Kerja Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Maafkan A . L kerana lama menghilang dan tak pernah lagi mengemaskini entri terbaru A . L . Sekarang ini A . L menimba pengalaman baru dengan bekerja sebagai pekerja am di kilang ART FIBERGLASS PANEL . Kilang ni aku baru tahu kewujudannya pun baru ini . Setelah 20 tahun beroperasi . Walhal , dekat dengan rumah aku tu .Boleh tak tahu pula .
Mula – mula memang aku rasa susah nak faham cara kerja orang kat kilang tu . Yang tak seronoknya aku kena BULI . Suruh sapu lah , kutip sampah yang bukan aku buang lah . Salah sikit je kena tengking macam anak tiri . Rasa nak macam nak nangis kat situ juga . Hadap panas lagi , habuk . Allah sahaja yang tahu derita nak cari duit halal tu macam mana . Nak cari yang tak halal senang je dapat . Itu perbezaannya .
Tapi , kan orang Myanmmar ni terutama sekali perempuan , dia kalau ada kawannya memang menjadi . Mengumpat la apa lah tapi dalam bahasa dia tapi , Tapi , kan kalau kena gayanya bual dengan mereka ni seronok jadinya . Itupun kawan aku si Mee Mee namanya , dia dah tak ada kawan dengan aku pun jadi bual . Sebab dah mati kutu tak tahu nak bual dengan siapa lagi kan . Kalau ada si gemuk Sun Sun tu jangan harap la .
Yang aku tabik tentang mereka ni , bila hari Ahad pun diorang sanggup bekerja . Kalau aku memang tak la . Tauke caakap sekali pun diorang dah faham . Lagi best diorang lagi cepat buat kerja berbanding aku . Tak ada diorang pun aku susah jugak .
Kerja kat sini memang kena banyak bersabar .Kena tahan panas , tahan sakit kaki dan kena tahan telinga lah . Nak cari kerja lain pun dengan zaman sekarang yang serba serbi kena guna wayar bukannya senang . Nak tak nak harung je lah .
Lagipun aku kerja kat situ bukannya lama pun . Kalau diizinkan Allah , 1.05 . 2020 aku kena bersara wajib . Kalau tak ada aral melintang dan ddengan izin Allah aku akan bakal menamatkan zaman bujang bulan 6 tahun hadapan . Aku tetap sayang dengan kerja ni . EPF dia banyak tu . OT dia 1 jam RM 10 .50 kalau sampai pukul 10 .00 malam dah berapa kan ..Aku tetap berpegang dengan kata kata ini . Kalau kerja macam lembu pun kalau badan sakit ada yang nak peduli kat kau .. TAK ADA KAN ???
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://diarialialiyana.blogspot.com/2019/09/kerja-baru.html