Kereta Lembu


Kereta Lembu: Kian Pupus Meniti Zaman
Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM


KERETA lembu merupakan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan negeri Melaka. Diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian, iaitu badan, roda, gandar dan kajang.



.Sulaiman Manan, pembuat kereta lembu di Kampung Balik Bukit, Melaka.
Menurut Encik Sulaiman Manan, 54, seorang pembuat kereta lembu di Kampung Balik Bukit, Melaka, bahagian pada kereta lembu yang paling sukar untuk dihasilkan ialah roda. Pada bahagian tersebut, terdapat tujuh batang kayu yang disambungkan menjadi bentuk bulat. Roda terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu jejari, gantang, tapah, cupai dan simpai. Bahagian jejari pula mudah pecah semasa diketuk, jadi perlu dilakukan secara berhati-hati.

Ada makna tersendiri di sebalik pembuatan kereta lembu. Tayar kereta lembu mempunyai 14 jejari, melambangkan 14 buah negeri di Malaysia. Di tengah tayar ada kayu tengah atau gantang, melambangkan ibu negara. Ibu negara memegang semua negeri yang ada, sama seperti kereta tayar lembu 14 jejari ini dipegang oleh gantang agar kukuh dan boleh berputar dengan sempurna.



Masa yang panjang dan ketelitian diperlukan bagi menghasilkan kereta lembu.
Rangka yang dipasang pada lembu penarik menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar, tetapi tali sahaja mungkin digunakan bagi seekor atau dua ekor lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan dan beban dimuatkan di belakang.

Menurut Sulaiman, jika menggunakan alatan tukang yang lebih moden seperti mesin larik dan potong, sebulan diperlukan untuk menyiapkannya. Manakala jika secara tradisional, masanya lebih lama, iaitu sekitar tiga bulan.

Dahulu, kereta lembu digunakan sebagai pengangkutan oleh orang kaya di Melaka. Ciri-ciri yang membezakan kereta lembu Melaka ini dengan yang lain adalah bumbungnya berbentuk seperti tanduk lembu yang berwarna-warni. Selain kereta lembu yang digunakan di Melaka pada zaman Munsyi Abdullah dan sebelumnya terdapat juga keterangan tentang kereta kerbau atau pedati kerbau.



Kayu gandar kereta lembu.
Pedati biasanya digunakan di kawasan bandar dan persekitarannya sahaja bagi tujuan menarik barang-barang. Munsyi Abdullah ada menggambarkan pedati kerbau yang digunakan pada zamannya itu apabila menyebut: “Maka dengan seketika itu juga diberinya perintah menyuruh bawa mayat itu, lalu dimasukkannya ke dalam pedati kerbau, maka disuruhnya canangkan berkeliling negeri…”

Pada asalnya sebelum wujud kereta beroda dalam kalangan petani di kampung, mereka sudah menggunakan sistem pengangkutan yang dikenali sebagai ‘bentang’. Kereta bentang ini tiada beroda dan ditarik oleh binatang seperti kerbau dan lembu.

Penggunaan pengangkutan ini bertujuan untuk menarik padi, kayu api dan barangan lain yang berat. Kenderaan ini biasanya dapat dilihat di sawah padi dan dusun dalam tahun-tahun 1880-an. Sekarang kereta kerbau atau pedati kerbau tidak digunakan lagi.

Menurut Sulaiman lagi, pada badan kereta lembu ada enam tiang dan di bawahnya ada sebatang kayu kukuh yang membolehkan enam tiang itu berdiri. Enam tiang itu melambangkan enam orang pahlawan Melaka yang berkhidmat untuk negeri atau pemimpin. Mereka ialah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Yang keenam ialah guru mereka.


Alatan untuk membuat kereta lembu.
Sebenarnya kereta lembu mempunyai banyak perlambangan yang tidak diketahui oleh masyarakat. Melalui perlambangan sebegini, nasihat atau maklumat sejarah dapat diturunkan dari generasi ke generasi.

Jenis lembu yang digunakan untuk menarik kereta juga tidak boleh sembarangan. Lembu tersebut sudah jinak, terlatih, selain berlainan saiz. Lembu di sebelah kanan lebih besar daripada lembu di sebelah kiri dan lembu yang digunakan hanyalah lembu jantan.

Fungsi kereta lembu semakin tenggelam ditelan pembangunan zaman. Masyarakat sekarang tidak lagi menggunakannya sebagai kenderaan pengangkutan sebaliknya menggunakan lori. Akibatnya, tiada lagi tempahan membuat kereta lembu yang diterima oleh Sulaiman.

Kemuncak zaman kegemilangan kereta lembu adalah dari tahun 1950-an hingga 1980-an, terutamanya ketika menyambut pesta dikenali sebagai mandi Safar di Melaka. Pada ketika itu, pemilik akan berarak beramai-ramai menuju ke pantai dan menghias kereta lembu mereka kerana pertandingan kereta lembu berhias turut diadakan.


Kereta lembu Melaka

Menurut Sulaiman, pembuatan kereta lembu rumit. Oleh itu beliau tawar hati untuk meneruskan kerja membuat kereta lembu kerana tiada permintaan.

Tidak mustahil suatu hari nanti, generasi akan datang tidak tahu kewujudan kereta lembu yang pernah menjadi kebanggaan Melaka. Sulaiman menyerahkannya kepada takdir kerana beliau tidak nampak penyambung yang mahu meneruskan usaha membuat kereta lembu. Sulaiman juga berharap agar pihak bertanggungjawab dapat membantu mengekalkan kereta lembu sebagai salah satu ikon pelancongan, terutama di Melaka.

klikweb

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/10/kereta-lembu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Jepang Akhirnya Mulai Study Kereta Sedang Jakarta Surabaya

Indonesia Jepang Akhirnya Mulai Study Kereta Sedang Jakarta Surabaya

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 306 hits
Summary Record merupakan rumusan yang berisi kesepakatan kedua belah pihak terkait beberapa hal teknis seperti lebar jalur jenis konstruksi sistem persinyalan desain kecepatan dan jenis sarana perkeretaapian
Jangan Stress Bila Isteri Masuk Dalam Kereta Je Tidur Ini Rahsia Yang Lelaki Kena Tahu

Jangan Stress Bila Isteri Masuk Dalam Kereta Je Tidur Ini Rahsia Yang Lelaki Kena Tahu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 656 hits
Sudah menjadi kebiasaan bagi golongan wanita untuk tidur di dalam kereta terutamanya yang melibatkan perjalanan jarak jauh Disebabkan itu golongan lelaki khususnya suami terpaksa memandu kereta seorang diri Namun begitu sebenarnya terdapat ...
Sanggup Biarkan Anak Memanjat Dalam Kereta Dari Pakaikan Car Seat Kalau Tercampak Lain Ceritanya

Sanggup Biarkan Anak Memanjat Dalam Kereta Dari Pakaikan Car Seat Kalau Tercampak Lain Ceritanya

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 334 hits
Kerajaan telah melancarkan Kempen Penggunaan Kerusi Keselamatan Bayi Dalam Perjalanan tidak lama dahulu Mendapat sokongan yang kuat dari kebanyakan ibu bapa Masih ada yang tidak mengikut saranan dari kerajaan ini sedangkan ia sangat penting...
Sayu Hajat Jemput Anak Sekolah Tak Kesampaian Ibu Meninggal Dunia Dalam Kereta

Sayu Hajat Jemput Anak Sekolah Tak Kesampaian Ibu Meninggal Dunia Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 504 hits
Tular sebentar tadi mengenai kisah sayu seorang wanita yang meninggal dunia sewaktu sementara menanti anaknya pulang dari sekolah Wanita terbabit ditemukan maut dalam keretanya selepas mengadu sesak nafas semasa hendak menjemput anaknya pul...
Kereta Sedang Jakarta Surabaya Beroperasi Hingga Cirebon Di 2024

Kereta Sedang Jakarta Surabaya Beroperasi Hingga Cirebon Di 2024

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 296 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengungkapkan kereta sedang Jakarta Surabaya sudah dapat beroperasi pada 2024 mendatang Namun operasional kereta baru sampai Cirebon di tahun tersebut Kereta semi cepat tersebut bisa sampai ke Surabaya ...
Menhub Harap Harga Tiket Kereta Sedang Jakarta Surabaya Maksimal Rp 450 000

Menhub Harap Harga Tiket Kereta Sedang Jakarta Surabaya Maksimal Rp 450 000

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 295 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengatakan proyek kereta sedang Jakarta Surabaya ditargetkan rampung pada 2025 Menhub Budi dan pihak Jepang menyebutkan kemungkinan harga tiket akan berkisar Rp 400 000 sampai Rp 450 000 sekali jalan
Seorang Lelaki Memasukkan Matahari Ke Dalam But Kereta

Seorang Lelaki Memasukkan Matahari Ke Dalam But Kereta

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 534 hits
MOSCOW Rusia Seorang wanita merakam gambar yang menunjukkan seorang lelaki seolah olah memasukkan matahari ke dalam but keretanya baru baru ini lapor akhbar Daily Record kelmarin Jurugambar Diana Badmaeva 37 merakam gambar tersebut ketika m...
4306 Along Caj Biaya Kereta Sesuka Hati Harian Metro 23 09 2019

4306 Along Caj Biaya Kereta Sesuka Hati Harian Metro 23 09 2019

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 454 hits
WUJUD syarikat pembiaya pinjaman kenderaan atau syarikat kredit didalangi along mengenakan caj sesuka hati serta mendesak peminjam supaya melangsaikan pembiayaan penuh atau berdepan kereta dilelong Ketua Biro Pembangunan Sosial Persatuan Pe...
Servis Kereta Di Casumina Tyre Sdn Bhd

Servis Kereta Di Casumina Tyre Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 574 hits
AssallammualaikumHari itu Shailla bawa anak pergi jalan jalan ke Aeon Mall Shah Alam Sebelum ke Aeon Mall Shah Alam Shailla singgah dahulu servis kereta di Pusat Servis Kenderaan dan Tayar di area Shah Nama pusat servis itu adalah Casumina ...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Advice To Senior Citizens

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr

Sarapan Pagi Wesak Day

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

127 0 0 1 62893 The Importance Of Loopback Address Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumah Hobbit Jom Kita Pi Tengok

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Rahasia Trading Profit Konsisten Menggunakan Metode Hc Rajapips

Menyusuri Surga Timur Indonesia Cerita Perjalanan Ke Labuan Bajo

Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam