Keris Dan Tanjak Melayu



Busana tanjak dan senjata keris ini mungkin sudah jauh ditinggalkan di arus masa orang melayu tidak lebih mungkin jarang-jarang sekali di gunakan di majlis keraian tertentu sahaja, pun begitu keris dan tanjak ini tetap menjadi lambang kehebatan dan kemegahan orang Melayu, yang perlu kita jaga dan pelihara. Jangan sampai generasi baru anak cucu kita sudah lupa apa itu tanjak dan keris. Lebih hebat mungkin sudah tidak mengenali perkara ini.

KERIS
Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal daripada bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada patung orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari kerajaan Srivijaya Kepulauan Jawa dan gambaran keris terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa kesaktian oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.

Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

TANJAK
Tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Mengikut Kamus Dewan (edisi ke-4), istilah "tengkolok", "destar", dan "setanjak"/"tanjak" adalah bersinonim; selain yang diterangkan di atas, perkataan "tengkolok" juga merujuk kepada "kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dll) yang dipakai oleh wanita" pengertian tengkolok sebagai alas kepala wanita jarang digunakan hari ini.

Akan tetapi, sesetengah pihak mengatakan bahawa tengkolok, destar, dan tanjak adalah berlainan dari segi jenis kain dan/atau ikatan walaupun sama kegunaannya, yang mana tengkolok merupakan alas kepala buatan kain bermutu yang lilitannya berlapis (tebal) dan meruncing ke atas; "destar" pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok; "tanjak" pula lilitannya seperti tengkolok, tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis. Sumber : ms.wikipedia.orgakuanakpahang.blogspot.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/08/keris-dan-tanjak-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkuburnya Utusan Matilah Melayu

Berkuburnya Utusan Matilah Melayu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 579 hits
Ya Allah Utusan akan gulung tikar Mulai esok Utusan tidak lagi dicetak Uwaaaaa habislah ketuanan Melayu Mati la melayu Hampeh betul la PH ni mereka bukan saja kuburkan Umno dgn Utusan sebagai lidah syaitan berpuluh tahun ini pun dikuburkann...
Kemelut Utusan Melayu Suatu Pengajaran

Kemelut Utusan Melayu Suatu Pengajaran

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 446 hits
1 Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo terbitan syarikat Utusan Melayu Bhd dikhabarkan akan mula dihentikan penerbitan bermula Khamis ini untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan Walaubagaimana pun Pengerusi Eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fa...
Tulisan Jawi Beri Kuasa Kepada Pibg Tanda Melayu Mudah Mengalah

Tulisan Jawi Beri Kuasa Kepada Pibg Tanda Melayu Mudah Mengalah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 293 hits
Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah dianggap sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Emer...
Ribuan Mahu Bertanjak Pada 16 Sept Tolak Rasisme Dalam Masyarakat Melayu

Ribuan Mahu Bertanjak Pada 16 Sept Tolak Rasisme Dalam Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 547 hits
Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi PETALING JAYA Sekumpulan aktivis sedang merekrut ribuan orang di dalam talian untuk bersama menggayakan tanjak sebagai tanda kesatuan untuk menolak perkauman yang dipromosikan sesetengah ahli politik yang manipulati...
Utusan Gulung Tikar Pemimpin2 Melayu Umno Cuci Tangan

Utusan Gulung Tikar Pemimpin2 Melayu Umno Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 303 hits
Oleh Zanirun BabaDilaporkan hari ini bahawa lidah rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia berkemungkinan gulung tikar Rabu ini Pekerja pekerja tidak dibayar gaji sejak Jun 2019 Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah betapa masyuknya pengarah2 ...
Pensyarah Kanan Sejarah Usm Meluruskan Sejarah Pkm Mpaja Dan Tanah Melayu

Pensyarah Kanan Sejarah Usm Meluruskan Sejarah Pkm Mpaja Dan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 338 hits
Merujuk kepada artikel ini Apakah MPAJA adalah sebahagian daripada sejarah pasukan keselamatan negara membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Riwayat MPAJA bersalasilah daripada PKM MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhka...
Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 329 hits
SAYA yakin ramai umat Islam belum peka dengan istilah dominan berbanding demokrasi Pagi ini kita menerima berita Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara Saya bukan mahu bercakap tentang pendakwah itu tetapi mengenai ciri dominan...
Pemimpin Melayu Ph Ikut Telunjuk Dap

Pemimpin Melayu Ph Ikut Telunjuk Dap

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 414 hits
AKIF DANISYA 20 AUGUST 2019IPOH Isu pengusiran Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik yang didakwa kehadirannya telah merosakkan keharmonian kaum di Malaysia lantang di mainkan oleh pemimpin DAP hari ini Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Ne...
Utusan Khazanah Orang Melayu Sejarah Negara Kata Najib

Utusan Khazanah Orang Melayu Sejarah Negara Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 310 hits
Datuk Seri Mohd NAjib Razak menyeru rakyat membantu dengan melabur atau bekerjasama dengan Utusan Foto FB Najib Najib menerusi laman Facebook miliknya turut menyifatkan syarikat akhbar Utusan Melayu Berhad bukan sekadar sebuah syarikat medi...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Comment On Sewa Motor Di Kota Kinabalu Sabah 3 Jenis Motor By Victor Stanley Joseph

Deqnee Dusongnyo Bola Bola Bola Chord

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Sabah Umno Hajiji Must Reassess Ministers Linked To Graft Scandal

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro