan bahan asas seperti nasi sejuk, ikan bilis goreng, cili padi, dan sambal belacan, kita dah boleh hasilkan nasi goreng yang beraroma dan penuh rasa. 
Kunci utama untuk mendapatkan nasi goreng kampung sedap ialah menggunakan bahan berkualiti, memasak dengan api besar, serta memastikan nasi tidak terlalu lembik supaya teksturnya kekal sempurna

Kalau korang peminat nasi goreng tegar, wajib cuba resepi nasi goreng kampung ini di rumah! 
Tahap kepedasan mengikut citarasa sendiri dan tambah bahan kegemaran seperti ayam, daging, atau udang untuk variasi yang lebih menarik. Kita yang masak dia kan. 
Kalau korang dah cuba resepi ni, Jom kongsikan pengalaman di ruangan komen. Nasi goreng kampung memang simple, tapi kalau ada tips tambahan, jom kongsi sekali. 
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2011/06/nasi-goreng-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Kicap Padu Kredit Ummisyahirah

Nasi Goreng Kicap Padu Kredit Ummisyahirah

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 114 hits
Resepi Nasi Goreng Kicap yang Sedap Kredit ummisyahirah Nasi goreng kicap ni memang antara hidangan yang mudah dan cepat disediakan Sesuai sangatlah untuk sesiapa yang sibuk atau nak masak sesuatu yang simple tapi tetap sedap Bahan Bahan Na...
Daging Goreng Kunyit Simple Tapi Sedap

Daging Goreng Kunyit Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 144 hits
Kalau tak tahu nak masak apa daging goreng kunyit ni memang penyelamat Simple sedap dan cukup lauk ni je pun dah boleh makan bertambah Lagi best kalau buat versi basah sikit ada kuah kuah sedap nak gaul dengan nasi panas Jom kita try Bahan ...
Nasi Goreng

Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 149 hits
Assalamualaikum Salam Isnin Pagi ni LM cuma gorengkan nasi untuk sarapan anak anak Kebetulan nasi lebih dinner semalam ada lebih tu yang lepas saja solat subuh terus gorengkan sikit untuk bekal kakak Maisarah ke office Kakak tak makan pedas...
Resepi Lemak Cili Api Ayam Kampung

Resepi Lemak Cili Api Ayam Kampung

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 96 hits
Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung Ayam kampung memang sedap dimasak dengan cara berkuah kerana isinya yang agak pejal memerlukan ia dimasak lebih lama Kulitnya pun agak liat dan tulang ayam kampung agak keras Macam besi pun ada almak...
Resepi Mi Goreng Basah Kredit Abe Box

Resepi Mi Goreng Basah Kredit Abe Box

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 138 hits
Resepi Megi Goreng Basah Kredit abe box Haaa siapa yang tak pernah rasa megi goreng basah Satu hidangan yang mudah dan cepat sesuai untuk waktu kelaparan mendesak Jom kita lihat macam mana cara nak buat megi goreng basah yang sedap ni Bahan...
Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 191 hits
Siapa yang tak suka kari ikan pekat dan penuh aroma Lagi lagi kalau guna ikan bawal segar memang rasa manis ikan tu keluar Kalau tengah cari resepi kari ikan bawal paling sedap yang kuahnya betul betul padu lemak dan berempah korang dah jum...
Photobooth Tema Garden Simple Tapi Menarik

Photobooth Tema Garden Simple Tapi Menarik

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 111 hits
Alhamdulillah customer kita dari Serting Tengah ni tiba tiba request nak Photo Booth tema Garden yang simple tapi cantik Jadi pakej yang inilah yang paling sesuai sekali untuk majlis kali ini Wedding of Elin Adha Lokasi Taman Serting Tengah...
Makan Nasi Goreng Siang Malam

Makan Nasi Goreng Siang Malam

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM Iman dah balik ke U Tak silap cuti semester sampai pertengahan bulan Mac tapi ni dia balik sekejap sebab ada program Mahasiswa Perak ke Pengkalan Hulu Perak Iman serta rakan rakan kelab studio UTM akan mengadakan...
Lunch Simple Ayam Goreng Berempah

Lunch Simple Ayam Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 120 hits
Lunch Simple Ayam Goreng Berempah Simple tapi sedap Bila tinggal berdua tak ada mood nak masak yang complicated atau remeh temeh Nanti tak habis kena buang pulak jadi kita masak simple dan lauk yang kita nak makan saja Ayam goreng berempah ...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Tengku Maimun Nazri

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula