Kertas Siasatan Kes Pemandu Wanita Diserah Kepada Peguam Negara


KERTAS SIASATAN KES PEMANDU WANITA DISERAH KEPADA PEGUAM NEGARA
ISKANDAR PUTERI: Kertas siasatan kes pemandu wanita yang
menyebabkan kematian seorang anggota tentera maut Sabtu lalu akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara di Putrajaya, hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan itu diserahkan Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan (JBS), Deputi Superintendan Zamri Shariff, di Pejabat Undang-Undang Negeri Johor kira-kira jam 9 pagi tadi.
“Pertemuan pagi ini membabitkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JBS, pegawai penyiasat kes bersama Pengarah Pendakwaan Negeri Johor bagi memberikan taklimat dan cadangan pertuduhan bagi kes ini.
“Kertas siasatan ini akan diserah ke Jabatan Peguam Negara pada hari ini untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahad lalu, polis menahan pemandu Perodua Myvi wanita berkenaan yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini pagi Sabtu lalu, hingga menyebabkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pemandu berusia 23 tahun itu dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan dipercayai sudah tamat tempoh, sudah dilepaskan atas jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain dilaporkan berkata, saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.
Mohd. Padzli dilaporkan berkata, kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, membabitkan kenderaan pemandu berkenaan dengan kereta jenis Honda Accord dan Proton Iswara.
“Pemandu Myvi sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan saringan awal air kencing mendapati positif dadah. Turut siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Sementara itu, Zamri yang dilihat memasuki Pejabat Undang-Undang Negeri Johor kira-kira jam 9 pagi di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad hanya keluar selepas kira-kira dua jam setengah berada di dalam pejabat berkenaan. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/10/kertas-siasatan-kes-pemandu-wanita-diserah-kepada-peguam-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Buka Kertas Siasatan Kes Video Tular Pelajar Di Pukul Di Ppr Bukit Jalil

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Video Tular Pelajar Di Pukul Di Ppr Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar dipukul dua remaja lelaki di kawasan Program Perumahan Rakyat di Bukit Jalil yang tular di media sosial pada Isnin Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokh...
Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pencemaran Bau Sungai Selangor

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pencemaran Bau Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR 20 Okt Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1 2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang semalam Ketua Polis Selangor...
Peguam Pelik Enam Kes Disiasat Serentak Terhadap Anwar

Peguam Pelik Enam Kes Disiasat Serentak Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 275 hits
Kebiasaannya siasatan tidak dijalankan secara tergesa gesa sebaliknya melibatkan tempoh masa tertentu Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim Ramkarpal Singh meluahkan rasa pelik terhadap enam kertas siasatan membabitkan Ketua Pembangkang itu Menur...
Langgar Perintah Kuarantin Wajib Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Khairuddin Pejabat Peguam Negara

Langgar Perintah Kuarantin Wajib Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Khairuddin Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 260 hits
Pejabat Peguam Negara hari ini membuat keputusan tiada tindakan yang akan dikenakan terhadap seorang menteri yang didapati melanggar arahan kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairudd...
Shafie Apdal Punca Kes Covid 19 Di Negara Meningkat Terutamanya Di Sabah Musa Aman

Shafie Apdal Punca Kes Covid 19 Di Negara Meningkat Terutamanya Di Sabah Musa Aman

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 239 hits
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya kepada rakyat Malaysia mendakwa punca peningkatan kes Covid 19 di Sabah adalah disebabkan Presiden Warisan Plus Datuk Seri Mohd Shafie Apdal WARISAN Plus wajar mengakui punc...
Peguam Negara Putuskan Tiada Tindakan Terhadap Khairuddin

Peguam Negara Putuskan Tiada Tindakan Terhadap Khairuddin

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 252 hits
M Update 21 10 2020 Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan melanggar kuarantin wajib COVID 19 Sebelum ini Kemente...
Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 464 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONKeputusan Peguam Negara melepaskan Menteri Pembangunan Komoditi dan Perladangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif bahawa undang undang dijalankan secara dua darjat Secara rum...
Sprm Tiada Hak Jalankan Siasatan Di Rumah Rosmah Peguam

Sprm Tiada Hak Jalankan Siasatan Di Rumah Rosmah Peguam

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 286 hits
314 total views 314 views today Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak ada hak untuk menjalankan siasatan di rumah Datin Seri Rosmah Mansor di Langgak Duta dua tahun lepas kerana lap...
Polis Cari Pemandu Lori Terlibat Kes Langgar Lari Di Puchong

Polis Cari Pemandu Lori Terlibat Kes Langgar Lari Di Puchong

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR 24 OKT Polis sedang mengesan pemandu lori disyaki terlibat dalam kes langgar lari yang menyebabkan kematian seorang pegawai bomba di Jalan Puchong Dengkil Puchong Selangor petang tadi Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan T...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn