Kerjaya Blogger Sepenuh Masa Bukanlah Suatu Kerjaya Yang Boleh Dibanggakan
AssalamualaikumBismillah
Hai semua, apa khabar. Hari ini menulis random post ja. Sesuatu yang dah lama bermain dalam fikiran cuma tak tahu macam mana mahu luahkan. Adakala mengganggu, kadang-kala tu aku abaikan saja.
Sepanjang aku berblog, aku cuma nak bagitau korang kerjaya blogger sepenuh masa bukanlah suatu kerjaya yang boleh dibanggakan.
Hmm macam mana ya nak cakap? Dia macam ni tau.
Aku belajar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah Universiti. Ada Ijazah dalam bidang psikologi. Of course kalau orang tanya latar belakang pendidikan tu nampak wow sudah.
Tetapi bila kena tanya "Kau kerja apa?" Biasanya aku cakap "Menulis artikel"
Kalau cakap "Blogger sepenuh masa" orang kadang tak faham kerja ni macam mana. Kadang malas nak explain satu-satu apa aku buat. Tak macam "Youtuber" ramai yang faham. Kalau blogger ini kasihan kadang tak ramai yang tahu.
Apabila orang tahu kerja aku tu first impression orang boleh nampak dah. Belajar tinggi tetapi kenapa pilih kerjaya ini?
Aku dah biasa dengan reactions orang macam tu.
Cuma kadang ada rasa sedih sikit apabila orang tanya orang tua aku. "Anak kau kerja apa?".
Disebabkan parents pun tak tahu macam mana nak explain kerjaya anaknya. So kebanyakkan respon dorang "Anak aku duduk di rumah saja, buat kerja online".
Then adalah kadang suara sumbang kata "Kenapa tak memohon kerja kerajaan". Ada kerja macam ni, macam tu. Actually, aku hargai sangat sebab ramai yang rekomen aku kerja kerajaan. Keputusan aku pun tak teruk. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku banyak dapat offer kerja cuma aku yang menolak.
Ada ramai sangat yang nak aku kerja kerajaan sebab latar belakang pendidikan aku. Rugi belajar tinggi-tinggi. Kalau kerja kerajaan banyak benefits, ada potongan, bonus dan macam-macam lagi. Boleh beli macam-macam untuk ibu bapa.
Dan aku rasa yang buat aku sedih sebab ramai kot yang kata aku belum balas jasa ibu bapa lagi sebab tak dapat kerja yang lebih baik.
Aku tahu walaupun family aku tidak pernah larang pun dengan apa yang aku buat. Tetapi mungkin jauh di sudut hati mereka nak juga aku kerja yang lebih baik.
Entahlah
Aku sebenarnya happy dengan apa yang ada sekarang. Duit tak banyak tetapi aku dikurniakan oleh Allah masa bersama keluarga. Tambahan lagi dalam keadaan pandemik sekarang pasti ramai nak luang masa dengan family
Dulu aku fikir macam tu. Apabila poket tebal kita boleh beli macam-macam untuk family. Aku pernah rasa juga. Aku mula kerja dari Tingkatan 2 lagi sampai Universiti. Duit banyak memang dah pernah pegang. Tetapi aku kehilangan banyak masa dengan keluarga.
Sedar-sedar adik aku dah besar. Pejam celik aku perasan adik-adik aku they always look at me. Jadikan aku role model. Dorang bangga ada kakak macam aku, nak jadi macam aku. Tetapi dorang tak boleh catch up dari segi akademik.
Sejak aku sakit aku banyak luang masa dengan adik-beradik. Selalu dengar luahan mereka. Banyak sangat benda yang aku terlepas pandang. Aku sedar sebenarnya banyak benda lagi aku belum buat untuk family aku.
Cuma kebahagiaan bagi aku bukanlah dari segi pekerjaan. Aku boleh kerja macam orang lain tetapi aku rasa tiada kepuasan dengan apa yang aku buat. Aku rasa aku tidak suka dengan kerja yang aku buat sebelum ini walaupun gaji besar.
Tidak semua orang faham. Lagipun kehidupan setiap orang tidak sama. Mungkin bagi orang lain kerja kerajaan merupakan salah satu cara untuk balas jasa ibu bapa. Ataupun pekerjaan tu boleh buat dorang happy.
Hakikatnya kita semua memang tidak akan pernah sama. Kemahuan, jalan hidup, tujuan hidup, cita-cita. Ada orang bahagia punya kereta mewah. Ada orang bahagia dengan naik basikal. Ada orang dia bahagia dengan apa yang dia ada.
Andai ada dalam kalangan korang yang seperti aku, yang rasa belajar tinggi-tinggi tetapi mungkin hampa sebab tak dapat tunaikan hajat ibu bapa kita. Aku cuma nak bagitau satu ja. Hidup kita ini PILIHAN.
Kita berhak memilih. Ada banyak cara untuk bahagiakan orang tua. Tidak semestinya dengan kekayaan dan kemewahan. Kalau korang happy dengan kerja korang tu, teruskan. Biarlah orang nak pandang apapun. Selagi mana ibu bapa kita redha dengan pekerjaan kita. Teruskan :)
Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/08/kerjaya-blogger-sepenuh-masa-bukanlah.html