Kerosakan Motor Kipas Meja Ruang Tamu Punca Kebakaran



KUANTAN - Kerosakan motor kipas meja ruang tamu dikenal pasti sebagai punca kebakaran yang mengorbankan tiga beranak semasa kejadian di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan setiap keluarga memeriksa peralatan elektrik di rumah bagi mengelak tragedi sama daripada berulang.

"Saya sedih, pilu. Tolong lihat (periksa) pendawaian (elektrik) dan keadaan rumah. Saya harap, kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi," titah baginda hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan menziarahi rumah mangsa kebakaran di sini bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Hadir sama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.


Dalam kejadian pukul 7.45 pagi Ahad lalu, tiga sekeluarga, Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, serta dua anaknya, Muhamad Haikal Hakimi Hairul, 11, dan Mohamad Adam Daniel, 7, dijumpai rentung di dua bilik berasingan dekat pintu dapur.


Pada masa sama, Seri Paduka turut berkenan menghulurkan bantuan peribadi serta menyerahkan kutipan derma sumbangan orang ramai kepada keluarga mangsa terlibat.


"Kerajaan negeri telah pun tampil memberi bantuan kepada mangsa-mangsa dan kerajaan Pusat juga akan memberikan bantuan.


"Permaisuri nasihatkan, plug panjang (sambungan tambahan) jangan diguna," ujar baginda semasa titah ucapan.


Sejurus menyerahkan bantuan di lokasi kebakaran, Seri Paduka serta Raja Permaisuri Agong berangkat ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk menziarahi mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keberangkatan Seri Paduka hari ini mencerminkan keprihatinan baginda terhadap mangsa-mangsa yang ditimpa musibah.

"Baginda berkenan meluangkan masa walaupun sibuk dengan program-program harian rasmi, termasuk acara dan mesyuarat berkaitan dengan Istiadat Pertabalan baginda pada 30 Julai nanti," katanya.

Tambah beliau, acara pertama sempena Istiadat Pertabalan ialah Majlis Bacaan Yaasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Negara pada pukul 7.25 malam esok (25 Julai).  #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/kerosakan-motor-kipas-meja-ruang-tamu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najis Penuh Dalam Usus Punca Anak Sakit Perut

Najis Penuh Dalam Usus Punca Anak Sakit Perut

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 479 hits
Ibu akak sakit perut Jika anak mula mengadu dan merengek sakit perut sambil menekan perutnya jangan ambil mudah Ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak dan mesti ambil tindakan selanjutnya jika sakit perutnya tidak beransur pulih walaupun s...
Ibu Ayah Punca Anak Belajar Rampas Mainan Orang Marah Marah Bila Tak Dapat

Ibu Ayah Punca Anak Belajar Rampas Mainan Orang Marah Marah Bila Tak Dapat

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 527 hits
Anak suka marah marah dan suka rampas mainan orang bila suruh kongsi tak mahu Apabila marah terus mengamuk dan berguling Ini antara situasi kerap berlaku pada anak anak antara usia dua tahun apabila mula nak belajar skil sosial Macam mana n...
6 Punca Bateri Handpone Cepat Habis Cepat Kong Dari Kebiasaan

6 Punca Bateri Handpone Cepat Habis Cepat Kong Dari Kebiasaan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 390 hits
Smartphone sekarang semakin moden Tak lama lagi mungkin muka manusia pun boleh timbul kat skrin smartphone tu Tapi masalah yang sama masih lagi dihadapi oleh setiap manusia yang gunakan smartphone iaitu bateri Secara logiknya semakin canggi...
Inilah Sebab Dan Punca Kenapa Ada Orang Gagap Bila Bercakap

Inilah Sebab Dan Punca Kenapa Ada Orang Gagap Bila Bercakap

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 1444 hits
Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan Mungkin ada orang disekeliling kita yang apabila bercakap dia menjadi gagap dan kesukaran untuk menyampaikan apa yang ing...
Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1051 hits
Menurut pakar di Malaysia bagi membina dan membentuk perpaduan kaum ia mestilah dimulakan dengan satu sistem pendidikan satu kurikulum satu dasar dan satu sekolah bersifat kebangsaan dan kononnya lagi kemahiran menguasai pelbagai bahasa sep...
Punca Dan Sebab Yang Berlaku Ini Adalah Kerana Fizo Omar Akhirnya Mengaku

Punca Dan Sebab Yang Berlaku Ini Adalah Kerana Fizo Omar Akhirnya Mengaku

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1369 hits
Pelakon Fizo Omar akui episod percerraiannya dengan Mawar Karim adalah satu permulaan dan bukannya pengakhiran dalam hidupnya Punca Dan Sebab Yang Berlaku Ini Adalah Kerana Fizo Omar akhirnya mengaku
Kadar Sifilis Eropah Melonjak 70 Peratus Seks Sejenis Didakwa Antara Punca Utama Peningkatan

Kadar Sifilis Eropah Melonjak 70 Peratus Seks Sejenis Didakwa Antara Punca Utama Peningkatan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 433 hits
Sifilis adalah sebuah penyakit yang disebarkan melalui hubungan seksual atau lebih dikenali sebagai sexually transmitted disease Ia merupakan sebuah jangkitan yang mampu memberikan kesan buruk sekiranya tidak dirawat Bercakap mengenainya ka...
Ainul Ok Je Cuma Demam Batuk Punca Tak Jadi Balik Malaysia

Ainul Ok Je Cuma Demam Batuk Punca Tak Jadi Balik Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 497 hits
Mungkin ramai yang tertanya tanya punca Ainul Mardhiah tidak dibawa pulang ke Malaysia Isnin lalu Masalah kesihatan yang dihadapi tidak mengizinkan si kecil untuk berada dalam penerbangan Baru baru ini Pa Ma melaporkan Ainul tidak jadi pula...
Laporan Penuh Kebakaran Di Kg Batung Pinangah

Laporan Penuh Kebakaran Di Kg Batung Pinangah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 553 hits
KEJADIAN kebakaran di Kampung Batung Pinangah Seorang warga emas maut selepas mengalami kecederaan parah akibat melecur dalam kebakaran melibatkan 30 rumah termasuk tadika di Kampung Batung Pinangah Tongod petang Selasa Menurut Pusat Geraka...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris

Perjelas Isu Love Line Song Jihyo Gembira Kim Jongkook Bahagia Bersama Isteri Kini Cuma Urusan Kerja

Permintaan Tinggi Tiket Konsert Kru The Finale One More Time Sebabkan Ticket2u Crash

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik