Kerjaya Sebagai Drebar Enjin Stim Gred 1 Dan Gred 2


Gambarajah diatas menunjukkan operasi dandang bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Steam Boiler ataupun dalam bahasa Melayu nya adalah Dandang Stim iaitu satu alat bagi menghasilkan tenaga yang biasa digunakan di stesen janakuasa dan industri. Secara umumnya, stim bertekanan tinggi yang dihasilkan di dalam dandang (di mana air didihkan) disalurkan kepada turbin yang akan memacu penjana bagi menghasilkan pula tenaga elektrik

Air di dalam dandang dipanaskan menggunakan pelbagai kaedah. Ada yang menggunakan bahan api biasa seperti diesel dan arang batu. Ada juga yang menggunakan hasil buangan dan sisa industri contohnya seperti pelepah daun kelapa sawit (di kilang penapisan/pemprosesan minyak kelapa sawit) dan batang/hampas tebu (di kilang gula). Di stesen janakuasa nuklear, haba daripada tindak balas nuklear terkawal (control fusion) digunakan untuk memanaskan air

Semuanya berbalik kepada satu tujuan iaitu menghasilkan stim yang bertekanan tinggi untuk memacu penjana elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan akan diaplikasikan dalam pelbagai kegunaan contohnya seperti bekalan elektrik untuk orang awam dan industri


JURUDANDANG ( BOILERMAN )
Jurudandang dikenali sebagai Drebar Enjin Stim di dalam sektor awam. Manakala di sektor swasta ataupun kilang ia lebih dikenali sebagai Boilerman. Tugas seorang Boilerman ialah mengoperasikan sebuah dandang stim. Tanpa seorang Boilerman, sesebuah dandang tidak dapat beroperasi atau lebih tepat lagi tidak dibenarkan beroperasi. Boilerman adalah pekerja berkemahiran yang diperakui kebolehannya bagi mengoperasikan sesebuah dandang stim dengan selamat

Keperluan Boilerman bagi menjaga dandang stim dinyatakan di dalam Seksyen 29, Akta Kilang dan Jentera 1967 yang menyatakan bahawa pengendalian jentera tertentu perlu kepada kakitangan yang kompeten. ‘Kompetensi’ kakitangan ini diperakukan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 
Merujuk kepada Seksyen 29, Akta Kilang dan Jentera 1967; Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yang diperakukan. 
1. Tiap-tiap penghuni hendaklah memastikan bahawa jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau pemandu, ataupun dalam kes. 
2. Tiada seorang pun boleh menjaga mana-mana jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau pemandu, ataupun dalam kes, melainkan jika:-
dia memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar; atau dia mempunyai kuasa bertulis yang dikeluarkan oleh ketua pemeriksa. 
3. Tiap-tiap orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan pemeriksaan permit yang sama setiap kali dipanggil untuk berbuat demikian oleh seseorang pemeriksa.
Tedapat dua tahap kompetensi yang dikeluarkan oleh pihak JKKP bagi Drebar Enjin Setim iaitu Gred 1 dan Gred 2. Seseorang yang melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan bolehlah memohon untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan perakuan kebolehan sebagai ‘ Drebar Enjin Gred 2 bagi Stim & Dandang Stim’ ataupun Boilerman Gred 2 terlebih dahulu


KEPERLUAN ORANG MENJAGA BAGI DANDANG STIM DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA 1970



CARA MEMOHON SEBAGAI DREBAR ENJIN STIM GRED 2
Untuk memohon kompetensi sebagai Boilerman Gred 2, anda perlu lulus Peperiksaan Lisan Drebar Enjin Stim yang dijalankan oleh JKKP. Walaubagaimanapun, anda perlu memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum memohon peperiksaan ini. 
Berikut adalah syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan lisan yang diperlukan:Mempunyai kelulusan akademik SPM/Sijil/DiplomaMempunyai pengalaman bekerja sebagai Assistant Boilerman selama 2 tahunMempunyai pengalaman bekerja di fasiliti yang mempunyai boiler sebagai boilerman trainee, asst boilerman, juruteknik atau maintenance berkaitan boiler.Mempunyai surat sokongan daripada majikan
Permohonan untuk menduduki peperiksaan lisan Drebar Enjin Stim( Boilerman) ini boleh dilakukan melalui laman web rasmi MyKKP

Selepas anda berjaya dalam peperiksaan lisan Boilerman Gred 2, anda boleh memohon untuk peperiksaan Boilerman Gred 1 pula selepas 18 bulan dengan syarat anda mengoperasikan boiler melebihi 500 kaki persegi permukaan pemanasnya

Menariknya, kompetensi sebagai Drebar Enjin Stim ini tidak perlu diperbaharui setiap tahun kerana Sijil Kompetensi ini diberikan JKKP selama mana orang ini masih bekerja sebagai penjaga boiler di dalam industri



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kerjayasafety.com/2019/04/kerjaya-sebagai-drebar-enjin-stim-gred.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara

Kerjaya Sebagai Operator Kren Bagi Kren Bergerak Dan Kren Menara

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 2129 hits
Sumber Gambar LiebherrBanyak artikel berkaitan kerjaya bergaji besar tanpa kelulusan yang tinggi yang kita baca di blog blog berkaitan kerjaya di Malaysia Antara kerjaya yang disebut sebut adalah Operator Kren Operator kren merupakan orang ...
Fadli Anggap Keakraban Putra Sby Keluarga Megawati Sebagai Kesempatan Silaturahmi

Fadli Anggap Keakraban Putra Sby Keluarga Megawati Sebagai Kesempatan Silaturahmi

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 289 hits
Keakraban dua putra Presiden ke 6 Susilo Bambang Yudhoyono itu terlihat dari foto yang diterima Ketika pertemuan tersebut para pewarta tak diperkenankan untuk meliput berbagai kegiatan open house di kediaman Megawati
Sprm Perlu Kekal Sebagai Badan Bebas Titah Sultan Selangor

Sprm Perlu Kekal Sebagai Badan Bebas Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 383 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkenan menurunkan tandatangan sebagai gimik Perasmian Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor di Shah Alam...
Pelindo I Angkat Dian Rachmawan Sebagai Dirut Anyar

Pelindo I Angkat Dian Rachmawan Sebagai Dirut Anyar

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 175 hits
Kementerian BUMN selaku pemegang saham PT Pelabuhan Indonesia I mengangkat Dian Rachmawan menjadi Direktur Utama Pelindo I Keputusan tersebut disampaikan dalam Surat Keputusan Nomor SK 122 MBU 05 2019 Dian Rachmawan sebelumnya merupakan Dir...
Facebook Memperkenalkan Avatars Sebagai Pesaing Kepada Bitmoji

Facebook Memperkenalkan Avatars Sebagai Pesaing Kepada Bitmoji

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 233 hits
Di dunia media sosial menggunakan gambar avatar adalah normal bagi menampilkan personaliti atas talian Bagi mereka yang rajin wajah sendiri dijadikan avatar Tetapi penggunaan avatar dua dimensi juga popular kerana dapat menyorokkan wajah se...
Cili Lada Bertindak Sebagai Pelangsing Tubuh

Cili Lada Bertindak Sebagai Pelangsing Tubuh

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 341 hits
Ini dia rahsia di sebalik sipedas yang berguna untuk melangsingkan tubuh Jenis sayur bernama cili api atau lada ternyata mampu menghilangkan lemak pada tubuh melalui tiga cara iaitu dengan membakar lemak menekan rasa lapar dan meningkatkan ...
Mahasiswa Umm Gunakan Kulit Semangka Sebagai Gel Anti Aging

Mahasiswa Umm Gunakan Kulit Semangka Sebagai Gel Anti Aging

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 211 hits
Tahapan yang dilalui yaitu persiapan bahan uji ekstrasi kulit buah pembuatan gel anti kusam pengujian mutu fisik dan pengujian aktivitas antioksidan gel
Tandatangai Kempen Menolak Lantikan Lateefa Koya Sebagai Kp Sprm

Tandatangai Kempen Menolak Lantikan Lateefa Koya Sebagai Kp Sprm

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 573 hits
Latheefa Koya Tidak layak Jadi KP SPRM baharu started this petition to PENGARAH Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu untu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization