Kerakyatan Melayu Cadangan Ku Li Tak Sesuai



(Malaysiakini) – Beberapa pemimpin masyarakat India berpendapat cadangan pemimpin kanan Umno Tengku Razaleigh Tengku Hamzah untuk memberikan kerakyatan Melayu kepada semua penduduk Malaysia sebagai tidak sesuai.
Sebaliknya, mereka mencadangkan istilah kerakyatan Malaysia (Malaysian) lebih sesuai berbanding Melayu.
“Melayu adalah satu bangsa memang telah wujud. Jadi, tidak ada keperluan memberikan kerakyatan Melayu kepada yang bukan Melayu di negara ini.
“Sepatutnya, kerakyatan Malaysia kepada semua lebih sesuai,” kata Naib Presiden MIC T Mohan.
Ahli Dewan Negara itu berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Tengku Razaleigh yang diperjuangkan tokoh politik kiri Dr Burhanuddin al-Helmy sebelum kemerdekaan.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dipanggil sebagai Ku Li menyuarakan agar idea itu dihidupkan semula minggu lalu.
Bagaimanapun, ia berdepan kritikan di media sosial, terutamanya berkenaan hak keistimewaan dan status bumiputera.
Cadangan kerakyatan Melayu untuk semua kaum itu terkandung dalam Perlembagaan Rakyat 1947 yang digagas oleh gabungan Putera-AMCJA yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada Inggeris.
Untuk rekod, Malaysia hanya dibentuk kemudian pada 1963 dengan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Mohan berkata masyarakat Melayu sendiri tidak akan menerima cadangan kerakyatan Melayu kepada semua.
“Pada pandangan saya, buat masa ini toleransi antara kaum bertambah baik. Cuma beberapa individu rasis sahaja cuba mencetuskan isu perkauman.
“Agama boleh ditukar. Bagaimana nak tukar bangsa? Tidak ada logik. Ia tidak berbunyi seperti perpaduan.
“Saya tidak faham cadangan dia. Sekadar politik ia boleh dibincang, tapi ia susah dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu, Adun Sungkai A Sivanesan (gambar, bawah) berkata bahawa cadangan kerakyatan Melayu itu sangat rumit.
“Melayu adalah sebuah bangsa telah wujud beratus tahun. Sukar untuk bersekutu.
“Seperti di Indonesia, semua rakyat Indonesia dipanggil sebagai Indonesian, tetapi masih mengekalkan identiti etnik masing-masing.
“Jadi, di Malaysia ia sangat rumit. Ku Li tidak patut mencadangkan isu ini, sebab pelaksanaanya tidak pratikal,” katanya.
“Di Malaysia, semua adalah sama di hadapan undang-undang. Tetapi, ia berbeza dari segi polisi. Adakah Melayu sedia menerima cadangan Ku Li,” soalnya.
Menurut naib pengerusi DAP Perak itu lagi bahawa istilah kerakyatan Malaysia kepada semua lebih sesuai.
“Ketika era 1960an atau 1970an, masyarakat India dan Cina di Malaysia masih mempunyai hubungannya di negara asal. Sekarang sudah tidak lagi.
“Kami lebih bangga dipanggil sebagai Malaysian kemudian India Malaysia,” katanya.
Untuk rekod, Burhanuddin, pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – parti politik Melayu pertama selepas perang dunia kedua yang menuntut kemerdekaan – menubuhkan gabungan sayap pertubuhan berideologi kiri, Pusat Tenaga Rakyat (Putera).
Gabungan Putera bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) menggagaskan Perlembagaan Rakyat pada 1947 yang mengandungi 10 prinsip teras bagi menggantikan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Gabungan ini menggabungkan banyak pertubuhan dan parti politik kiri termasuklah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan Demokratik Malaya (MDU).
Untuk rekod, MIC menjadi sebahagian daripada gabungan Putera-AMCJA sebelum pengisytiharan darurat pada 1948.
Sementara itu, Tan Cheng Lock juga salah seorang pemimpin AMCJA dan kemudiannya mengasaskan MCA pada Feb 1949.
Prinsip keenam Perlembagaan Rakyat menggariskan bahawa: Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah bagi.
Prinsip kesembilan pula berbunyi: Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perpaduan Hindu Malaysia (Maha) A Rajaretinam bersetuju bahawa istilah kerakyatan Malaysia lebih sesuai dari kerakyatan Melayu.
“Kita sebenarnya tidak perlukan lagi ruang etnik, kaum atau ras dalam dokumentasi kita.
“Kita semua satu bangsa dengan pelbagai bahasa, budaya, adat, agama dan cara hidup berbeza-beza tapi kita adalah warganegara Malaysia.
“Ruang etnik, kaum atau ras dalam dokumentasi kita sebenarnya menghalang perpaduan dan integrasi,” katanya.
Tambahnya, demi perpaduan, kerajaan perlu mengubah suai dokumentasi negara dengan mengekalkan kolum warganegara sahaja.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/01/kerakyatan-melayu-cadangan-ku-li-tak-sesuai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ku Li Cadang Kerakyatan Melayu Untuk Semua Kaum

Ku Li Cadang Kerakyatan Melayu Untuk Semua Kaum

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 360 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar idea yang pernah diperjuangkan tokoh politik yang juga bekas presiden PAS Dr Burhanuddin al Helmy berhubung idea negara bangsa Melayu dapat dihidupkan semula Jelasny...
Status Agama Wanita Melayu Kahwin Warga India K Jaan Tunggu Jaij

Status Agama Wanita Melayu Kahwin Warga India K Jaan Tunggu Jaij

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 482 hits
Kerajaan akan berurusan dengan wanita yang dikatakan berkahwin dengan seorang atlet sukan kebangsaan India yang juga penganut agama Sikh Ini selepas tanda tanya mengenai status agama wanita berkenaan tular di media sosial sejak beberapa har...
Bank Wakaf Mampu Perkukuh Ekonomi Melayu

Bank Wakaf Mampu Perkukuh Ekonomi Melayu

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 204 hits
Oleh Profesor Dr Ismail Omar Allahyarham Prof Diraja Ungku Aziz meninggalkan legasi tidak ternilai harganya Pandangan dan saranan beliau untuk memajukan ekonomi orang Melayu di negara kita begitu menyerlah Antara legasi ditinggalkannya iala...
Aku Melayu Yang Benci Penipu Nabi Ku S A W Seorang Yang Jujur Dan Ku Beriman Dengannya

Aku Melayu Yang Benci Penipu Nabi Ku S A W Seorang Yang Jujur Dan Ku Beriman Dengannya

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 230 hits
Kak Ida AbdullahSeingat saya ahli politik yang rasuah salaguna kuasa kaki seks membunuh hampir semuanya dari BN dengan UMNO sebagai juara Kalau ada kereta besar rumah besar semua dapat projek sebab dia orang kuat UMNO Kalau hadir kursus anj...
Melayu Tak Digalakkan Bertanya Why

Melayu Tak Digalakkan Bertanya Why

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 302 hits
Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya saya rasa Melayu tidak sanggup berubah Perspektif mereka terhad tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat Hik...
Rm150 Juta Berjaya Times Square Untuk Bumiputra Ke Untuk Vincent Tan Untuk Melayu Isle La Boh

Rm150 Juta Berjaya Times Square Untuk Bumiputra Ke Untuk Vincent Tan Untuk Melayu Isle La Boh

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 206 hits
Sehingga kini belum ada kajian dibuat bersabit keperluan bumiputera berniaga di Times Square membolehkan perniagaan mereka maju di saat ramai peniaga Cina menutup perniagaan mereka di situ RM150 juta Berjaya Times Square Untuk bumiputra ke ...
Namewee Filem Babi Tentang Perpaduan Bukan Hina Melayu

Namewee Filem Babi Tentang Perpaduan Bukan Hina Melayu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 410 hits
Pengarah filem Babi menegaskan karyanya bukan untuk mencetuskan perkauman dan menghina bangsa Melayu tetapi mengajak kepada perpaduan dan keharmonian sesama rakyat Malaysia Namewee nama sebenar Wee Meng Chee berkata filemnya berdasarkan kis...
Gadis Melayu Kahwin Pemuda Sikh Mana Suara Lebai Pas Woiiii Demontrasi Woiiii Nak Kiamat

Gadis Melayu Kahwin Pemuda Sikh Mana Suara Lebai Pas Woiiii Demontrasi Woiiii Nak Kiamat

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 863 hits
December 19 2020 Susulan satu laporan berkenaan perkahwinan Kapten hoki India Manpreet Singh Pawar dengan seorang gadis dari Malaysia Illi Najwa Saddique telah menimbulkan tanda tanya warga net tentang status agama gadis berkenaan Zaharin M...
Beza Orang Arab Dengan Orang Melayu Kita Ustaz Kazim Elias

Beza Orang Arab Dengan Orang Melayu Kita Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 268 hits
Beza Orang Arab Dengan Orang Melayu Kita Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden