Kerja Rumah Tak Habis Siap Satu Ada Lagi Menanti Hanya Isteri Yang Faham
Siapa kata suri rumah boleh rehat walaupun 24 jam berada di rumah. Hakikatnya tak sama seperti yang digambarkan ye. Suri rumah atau ibu yang bekerja dua-duanya kerja tak pernah habis.
Mula celik mata sampailah nak lelapkan mata, isterilah orang terakhir yang akan uruskan semua kerja rumah dan hal anak. Sebab itu, suami kena faham dan ringanlah tulang membantu apa boleh. Baru isteri pun tak stres.
Seperti yang dikongsikan oleh Shakilla Khoriri dia mengakui wanita bergelar suri rumah dan dalam masa sama keluar bekerja walaupun bukan sepenuh masa pun penat. Ini kan pula yang memang kerja dan balik rumah pula urus rumah tangga.
Namun ia bukan halangan untuk kita berikan yang terbaik buat keluarga.
View this post on Instagram
#
• . AKU bila dapat keluar rumah. Bebas ! Wey bebas bukan lah kata kau pi mabok ke berfoya2 ke apa tapi BEBAS lah kejap dari sangkar tempat kau kumpul pahala. . Ingat tak penat ke duk rumah uruskan keluarga walaupun tak PERFECT ! Kemas rumah. Masak makanan kau laki kau anak kau ! PENAT doh. . Well aku bukan mengeluh. Aku cuma cakap benda betul. Anddddd aku takde bibik atau helper atai siapa2 bantu. Kerja rumah pun banyak bertimbun macam tak habis nak kemas. Tapi sekarang alhamdulillah Ameena dah besar sikit. Dah pandai nak main sendiri walaupun hilang aku dari pandangam dia mula dia buat resah gelisah..APOOO ! . . Yes thank God Fizi ada jugak membantu walaupun dia ni sejenis tak boleh penat. Takpa..Lega sikit aku. At least dia tak hamprak lepas makan tak basuh pinggan sendiri
Choii laki gituh ! . . So bila masa aku ada aktiviti kat luar atau kerja masa tu lah sayap maleficent aku nak kembang… ok lah takde lah kau mental dok terperap kat rumah. Kang hospital sakit mental pulak cite aku
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on Dec 24, 2019 at 12:37am PST
“Orang kata bila isteri ini dapat keluar rumah sekejap pun rasa gembira sangat. Maksudnya bukan untuk berfoya-foya tapi untuk me time. Sekurang-kurangnya dapatlah rehat sekejap dan berhenti dari fikir apa nak buat je sepanjang masa.
“Suami kena faham, kerja rumah tak pernah habis. Dari bangun fikir nak masak apa, kemas rumah, urus anak dan macam-macam lagi. Walaupun tak sempurna, sekurang-kurangnya buat juga untuk kepuasan semua.
Dalam pada itu, Shakilla bersyukur walaupun dia tiada pembantu rumah tetapi suaminya penyampai radio Fizi Ali sama-sama membantu .
Tapi sekarang alhamdulillah Ameena dah besar sikit.
“Dah pandai nak main sendiri walaupun hilang aku dari pandangan dia mula buat resah gelisah.
“Yes thank God Fizi ada jugak membantu walaupun dia ni sejenis tak boleh penat. Takpa lega sikit aku.
“Jadi bila masa aku ada aktiviti kat luar atau kerja masa tu lah sayap maleficent aku nak kembang..
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Sumber: ig Shakilla Khoriri
The post Kerja Rumah Tak Habis. Siap Satu Ada Lagi Menanti. Hanya Isteri Yang Faham appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kerja-rumah-tak-habis-siap-satu-ada-lagi-menanti-hanya-isteri-yang-faham/