Keraskan Hati Jadilah Ibu Bapa Yang Sampai Hati Hantar Anak Ke Tadika Tak Selamanya Dia Kecil


“Alahai, kesiannya tengok anak kena bangun awal macam ni. Dahla baru 6/7 tahun. Ada 2 sesi persekolahan pulak tu.”
“Tak sampai hati rasanya nak kejutkan”

Jika diikutkan kehendak anak, dia mungkin mahu terus tidur. Namun, anda perlu sampai hati menggeraknya dan menyuruh dia mandi atau memandikannya, agar dia boleh ke sekolah.
Anda perlu sampai hati mendengar bentakannya. Anda perlu sampai hati meninggalnya di sekolah itu, walaupun mukanya masam.
Kerana anak masih kecil, dia belum tahu apa yang di hadapannya. Dia belum lagi tahu kesan kemalasan atau ketakutannya bagi masa hadapannya. Ibu bapalah yang bijak perlu sampai hati memimpin penuh sabar, kasih-sayang dan tegas. Kerana anak perlu tahu tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.
Sebenarnya bangun dari tidur dan kemudiannya mandi untuk bersedia ke sekolah itu juga satu perjuangan. Jika anak-anak tidak dididik dengan mindset begitu, bagaimana mereka boleh meraih kejayaan yang lebih besar.

Bak kata pepatah Melayu; Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Jadilah ibu bapa yang sampai hati untuk melakukan sesuatu demi kebaikan anak-anak dunia dan akhirat. Dan lakukanlah dengan penuh hormat, kasih-sayang dan sedar diri.
Bagaimana pula jika anak-anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang, marah-marah dan kuat menghukum fizikal dan kata-kata kasar?
Ini jawapan Ibu.
Anak-anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka. Terutama jika mereka tidak berasa selamat. Jika mereka menangis takut nak ke tadika kerana cikgu sangat garang dan sepertinya…jangan ambil mudah ketakutan anak itu.

Selidik, apakah yang sebenarnya terjadi. Betul ke guru itu sangat garang atau suara dia sahaja yang kuat sebab ramai anak murid? Jika itu halnya, maka perbetulkanlah pesepsi anak anda itu. Kenalkan dia semula kepada gurunya dan terangkan mengapa gurunya terpaksa bercakap kuat.
Jika betul cikgu itu terlalu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil, berbincanglah dengan guru itu secara baik dan professional untuk dia berubah.
Jika cikgu itu masih hendak garang dan marah-marah tidak bertempat juga, maka usahlah diteruskan meletak anak kecil anda di dalam kandang singa atau harimau itu. Keluarkan dia dan cari tempat yang lebih baik. Ada banyak tadika di Malaysia ini yang memberi latihan baik kepada para guru mereka.
Ramai para guru yang sayang dan sabar mendidik anak-anak murid mereka. Cari mereka dan biarlah mereka ini yang mendidik anak-anak anda. Mereka layak mendidik anak-anak bakal pemimpin ummah ini. Dan jangan beri anak anda kepada mereka yang mengunakan kerja mereka untuk melepaskan marah di hati mereka kerana kecewa dengan kehidupan mereka lalu melepaskan kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa!

Ketahuilah anda ada kuasa untuk menentukan apakah jenis tadika yang boleh terus maju dan bertapak di negara ini dengan memilih tadika yang layak mendidik anak-anak kecil ini dengan baik.
Bagi yang beranggapan, biarkanlah anak-anak kecil itu menjadi tough sikit….hmmm…. kalau cikgu tu marah bertempat dan marah dengan berhemah, ia akan melahirkan toughness for the right reason di dalam perwatakan anak.
Tapi kalau guru itu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil serta menjadikan anak-anak kecil itu ‘punching bag’ mereka, itu tidak akan menjadikan anak anda tough, tetapi jadi hati keras, rosak hati, rosak jiwa kerana perkembangan EQnya terbantut!
Dari mana anak-anak kecil belajar mengenai perasaan, emosi dan cara mengawalnya?
Ya, dari orang-orang dewasa di sekeliling mereka. Nah, jika mereka di kelilingi oleh orang-orang dewasa yang tidak tahu mengawal perasaan…agak-agaknya apa yang anak itu belajar? Lepas itu anda ibu bapa pening kenapa anak-anak anda menjadi degil atau mudah menangis, suka bergaduh dengan adik beradik dan mula marah-marah dengan anda dan orang di sekeliling mereka. Bila tidak dapat apa yang dihajati, maka marah-marah adalah solusi mereka.
Maka, nak terus letak lagi anak-anak anda di dalam kandang harimau tu atau hendak selamatkan dia?
Bunyi macam Ibu marahkan? Ya Ibu marah sebab tidak sepatutnya anda meletakkan anak-anak anda di dalam tempat sebegitu. This is TOUGH LOVE. Ramai lagi guru-guru yang baik akhlak dan hati mereka. Mereka ini memang jiwa pendidik.
Janganlah memberi anak anda kepada orang yang tidak suka apa yang dia lakukan dan melakukan dengan terpaksa…itulah sebabnya dia asyik marah-marah tidak bertempat.
Namun, Ibu bukan menyuruh anda membenci guru-guru yang sedemikian. Rasalah belas kepada mereka kerana mereka itu sebenarnya ‘sakit’ di dalam diri mereka. Doakan sahaja mereka akan tersedar dan dapat memperbaiki diri. Kasih sayang anda kepada insan beginilah yang boleh menyedarkan mereka, dengan izin Allah. Itu pun jika mereka itu mahu berubah.Namun, buat masa mereka masih belum, selamatkan anak anda!
*Ingatlah bukan semua guru garang tidak bertempat. Ramai yang baik dan berjiwa pendidik. Oleh itu jangan kutuk profession perguruan ini. Ianya mulia. *
Apa yang kita tidak suka ialah perbuatan sesetengah guru kerana mereka tidak menghayati apakah maksudnya seorang pendidik itu. Mereka tersalah cara yang boleh membawa kepada kerosakan kepada hati dan jiwa kanak-kanak kecil itu yang sepatutnya mereka bina. Doa Ibu agar Allah memberi mereka ini petunjuk.Marilah doakan bersama-sama.
Syabas kepada para guru yang mendidik penuh sedar diri, kasih sayang, bertanggungjawab dan berwawasan tinggi.
Anak anda adalah tanggungjawab anda memastikan keselamatan dan pertumbuhan dirinya.
Salam kasih.
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di  SINI
The post Keraskan Hati, Jadilah Ibu Bapa Yang ‘Sampai Hati’ Hantar Anak Ke Tadika. Tak Selamanya Dia Kecil! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/keraskan-hati-jadilah-ibu-bapa-yang-sampai-hati-hantar-anak-ke-tadika-tak-selamanya-dia-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Dibenar Hantar Anak Ke Asrama

Ibu Bapa Dibenar Hantar Anak Ke Asrama

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 272 hits
IBU BAPA DIBENAR HANTAR ANAK KE ASRAMA KUALA LUMPUR Ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama hanya perlu mengemuka surat yang dikeluarkan oleh sekolah kepada anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya bagi merentas da...
Isu Founder Cium Budak Tmj Minta Ibu Bapa Ajar Anak Tentang Gangguan Seksual

Isu Founder Cium Budak Tmj Minta Ibu Bapa Ajar Anak Tentang Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 304 hits
Sejak semalam video video seorang founder perniagaan yang meluahkan rasa kasih sayang terhadap adik angkatnya dengan cara mencium bibir telah mengundang pelbagai maklum balas daripada warganet Dalam satu ulasan seorang pendakwah dikenali se...
Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 242 hits
Anak kau tak puasa ke Anak aku mula puasa masa umur 4 tahun aku ajar dari awal Sekarang umur 6 tahun puasa penuh Alhamdulillah Rugilah anak kau umur dah 6 tahun belum puasa penuh Nanti makin besar makin payah nak ajar Bukan bab puasa saja b...
Youtube Memberikan Ibu Bapa Pilihan Kawalan Kandungan Lebih Baik Untuk Anak Remaja

Youtube Memberikan Ibu Bapa Pilihan Kawalan Kandungan Lebih Baik Untuk Anak Remaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 217 hits
Menjadi ibu bapa moden adalah amat mencabar kerana tiada ilmu diturunkan dari ibu bapa mereka sendiri tentang cara mengawal masa anak menonton YouTube Berita baiknya ialah pelbagai ciri pada YouTube boleh digunakan untuk mengawal kandungan ...
Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 366 hits
Dalam keadaan hari ini semua ibu bapa berlumba lumba nak anak pandai dan berjaya Hasrat itu betul tetapi kita lupa dari aspek psikologi perkembangan anak kita masih lagi gagal jadi ibu bapa yang sepatutnya menyokong setiap kelebihan dan kek...
Bakal Ke Udara Ibu Bapa Percaya Dengan Didiktv Anak Anak Akan Lebih Fokus Dalam Pdpr

Bakal Ke Udara Ibu Bapa Percaya Dengan Didiktv Anak Anak Akan Lebih Fokus Dalam Pdpr

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 253 hits
Bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok pada jam 8 pagi 17 Februari 2021 DidikTV menerima pelbagai respon netizen terutamanya ibu bapa Kebanyakan ibu bapa menyatakan harapan mereka semoga dengan adanya DidikTV a...
Telatah Anak Kecil Ini Setelah Kena Bebel Dengan Bapanya Mencuit Hati Orang Ramai

Telatah Anak Kecil Ini Setelah Kena Bebel Dengan Bapanya Mencuit Hati Orang Ramai

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 256 hits
Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna tanpa ayah siapalah kita didunia ini Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak anak ...
Hampir Seminggu Hilang Jumpa Dalam Tong Angkara Ayah Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

Hampir Seminggu Hilang Jumpa Dalam Tong Angkara Ayah Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 836 hits
Kehilangan seorang wanita berumur 38 tahun dan juga ibu kepada dua anak berusia tiga dan empat tahun yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Saujana Kota Tinggi sejak Isnin lalu terjawab dengan penemuan mayat mangsa di dalam tong air biru di...
Ibu Bapa Hentikan Sekolah Anak Demi Ilmu Akhirat

Ibu Bapa Hentikan Sekolah Anak Demi Ilmu Akhirat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 599 hits
1 Timbul pula isu kewujudan ibu bapa berhentikan anak anak dari sekolah kerana dikatakan ilmu dunia tak sepenting ilmu akhirat Ada juga selebriti yang melakukan hal yang sama dengan alasan sijil akademik belum tentu mampu menyelamatkan manu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias