Kerana Kesilapan Zahid Perbalahan Dalaman Umno Terserlah



Kesimpulan dari pendedahan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman ialah UMNO kini ada dua puak atau dua kem, satu kem sokong Presiden UMNO dan satu kem lagi menyokong Perdana Menteri Malaysia.
Pasti tidak akan ada pendedahan oleh Tajuddin jika Zahid tidak menggugurkannya dari MKT UMNO, (sebab di gugurkan sila baca di SINI).
Jadi.. Zahidlah punca haru biru ini daripada nak menyelesaikan masaalah ekonomi negara kini Pemimpin-pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet terpaksa beralih kepada menyelesaikan masaalah dalaman UMNO pula..
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman kelmarin mengenai isu dalaman UMNO membuktikan parti itu kini berpecah kepada dua puak iaitu kem yang menyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kem Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Salawati Mat Basir berkata, pendedahan berkenaan dilihat telah menjawab segala dakwaan yang sebelum ini dinafikan oleh pihak-pihak tertentu.
Berikutan itu, UMNO harus segera mencari jalan untuk menyatupadukan kembali parti tersebut atau sekali lagi me­nerima padah menghadapi kesulitan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Sebenarnya apa yang didedahkan hanyalah mengiyakan tanggapan yang menyatakan sebelum ini UMNO berpecah, tetapi dinafikan. Jadi benda ini sebenarnya memang wujudlah, memang betul ada kem-kem tertentu dalam UMNO, satu pihak nak kekalkan Ahmad Zahid dan satu lagi tidak menyingkirkan beliau.
JALAN SELAMAT
“Jadi jalan selamat untuk hadapi PRU ini memang tiada jalan selamat kerana UMNO berhadapan isu dalaman parti yang sangat teruk, jadi UMNO perlu membuat satu keputusan yang cepat dan baik atau keadaan akan menjadi bertambah teruk sebab rakyat memerhati,” kata­nya ketika dihubungi, semalam.
Tambah Salawati lagi, krisis dalaman UMNO ini sedikit seba­nyak memberi kesan kepada pihak lawan meskipun gabungan Pakatan Harapan (PH) dan parti pembangkang lain dilihat lemah.
Dalam pada itu, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, UMNO perlu membuat perubahan dengan memperkukuh kembali kesatuan serta budaya Melayu yang tinggi sejak parti itu ditubuhkan pada 1946.
“UMNO tidak boleh terus menerus buat onar begini, kita mewakili orang Melayu. Kita ada cara untuk menjaga parti, parti ini telah berjaya menyatukan orang Melayu. Jika ada pendapat berbeza sekalipun, ia boleh dibincang dalam parti. Akhir­nya, semua mesti setuju keputusan majoriti.
“Perlu diingat, tidak ada parti yang boleh mengukuhkan perpaduan orang Melayu selain UMNO. Apa sekalipun yang dihadapi, kita kena fikir bagaimana parti mesti bersatu. Ini paling penting,” katanya ketika dihubungi.
“Tetapi, inikah cara pemimpin UMNO untuk mengukuhkan parti?” soalnya lagi.
Kelmarin, Tajuddin mendedahkan beberapa perkara dalaman parti, antaranya pengakuan dirinya sendiri menandatangani Akuan Bersumpah (SD) kerjasama dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, dikatakan terdapat pertemuan antara pimpinan UMNO di kediamannya pada Mei 2020 untuk meminta supaya Ahmad Zahid turut daripada jawatan Presiden. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/umno-ada-dua-kem-rupanya-tajuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Di Siasat Sprm Punca 3 Mp Umno Lompat Dedah Zahid

Takut Di Siasat Sprm Punca 3 Mp Umno Lompat Dedah Zahid

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 277 hits
Ini apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Mahkamah Alaaa Zahid Hamidi Presiden UMNO tu dia kata MP MP UMNO yang lompat ke BERSATU tu sebab nak elak dari didakwa oleh SPRM KUALA LUMPUR Tiga Ahli Parlimen UMNO termas...
Dr M Asked Me To Dissolve Umno Zahid Tells Court

Dr M Asked Me To Dissolve Umno Zahid Tells Court

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 412 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi told the Kuala Lumpur High Court today that former prime minister Dr Mahathir Mohamad had asked him to dissolve Umno because the latter claimed the party had no future and could not be trusted Zahid 69 said...
Perbalahan Dalam Umno Dijangka Berterusan Selepas Pru15

Perbalahan Dalam Umno Dijangka Berterusan Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 248 hits
Risiko pertikaian puak dalam Umno mungkin meningkat walaupun Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum akan datang kata agensi penarafan kredit Amerika Syarikat Fitch Solutions
Terima Kasih Kepada Zahid Najib Tajuddin Dan Ramai Lagi Dari Umno Parti Keramat

Terima Kasih Kepada Zahid Najib Tajuddin Dan Ramai Lagi Dari Umno Parti Keramat

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 329 hits
Dalam ketika rakyat susah dan bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan pelbagai lagi CABARAN seperti penyakit dan isu keselamatan Tiba TIBA rakyat kenyang dan enjoy kenyang dengan Dengan drama terbuka pemimpin politik umno yang ber...
3 Umno Mps Quit Party To Save Themselves From Macc Probe Zahid

3 Umno Mps Quit Party To Save Themselves From Macc Probe Zahid

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 296 hits
Ahmad Zahid Hamidi today told the High Court that three MPs from Umno had quit the party and joined Bersatu after the 14th general election to save themselves from being investigated by the MACC He said the three MPs were among Umno candida...
Masalah Dalaman Umno Beri Kesan Kepada Ekonomi Kata Badan Pemikir

Masalah Dalaman Umno Beri Kesan Kepada Ekonomi Kata Badan Pemikir

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 217 hits
Spekulasi semakin hangat mengenai keretakan dalam Umno antara mereka yang sealiran dengan Ismail Sabri Yaakob dan mereka di pihak presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak PETALING JAYA Sebuah badan pemikir men...
Three Way Split For Umno After Plot To Topple Zahid Revealed

Three Way Split For Umno After Plot To Topple Zahid Revealed

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 300 hits
Umno may find itself split into three camps instead of two following the revelation of former Supreme Council member Tajuddin Abdul Rahman of a web of plots and back stabbing involving the top leaders of the country s largest Malay party Sp...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord