Kerana Gemar Memakan Budu Dan Pegaga Ini Kesannya Kepada Masyarakat Kelantan


Bila melibatkan makanan orang Kelantan mesti ramai kenal dengan budu, ada yang geli untuk makan budu kerana cara pembuatannya menggunakan proses penapaian dilihat agak menggelikan. Namun proses pembuatan dengan cara ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada usus manusia. Kajian tempatan menunjukkan budu dan pegaga mampu mengelak seseorang daripada menghidap penyakit kanser perut.
Budu yang biasanya di letakkan dalam nasi kerabu juga sesuai dimakan dengan ulaman. Dari segi harga budu merupakan penambah rasa sedap pada makanan yang majoriti rakyat Kelantan mampu beli setiap hari.
Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati kanser perut jarang dihidapi masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor budu dan pegaga.
Beliau berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut, namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri Kelantan.
Dipetik Utusan Online, kata beliau, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.
Amalan meminum jus pegaga dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.
Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia Âmemiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
Lebih me­ngujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.
“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal, namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.
“Selain itu, penduduk Melayu di sini (Kelantan) juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” kata beliau di Kubang Krian, Kelantan.
Sumber: kamikongsi.info
15 Jenis Ulam Perlu Amal Kalau Nak Wajah Nampak Awet Muda Kalau ditanya rahsia mereka yang dah berusia tapi nampak awet muda, salah satu amalan mereka adalah makan ulam atau sayur.
Amalan mereka itu pula bukan sehari dua selalunya sejak zaman muda lagi.
Bagi anda yang mahu tampil awet muda 15 jenis ulam tempatan ini bolehlah diamalkan terutama bila usia dah memasuki 30 tahun.
Kaitan ulam/ sayur dengan nampak muda Tapi sebelum itu serba sedikit khasiat sayur dan ulam-ulam ini dalam membantu memudakan wajah kenalah kita tahu. Jangan tahu makan saja!
Sebenarnya bukan saja ulam tapi apa saja sayur segar baik untuk kelancaran proses penghadaman dan pencernaan yang pada masa yang sama sangat berkait dengan kesihatan kulit wajah.
Kebanyakan sayur dan ulam ini kaya dengan vitamin C yang mana penting untuk penghasilan kolagen. Unsur kolagen inilah yang membuatkan lebih elastik dan kurang kedutan.
Kebanyakan sayur turut mengandungi karotenoid seperti beta karotin. Ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit.
Ini senarai ulam untuk awet muda & kesihatan Dah tahu kaitannya jom amalkan ulam-ulam ini yang khasiatnya bukan saja untuk awet muda tapi lebih daripada itu.
1. Pegaga Ini ulam yang paling mudah sekali kalau nak amal. Ada saja di pasar atau di kedai makan. Selain buat ulam pegaga boleh dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan minum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah.
2. Ulam raja
Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Elok diamalkan oleh ibu dalam pantang. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.
3. Jantung pisang Yang ni tak boleh makan mentah, ia perlu dicelur atau direbus terlebih dahulu. Jantung pisang ini tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.
4. Daun selom Daun selom ini macam pegaga, banyak dihidangkan di kedai makan.Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.
5. Kacang botor/kelisa Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.
6. Timun Timun Jepun pun boleh. Ini antara ulam yang rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.
7. Petai
Ini ulam kegemaran ramai.Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat.Boleh dimakan mentah, direbus atau dibakar tapi lagi sedap dimasak sambal.
8. Cekur Ulam cekur ini sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.
9. Bendi rebus Selain untuk awet muda, khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori. Ia juga sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.
10. Pucuk ubi Khasiat lain pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.
11. Kaduk
Ramai yang keliru dengan daun kaduk kerana bentuknya seperti daun sirih. Boleh dimakan mentah atau pun dicelur.Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.
12. Jering
Bau ulam jering ini lebih menusuk dari petai tapi mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Antaranya mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang. Tapi jangan amalkan berlebihan.
13. Terung pipit Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Boleh direbus hingga lembut dan amalannya dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.
14. Rebung
Walau pun selalu dibuat masak lemak tapi, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung membantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.
15. Peria katak Ulam ini tak ramai yang suka kerana pahit. Tapi pahit itulah ubat. Ia dipercayai dapat bantu rendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes.
Dah tau khasiat dan kelebihan ulam ini jadi apa tunggu lagi, terus amalkan. Tapi apapun nasihatnya bagi yang ada masalah kesihatan eloklah dapat nasihat daripada doktor dahulu dan amalkan secara sederhana.
Sumber: Vanillakismis.my
The post Kerana gemar memakan budu dan pegaga.Ini kesannya kepada masyarakat Kelantan. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/kerana-gemar-memakan-budu-dan-pegaga-ini-kesannya-kepada-masyarakat-kelantan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Kawan Ko Datang Bercuti Di Kelantan Tapi Ko Balik Kampung

Bila Kawan Ko Datang Bercuti Di Kelantan Tapi Ko Balik Kampung

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 615 hits
Assalamaualaikum Panjangkan tajuk entry Cik Nor kali ni haha Kasi orang bosan baca tajuk pulak kali Biasa tajuk pendek jer korang jeling dengan ekor mata pun dah habis baca Eh ye ke Pandai pandai jer Cik Nor meneka hati hati korang kan Kisa...
Lelaki Di Kelantan Dan Terengganu Paling Pendek Umur

Lelaki Di Kelantan Dan Terengganu Paling Pendek Umur

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 414 hits
Anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu paling pendek Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Negara yang dikeluarkan pada 20 Februari 2018 lalu jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu adalah 69 6 tahun berbandin...
Pemprov Dki Bakal Kucurkan Dana Penataan Tiap Kampung Oleh Masyarakat

Pemprov Dki Bakal Kucurkan Dana Penataan Tiap Kampung Oleh Masyarakat

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 231 hits
Menurut Anies ada aturan baru soal pelaksanaan pembangunan oleh masyarakat dengan dana yang bersumber dari pemerintah Hal itu berdasarkan Peraturan Presiden Nomor 16 Tahun 2018 tentang Pengadaan Barang Jasa Pemerintah yang dibagi empat tipe...
Kelantan State Govt Declares Full Support For Dr M

Kelantan State Govt Declares Full Support For Dr M

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 268 hits
The Kelantan government yesterday declared its confidence in the leadership of Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in heading the nation In a statement today Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob said the state government supported the federal ...
Ketum Jadi Alternatif Penagih Di Kelantan

Ketum Jadi Alternatif Penagih Di Kelantan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 196 hits
Mengikut kategori pekerjaan yang dikesan terbabit dadah adalah 95 kakitangan kerajaan peniaga nelayan penganggur manakala 9 316 lagi lain lain pekerjaan
Kelantan Negeri Kedua Tertinggi Penagih Dadah

Kelantan Negeri Kedua Tertinggi Penagih Dadah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 450 hits
DENGAN jumlah 17 580 penagih direkodkan antara Januari dan Oktober di Kelantan tahun lepas ia menjadi negeri kedua selepas Pahang yang memiliki jumlah penagih dadah paling ramai dalam negara Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelan...
Video Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan Rm300 000 Sebulan Dari Youtube

Video Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan Rm300 000 Sebulan Dari Youtube

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 1275 hits
Nama Alieff Irfan tidak asing lagi bagi pengguna setia Youtube di Malaysia Ini kerana video yang dimuatnaik oleh Alieff Irfan seringkali menjadi trending di Youtube Malaysia Bermula hanya sekadar suka suka kerana minat yang mendalam dalam s...
Pelibatan Masyarakat Dan Publikasi Dinilai Dongkrak Kepercayaan Kepada Polri

Pelibatan Masyarakat Dan Publikasi Dinilai Dongkrak Kepercayaan Kepada Polri

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 142 hits
Anggota Komisi III DPR Ahmad Sahroni menilai kepuasan dan kepercayaan publik kepada Polri tidak hanya dipengaruhi kinerja dalam mengungkap kasus Menurutnya pelibatan masyarakat dan publikasi yang dilakukan melalui media massa dan media sosi...
Jokowi Minta Kepala Daerah Tegas Masyarakat Dilarang Tinggal Di Daerah Rawan Bencana

Jokowi Minta Kepala Daerah Tegas Masyarakat Dilarang Tinggal Di Daerah Rawan Bencana

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 202 hits
Pemerintah daerah harus tegas wilayah rawan bencana dilarang dijadikan hunian oleh masyarakat
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co