Kereta Baru Kami
"Sayang tak minat lah buat bisnes. Ish, malu lah nak jual-jual ni"
Tahu tak, inilah ayat yang pernah diucapkan oleh Kam Maria kepada saya suatu ketika dulu, pada tahun 2012. Masa tu Maria memang dah selesa bekerja sebagai Engineer. Gaji pun dah RM5k sebulan. Selesa lah sangat kan. Cumanya, saya melihat Maria macam tak ada life. Kami tinggal di Parit Buntar, Perak dan dia kerja di Kulim, Kedah. Jarak perjalanan 40km. Seawal jam 6:45 pagi dia dah keluar rumah. Jam 7 malam baru sampai balik dari rumah. Keluar pagi balik petang. Kiranya 12 jam tak ada di rumah. Sejujurnya, saya kesian tengok Maria. Kesian sampai tahap rasa macam, “Ya Allah, bantulah isteriku ni…. Kesian sangat tengok penat kena ulang alik kerja jauh jauh". Kalau nak suruh dia berhenti kerja saja-saja, memang dia taknak la. Dah penat belajar sampai UK, ada Master Degree, takkan nak duduk rumah je. Maria dah pasak dalam kepala otak dia, “Orang perempuan mesti pandai cari duit sendiri. Walaupun dapat suami ada duit sekalipun, tak boleh bergantung dengan duit suami semata-mata, sebab kita tak tahu apa nak jadi masa depan” Perghh……. Mendalam maksudnya tu. Tapi, ada kebenarannya juga apa yang dia katakan. Saya pula, sejak lepas grad, saya hanya sempat kerja sebagai Engineer setahun lebih sahaja. Selepas itu, saya terus resign dan buat bisnes ternakan ayam daging. Alhamdulillah. Awal tahun 2012, saya hadir ke Kursus Dr Azizan Osman. Di situ saya belajar macam macam ilmu marketing Online & Offline. Sampai saya rasa, “Wallawei, kalau Maria buat bisnes. Boleh jadi ni….” Saya suruh Maria buat bisnes A, dia tak nak. Saya suruh Maria buat bisnes B, dia tak nak. Saya bersyarah panjang dekat Maria. Saya cerita pasal kenapa kena buat bisnes. Peluang yang ada dalam bisnes. Syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah punya syarah (Nak tunjuk betapa lama saya nasihatkan Maria) End up. Dia tak nak juga buat bisnes. Maria jawab, "Sayang tak minat lah buat bisnes. Ish, malu lah nak jual-jual ni" Segalanya berubah masa Maria kenal dengan Set Bersalin Shaklee masa melahirkan anak kedua. Alhamdulillah, Maria dapat Shaklee Effect yang sangat best, dia rasa lebih bertenaga dan mudah menyusukan baby berbanding bersalin anak pertama dulu. Tahap kesihatan sangat improved. Maria mula yakin dengan produk Shaklee, dia sendiri excited nak share dengan kawan-kawan dia tentang kebaikan Shaklee. Dari situ, kami mula explore peluang yang ada dalam bisnes ni. Rupanya dalam team kami, dah ada ramai mentor yang berjaya, dan mereka semua bersemangat nak bantu kami. Alhamdulillah, berkat ilmu yang Mentor-mentor kami berikan, usaha yang konsisten, sedikit demi sedikit kejayaan dicapai oleh Maria. Akhirnya, pada tahun 2013, Maria terpaksa berhenti kerja bila bisnes semakin maju. Bermula dengan income 4 angka sebulan, then Maria layak Car Bonus Shakle.. Then income meningkat 5 angka sebulan sejak 2013. Berkali ganda dari gaji Maria sebagai Engineer dulu. Kini Maria hanya bekerja dari rumah saja. Setiap tahun kami berjaya dapat trip mewah percuma ke luar negara dengan Shaklee. Tahun 2015, kami membeli kereta Shaklee kami yang pertama iaitu Toyota Vellfire. Direzekikan Allah lagi, tahun 2018 kami beli kereta Mercedes C200 pula, juga dengan Car Bonus Shaklee. Walau bisnes adakalanya turun dan naik, ada banyak cabaran, Maria tetap konsisten berusaha dan tak pernah putus asa. Sejak Maria buat bisnes, cara Maria berfikir juga dah berubah. Dari seorang yang pemalu, dia jadi lebih confident, tahap kebergantungan kepada Allah semakin tinggi, berfikiran positif dan lebih berimpian besar. Ayat yang Maria selalu cakap, “Rezeki ni milik Allah, kerja kita minta dari Allah dan usaha lah yang terbaik. Kalau Allah nak bagi, tak ada siapa boleh halang. Jadi, kita minta ja apa kita nak dengan Allah…” Saya bersyukur, Maria buat keputusan yang tepat untuk buat bisnes Shaklee 8 tahun yang lalu. Maria bermula dengan bermodalkan RM75 sahaja untuk menjadi ahli. (Sekarang RM35 sahaja). Tapi rezeki yang Allah berikan kepada kami melalui bisnes ni, Alhamdulillah. Sangat sangat sangat kami syukuri. Yang paling kami syukuri ialah dengan bisnes ni, kami dapat bantu ramai team kami untuk sama-sama capai impian mereka dalam bisnes ni. Saya berharap, kisah ini dapat memberi motivasi dan inspirasi untuk anda juga berjaya dalam bidang yang anda ceburi. Terima kasih kepada semua mentor, team, customers yang selalu menyokong kami dalam bisnes ini. Terima kasih kepada ahli keluarga dan sahabat yang tak putus putus mendoakan kami. Semoga apa yang kami peroleh hari ini akan mendekatkan kami dengan Allah, menjadikan kami hamba Nya yang sentiasa bersyukur, dan dapat membantu lebih ramai orang lain tingkatkan kehidupan mereka, Insya Allah. Jika kami boleh capai apa yang kami capai hari ini, kami yakin, anda pun boleh. Ingatlah, “Kejayaan Adalah Milik Allah. Mintalah kepada Allah dan berusaha yang terbaik. InsyaAllah, Allah Akan Berikan yang terbaik untuk kita…” “Tanpa Keberanian, Mimpi Tidak Akan Menjadi Kenyataan” Dalam hidup, kita kena BERANI. Berani untuk BUAT KEPUTUSAN. Berani untuk BUAT TINDAKAN. Berani untuk KELUAR DARI COMFORT ZONE. Berani untuk BUAT SESUATU YANG TAK PERNAH BUAT SEBELUM INI. Sila Share Jika Anda Rasa Ia Boleh Memberi Inspirasi Kepada Sahabat Anda Yang Lain. Jom tengok gambar Kam Maria Abdul Mutalib masa ambil kereta baru ni. Berminat Nak Buat Bisnes Shaklee? Anda boleh hubungi Maria di 019-259 2731. Insya Allah, kami akan cuba yang terbaik untuk bantu anda pula capai impian bersama Shaklee. Anyway, korang nak tahu tak drama. Macam mana Maria boleh terambil kereta BMW ni? Dengan tak ada 360 Cameranya. Dia dah nyaris nyaris nak ambil Volvo XC60 dah. Nak tahu cerita, stay tune untuk drama jam 7 malam. Haha... Dah tonton video kereta ni? Klik link ini yer : https://www.facebook.com/737523610/videos/10158467052428611/ Ramai orang kata best.... Korang rasa?
Alhamdulillah Ini Adalah Kereta Kami
Car Bonus Daripada Shaklee
Terima Kasih Abang...
Kereta Idaman ... Thanks Shaklee
Terbaik.. Saya Dah Anda Bila Lagi?...
Okay Done
Our New Car
Yeeaahh Dah Dapat Kunci
Dah dapat Kereta Jom Balik...he..he..he
Terima Kasih Shaklee Untuk Car Bonus Ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2021/04/sayang-tak-minat-lah-buat-bisnes.html