Kerjasama Malaysia Google Sedia Latihan Digital 300 000 Rakyat Tempatan





 


Oleh: Helmi Mohd Foad



Kerjasama strategik yang dijalinkan oleh Malaysia dan Google bakal mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang berkembang pesat.





Ia turut membuka peluang peningkatan kemahiran inklusif kepada 300,000 rakyat Malaysia menjelang 2026 dengan menyediakan lebih banyak peluang latihan digital kepada rakyat Malaysia tanpa sebarang kos.





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen terbaharu Google yang bertujuan untuk mempercepat inovasi tempatan dan pembangunan tenaga kerja dalam bidang kecerdasan buatan (AI) pastinya akan meningkatkan daya saing digital negara selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).





"Rangka Kerja Ekonomi MADANI Malaysia disasarkan untuk meningkatkan saiz ekonomi Malaysia, serta memastikan semua pihak berkepentingan terutamanya rakyat dan perniagaan kecil dapat menikmati faedah sosio-ekonomi seterusnya," katanya di San Francisco, Amerika Syarikat hari ini.





Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam menghadiri sidang APEC mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft dan TikTok di sini.





"Saya telah mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat besar yang telah memberi pengakuan akan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran," katanya.





Anwar berkata sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting yang menarik minat syarikat terbabit untuk melabur di Malaysia.





"Proses kelulusan juga akan memberi keyakinan kepada mereka. Kepantasan kehadiran pelabur baharu akan memberikan satu rekod baharu kepada Malaysia," katanya kepada pemberita Malaysia selepas sesi pertemuan tersebut.





Google diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangannya Ruth Porat, Enovix Cooperation diwakili Ketua Pegawai Operasinya Ajay Marathe, Microsoft Asia oleh Presidennya Ahmed Mazhari manakala TikTok oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew.





Kawasan San Francisco Bay menjadi tumpuan banyak syarikat Fortune 500 utama untuk bertapak di sini yang mana kebanyakannya adalah firma inovatif dalam pembangunan Kecerdasan Buatan (AI), bioteknologi, perisian, teknologi bersih dan media sosial.





Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Rakan Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah TPG, Jim Coulter. TPG merupakan syarikat pengurusan aset alternatif utama global.





Anwar tiba di San Francisco pada Isnin lalu bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) dari 14-17 November yang merupakan lawatan sulung beliau bagi mesyuarat Kerjasama Asia Pasifik (APEC) sebagai Perdana Menteri.





Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta para pegawai kanan kerajaan yang lain.





Dalam pada itu, Google dalam kenyataan berkata kerjasama itu bermatlamat untuk membantu perniagaan dari semua saiz memajukan daya saing digital mereka melalui program kemahiran, pelaburan dalam infrastruktur digital, inovasi AI yang bertanggungjawab dan dasar mengutamakan awan, lapor Bernama.





Google berkata inisiatif terbaharu itu adalah bersandarkan kepada pelaburannya di Malaysia sejak 12 tahun lepas.





Pada 2022, produk dan program syarikat itu menyokong lebih 47,900 pekerjaan dan turut menyumbang sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada perniagaan tempatan dengan manfaat ekonomi bernilai kira-kira AS$2.8 bilion.





"Perkongsian yang kami umumkan hari ini dengan Kerajaan Malaysia menyelaraskan misi tempatan Google untuk memajukan Malaysia dengan matlamat kerajaan bagi mewujudkan ekosistem yang menyokong inovasi termasuk peluang pekerjaan yang saksama," kata Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangan, Alphabet dan Google, Ruth Porat.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/kerjasama-malaysia-google-sedia-latihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Putrajaya Jalin Kerjasama Strategik Cipta 300 000 Peluang Kerja

Google Putrajaya Jalin Kerjasama Strategik Cipta 300 000 Peluang Kerja

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 333 hits
KERAJAAN Malaysia dan Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat Gandingan kerjas...
Malaysia Dan Google Kerjasama Strategik

Malaysia Dan Google Kerjasama Strategik

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 196 hits
Jamzuri Ardani PELABURAN BAHARU Malaysia dan Google mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat
Teruk Rakyat Malaysia Nak Makan Pun Susah

Teruk Rakyat Malaysia Nak Makan Pun Susah

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 351 hits
Rakyat tengah susah Barangan keperluan semua naik harga Rakyat nak makan pun bercatu Hidup hari ni memang keras Guane boh Raja Gelap II
Malaysia Sedia Hantar Lebih Banyak Sarung Tangan Getah Ke Gaza

Malaysia Sedia Hantar Lebih Banyak Sarung Tangan Getah Ke Gaza

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 273 hits
MALAYSIA bersedia untuk menghantar lebih banyak sarung tangan getah untuk kegunaan pasukan perubatan di Semenanjung Gaza kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Fadillah Yusof Beliau berkata sarung tangan ge...
Upko Calls For East Malaysia To Be Given One Third Dewan Rakyat Seats

Upko Calls For East Malaysia To Be Given One Third Dewan Rakyat Seats

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 456 hits
Upko president Ewon Benedick has made a call for a full one third of Malaysia s parliamentary seats to be allocated to Sabah and Sarawak which have about a quarter of Dewan Rakyat representatives According to Borneo Post he claimed that thi...
Peszta Kembali Festival Kebudayaan Yang Meraikan Muzik Seni Dan Warisan Untuk Rakyat Malaysia

Peszta Kembali Festival Kebudayaan Yang Meraikan Muzik Seni Dan Warisan Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 424 hits
Dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Merdeka PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad mengalu alukan kedatangan rakyat Malaysia sekali lagi untuk merasai kemeriahan PESZTA yang merupakan Peray...
Rakyat Malaysia Yang Terkandas Berjaya Dibawa Keluar

Rakyat Malaysia Yang Terkandas Berjaya Dibawa Keluar

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 303 hits
Alhamdulillah pada awal pagi ini 13 Nov 2023 saya telah berkesempatan melangsungkan panggilan video dengan Puan Nurul Ain Haron rakyat kita yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan yang lalu Beliau dan suaminya ...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sehijau Warna Itu

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Resepi Kek Lapis Dendam Aurora

Sir Ni Blippi Malaysia Kan Teknik Chant Cikgu Ini Buat Anak Mudah Ingat Ejaan

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading