Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


suaratv.com.my
ByJanatul Firdaus Yaacob
21/02/2025

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) didakwa bakal menyebabkan penduduk di kawasan penempatan seperti rumah pangsa atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) kehilangan tempat tinggal atau berterusan terbeban dengan kos sara hidup di bandar.

Ini kerana, penggubalan dasar tersebut bakal menyebabkan penghuni rumah pangsa dan PPR majoritinya adalah golongan B40 terpaksa berdepan dengan yuran penyelenggaraan perumahan baharu yang tinggi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Bersatu, Tan Sri Noh Omar menyifatkan RUU PSB sebagai cara paling halus bagi menyingkirkan golongan tersebut yang hampir keseluruhannya adalah orang Melayu untuk meninggalkan kawasan bandar.

Beliau berkata, sekiranya RUU tersebut diluluskan dan ia dikuatkuasakan, orang Melayu akhirnya akan kembali pulang ke kampung kerana tidak mampu berdepan dengan yuran penyelenggaraan perumahan mereka.

“Seperti di Lembah Subang 1, di atas tanah kira-kira 30 ekar dan ada 3,000 unit rumah. Bayangkan di atas tanah tersebut mereka (kerajaan) hendak bangunkan rumah baharu, mereka boleh memberikan dua tawaran kepada penghuni, pertama memberi ganti rugi.

“Rumah PPR harganya dahulu sekitar RM35,000. Jadi, dia (kerajaan) boleh (bayar) ganti rugi (pampasan) sampai RM300,000. Ke mana penghuni hendak membeli rumah baharu yang ada di dalam bandar?

“Pilihan kedua, mungkin penghuni kata kalau dibina kondominium lima bintang, beli satu unit rumah tersebut. Bayangkan kalau mereka tinggal di kondominium, rumahnya cantik, bayangkan juga untuk membayar yuran penyelenggaraannya kerana tertakluk di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

“Penyelenggaraan sahaja perlu membayar sekitar RM400 hingga RM500 sebulan atau mungkin lebih daripada itu. Mampu ke mereka bayar? Kalau tak bayar, di bawah akta tersebut, rumah itu boleh disita. Jadi itulah akhirnya yang kita lihat,” katanya menerusi satu hantaran video, lapor Utusan.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam Sidang Dewan Rakyat kelmarin dalam sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih titah Diraja memberitahu, RUU PSB tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu.

Jelasnya, pelaksanaan PSB juga perlu mendapatkan persetujuan pemilik hartanah melalui perundingan dan bukan secara paksa, malah pemaju juga tidak menjalankan rundingan dengan pemilik hartanah tanpa campur tangan kerajaan.

Bagaimanapun, Noh yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa pendedahan ulasan daripada Jabatan Peguam Negara dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) kerana RUU tersebut didakwa bercanggah dengan Kanun Tanah Negara (KTN), Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Pengurusan Strata 2013.

Soalnya, bagaimana di dalam RUU berkenaan, pembangunan semula bandar ttidak perlu mendapat 100 peratus persetujuan daripada penghuni.

“Saya pun hairan bagaimana Kabinet boleh meluluskannya yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Jadi, saya bimbang apa yang diramalkan selama ini akan menjadi kenyataan.

“Kalau perancangan itu berlaku, maka rumah pangsa dan PPR yang majoritinya orang Melayu itu akan diruntuh dan digantikan dengan kondominium yang mahal. Di manakah nasib orang Melayu pada masa hadapan? Kalau itu berlaku, nasib orang Melayu seperti ‘abu di atas tunggul’,” tegasnya.

Noh yang juga bekas Menteri Usahawan dan Koperasi, turut mengingatkan susulan peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan ketika itu menggalakkan orang Melayu dan India datang dan tinggal di bandar sehingga menjadi setinggan di dalam bandar.

“Apabila kawasan-kawasan setinggan hendak dibangunkan, maka kerajaan memberi peluang kepada penduduk setinggan membeli rumah-rumah flat yang murah dan rumah PPR pun dibina.

“Hari ini, apakah perancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Mereka saya lihat mungkin dengan nasihat-nasihat daripada penasihat dari Singapura ke? Untuk mereka membangunkan semula rumah pangsa dan PPR. Di Kuala Lumpur ada 32 dan Selangor ada enam rumah PPR,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/jika-ruu-ura-dilaksana-orang-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ura Taktik Halus Singkir Melayu India Miskin Keluar Dari Bandar

Ura Taktik Halus Singkir Melayu India Miskin Keluar Dari Bandar

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 176 hits
malaysiakini comPARLIMEN l Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar adalah taktik halus untuk menyingkirkan orang Melayu daripada terus menetap di kawasan bandar Sambil menyifatkan bahawa tiada keperluan...
Masjid Kampung Melayu Majidee

Masjid Kampung Melayu Majidee

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 186 hits
Lokasi Masjid Kampung Melayu Majidee Alamat Jalan Masjid Kampung Melayu Majidee 81100 Johor Bahru Johor Waktu Operasi Tidak Diketahui Tarikh Lawatan 27 Januari 2025 Masjid Kampung Melayu Majidee menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepa...
Ura Melayu Bakal Hilang Hartanah Di Dalam Bandar

Ura Melayu Bakal Hilang Hartanah Di Dalam Bandar

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 184 hits
harakahdaily comFebruary 19 2025 Akta Pembaharuan Semula BandarKUALA LUMPUR Ahli ahli Parlimen Perikatan Nasional hari ini menyatakan bantahan terhadap cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar oleh Kementerian Perumahan dan Keraj...
Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

Singgang Budu Di Warung Che Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 228 hits
nbsp Berkejaran nak habiskan entri makan makan sebolehnya sebelum masuk Ramadan Kareem 1445H yang berbaki beberapa hari lagi kehadirannya In Syaa Allah Semoga kak ana dan kita semua akan di izinkanNya menyempurnakan ibadah rukun Islam ke 3 ...
Kembali Selepas 7 Tahun Ahli Running Man Tiba Di Kuala Lumpur Untuk Konsert Run 2 U

Kembali Selepas 7 Tahun Ahli Running Man Tiba Di Kuala Lumpur Untuk Konsert Run 2 U

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 212 hits
Selepas 7 tahun ahli Running Man telah kembali untuk menemui peminat di Malaysia Artikel Berkaitan Bagi yang belum tahu pada 15 Februari hari ini ahli Running Man iaitu Ji Suk jin Yoo Jae suk Kim Jong kook Haha Song Ji hyo dan Yang Se chan ...
Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum Selamat kembali ke sekolah buat semua anak anak dan sahabat yang bergelar guru Semoga dipermudahkan urusan Good luck untuk sesi 2025
Rawatan Sakit Belakang Di Puchong Hilangkan Sakit Kembali Aktif

Rawatan Sakit Belakang Di Puchong Hilangkan Sakit Kembali Aktif

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 210 hits
Sakit belakang boleh menyusahkan dan mengganggu aktiviti harian Ia boleh berlaku kerana duduk terlalu lama kecederaan atau tekanan pada badan Jangan biarkan sakit belakang menghalang anda daripada menjalani kehidupan yang selesa Punca Sakit...
Lirik Lagu Kembali Iklim

Lirik Lagu Kembali Iklim

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 253 hits
Selangkah jalan kembaliSeribu caci dan makiSepatah aku bersuaraSeribu silapnyaDi manakah kebenaranYang engkau inginkan Cinta untuk semua insanAtas nama TuhanDengan bekalan sesuap janjiTerus mencari jalan kembaliJanji kepada diri sendiriJanj...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menikmati Tendon Pertama Di Tendon Itsuki Ginza

Nak Kerja Singapura Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula Ini Panduan Paling Senang

Sekadar Kagum Tapi Membinasakan Awas Penyakit Ain

Risiko Terkini Kesan A I Video

Memperkukuh Pengetahuan Stem Di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional