Kerap Kembung Perut Try 9 Cara Ini
Korang kerap tak kena masalah kembung perut? Lagi-lagi time datang period!
Sis memang tak leh tahan kalau kembung perut nie.Dalam perut dah rasa macam ada ‘alien’, padahal perut tak lapar. Makan pun tak adalah banyak mana. Kalau dah berjam-jam rasa sakit, serba tak kena dibuatnya. Mana boleh tahan
Secara umumnya punca kembung perut ini sangat berkait rapat dengan makanan atau minuman yang kita ambil.Kadang-kadang tanpa kita sedari, makan tersebut ‘berangin’ sehingga menimbulkan adanya tindak balas atau terganggunya sistem penghadaman kita.
Sis senang jer nak tahu, kalau kembung perut nie. Bila sis tepuk perut, mulalah keluar bunyi ‘dung… dung'. Semua ini terjadi disebabkan ada gumpulan udara dalam sistem penghadaman dan udara (kentut) perlu dikeluarkan dengan segera.
Jadi, kalau rasa nak terkentut tu, jangan ditahan-tahan. Cepat cari ‘pot’ selamat dan lepaskannya. Hahaha.. hahaha..
Kali nie sis nak share beberapa cara yang telah sis pratikan bila berhadapan dengan masalah kembung perut. Bolehlah try, mana tahu tips tersebut serasi dengan korang. Dapat jugak melegakan kesakitan tersebut.
9 Cara Hilangkan Kembung Perut
1. Elakkan makan sayuran yang ‘berangin’ seperti sayur kobis,kacang, jagung, asparagus, brokoli, bawang Bombay, bawang putih dan kobis bunga kerana ia boleh menyebabkan perut kembung disebabkan kandungan gasnya yang tinggi.
2. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Jika kembung perut, neutralkan dengan minum air suam
3. Hindari minum terlalu banyak ketika makan ataupun makan ‘berulamkan’ air
4. Elakkan mengambil semua jenis produk yang mengandungi susu.
5 .Elakkan juga makan buah-buahan seperti pisang, epal dan tembikai. Di samping itu juga, jangan makan buah yang masam dan manis sekali harung.Sebaiknya, pilih salah satu
6. Hindari mengambil minuman berkarbonat serta kopi (terutama kopi hitam)
7. Ambil minuman atau makanan yang mengandungi ‘prebiotik’ seperti yogurt.Makanan yang mengandungi ‘prebiotik’ boleh meneuteralkan masalah kembung perut yang disebabkan oleh bakteria jahat yang tidak seimbang dalam usus.
8. Campuran rempah ratus dan herba seperti halia, bunga cengkih dan daun salam dalam masakan membantu mengatasi masalah kembung perut
Cubalah ambil tiga potong halia yang telah dicuci dan ditumbuk. Rebus dalam air dan tambahkan sedikit dengan gula merah, kemudian minumlah air rebusan halia tersebut ketika masih suam. Minum air halia dapat meredakan kembung.
9. Boleh juga mengurut perut dengan memakai minyak kayu putih ataupun minyak cap kapak.
Itulah 9 cara mengatasi kembung perut yang selalu praktik. Untuk kekal sihat, pastikan korang mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan.
Jumpa lagi. Take care!!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/11/kerap-kembung-perut-try-9-cara-ini.html