Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi




BERA: Sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terjatuh ke dalam Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong di sini berjaya dinaikkan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kenderaan tersebut berjaya ditarik keluar dari dasar sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 12.30 tengah hari.
"Kereta ditarik keluar menggunakan jentera dan tiada mangsa dalam kenderaan terbabit. 
Sebelum ini, seorang wanita dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama anak terjunam ke dalam Sungai Triang.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Isnin, mangsa, Sakirah Akop, 31, sempat menyerahkan anak perempuan berusia setahun empat bulan kepada suaminya yang juga anggota tentera, Abdul Wahid Randa, 32, sebelum dihanyutkan arus deras sungai.
Sebelum itu, mangsa bersama anak berada dalam kereta tersebut kira-kira lapan meter dari lokasi suaminya memancing.
Zulkiflee berkata, seramai 103 anggota terdiri pelbagai agensi dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua.
"Operasi pencarian diperluaskan meliputi radius 200 meter dan bertumpu di kawasan berisiko seperti celahan pokok tumbang serta longgokan sampah, yang turut diperiksa dari lokasi kereta ditemui.
"Penduduk turut membantu memasang jerami di permukaan sungai bagi mengesan sebarang objek hanyut,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu beliau memaklumkan, siasatan awal mendapati gear kereta berada dalam kedudukan ‘drive’, dipercayai tertolak secara tidak sengaja, menyebabkan ia bergerak sendiri dan terjunam ke dalam sungai.
“Kereta ditemui dalam keadaan terbalik dengan keempat-empat tayar masih berangin, menyebabkan ia sukar dikesan malam tadi," katanya.
Beliau memberitahu, mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dan sempat menyerahkan anaknya kepada suami dan diletakkan di tebing sungai.
"Ketika ingin menyelamatkan isterinya, anak pasangan tersebut turun ke bawah menyebabkan suaminya berpatah kembali.
"Apabila berada di darat, suami mangsa melihat mangsa sudah hilang dan kereta tenggelam," tambahnya.
"Mangsa masih belum ditemui setakat ini dan pencarian masih diteruskan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/kereta-bezza-yang-jatuh-dalam-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Wanita Yang Terjatuh Di Sungai Triang Ditemukan Pagi Tadi Terapung 2 5 Kilometer Dari Lokasi Kereta Terjunam

Mayat Wanita Yang Terjatuh Di Sungai Triang Ditemukan Pagi Tadi Terapung 2 5 Kilometer Dari Lokasi Kereta Terjunam

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 112 hits
BERA Mayat wanita yang terjatuh di Sungai Triang selepas keretanya tergelongsor ke sungai ketika menemani suaminya memancing ditemukan lemas pagi ini Ketua Polis Daerah Bera Superintendan Zulkiflee Nazir berkata mayat mangsa Sakirah Akop 31...
Kereta Terjatuh Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera

Kereta Terjatuh Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Wanita yang menjadi mangsa hanyut arus Sungai Triang Bera dekat sini setelah kereta dinaikinya jatuh ke dalam sungai sempat menghulurkan anak mereka yang masih bayi kepada suaminya ketika kejadian Ketua Polis Bera Superintendan Zulk...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 319 hits
RAUB Mayat pasangan suami isteri warga emas ditemui di dalam rumah yang didiami mereka di Kampung Sungai Ruan dekat sini tengah hari tadi Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata ketika ditemui mayat pasangan ...
Gempar Di Selangor Lebih 10 Mayat Ditemui Di Sungai Klang Termasuk Bayi Apa Sebenarnya Berlaku

Gempar Di Selangor Lebih 10 Mayat Ditemui Di Sungai Klang Termasuk Bayi Apa Sebenarnya Berlaku

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 236 hits
Gempar di Selangor Lebih 10 Mayat Ditemui di Sungai Klang Termasuk Bayi Apa Sebenarnya Berlaku Penduduk sekitar Sungai Klang dikejutkan dengan penemuan mengerikan apabila lebih 10 mayat termasuk seorang bayi ditemui terapung dalam tempoh ku...
10 Mayat Termasuk Bayi Ditemui Dalam Projek Pendalaman Sungai Klang

10 Mayat Termasuk Bayi Ditemui Dalam Projek Pendalaman Sungai Klang

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 169 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemukan sepanjang pelaksanaan projek mitigasi banjir Sungai Klang di bawah inisiatif Selangor Maritime Gateway kata pemaju induk Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azme...
Pelawat Sitkom Santan Berlada Meninggal Dunia Khairul Azhar Ditemui Tak Sedarkan Diri Dalam Kereta

Pelawat Sitkom Santan Berlada Meninggal Dunia Khairul Azhar Ditemui Tak Sedarkan Diri Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 220 hits
Pelawak veteran negara Khairul Azhar Abdul Samad telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas Klang pada malam Khamis Allahyarham yang juga merupakan pesara Majlis Bandaraya Diraja Klang meninggal dunia pada usia 7...
Makin Jatuh Cinta Dengan Alissa Bisnes Kek Batik Buat Hubungan Alif Muhaimin Isteri Bahagia

Makin Jatuh Cinta Dengan Alissa Bisnes Kek Batik Buat Hubungan Alif Muhaimin Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 275 hits
Siapa sangka dapur yang kecil itulah jadi tempat cinta kembali menyala Alif Muhaimin pemenang Hero Remaja 2017 2018 yang kini dah bergelar suami dan ayah memang tak lokek bercerita tentang sisi paling real dalam rumahtangga dia bersama iste...
Lelaki Orang Kurang Upaya Dilaporkan Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kuantan Dekat Kampung Tanah Putih

Lelaki Orang Kurang Upaya Dilaporkan Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kuantan Dekat Kampung Tanah Putih

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 218 hits
KUANTAN Lelaki Orang Kurang Upaya dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kuantan dekat Kampung Tanah Putih di sini hari ini Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Zulfadli Zakaria berkata berdasarkan maklumat awal ma...
Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 294 hits
Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir Aku masih ingat hari kau datang duduk sebelah aku kita tak banyak cakap waktu tu tapi riak wajah kau cukup untuk aku faham ada sesuatu yang berat dalam hati Lepas ...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

Kedah Mayat Lelaki Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Karipap Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Michael Gayut Mg Aron Dbl Project Cinta Siruga Chord

New Samarahan Kuching International Airport Access Road Opened By Motorists Despite Incomplete Works

Minister Smoking Air Pollution Among Main Causes Of Lung Damage