Ku Li Cadang Kerakyatan Melayu Untuk Semua Kaum




Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar idea yang pernah diperjuangkan tokoh politik yang juga bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy, berhubung idea negara bangsa (nasion) Melayu dapat dihidupkan semula.
Jelasnya, gagasan itu kini bermaksud semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan adalah satu negara bangsa Malaysia.
“Dr Burhanuddin pada ketika itu telah mengusulkan supaya kita semua rakyat di Malaya ini, tak kira apa keturunan, akan dinamakan Melayu.
“Kerana kita daripada gagasan Nusantara ini yang sudah jadi Tanah Melayu, wajar difikirkan semula, bahawasanya kita ini adalah orang Melayu,” katanya.


Razaleigh juga memberikan contoh negara bangsa (nasion) Indonesia yang hanya menggunakan satu nama kerakyatan sebagai identiti kebangsaan yang tidak mengira kaum atau keturunan.
“Kita pun (boleh lakukan sebegitu), supaya takkan ada lagi pertikaian antara kaum.
“Saya rasa tak ada apa yang hendak direbutkan. Sama-sama boleh dikongsi,” katanya dalam bual bicara Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia di Kajang hari ini.
Burhanuddin merupakan pemimpin parti politik Melayu pertama selepas perang dunia kedua yang menuntut kemerdekaan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian menubuhkan gabungan sayap pertubuhan berideologi kiri Pusat Tenaga Rakyat (Putera).
Sementara itu, Kesatuan Malaya Demokratik (MDU) di Singapura dan beberapa kumpulan lain, membentuk Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang bersifat pelbagai kaum.
Gabungan Putera-AMCJA kemudian menggagaskan Perlembagaan Rakyat pada 1947 yang mengandungi 10 prinsip teras bagi menggantikan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Prinsip keenam Perlembagaan Rakyat menggariskan bahawa: Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah bagi.
Prinsip kesembilan pula berbunyi: Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.
Perlembagaan Rakyat terkubur apabila British mengharamkan pertubuhan-pertubuhan dalam Putera-AMCJA ketika mengisytiharkan darurat 1948.
Perlembagaan Persekutuan yang digubal hari ini dirangka oleh sebuah suruhanjaya yang dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957 dan berkuatkuasa secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.
Perlembagaan Persekutuan itu kemudian dipinda menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.
MR : UMNO makin celaru, penasihat UMNO lagi celaru



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/ku-li-cadang-kerakyatan-melayu-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Melayu Isle Tapi Jaga Daging Pun Tak Boleh

Semua Melayu Isle Tapi Jaga Daging Pun Tak Boleh

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 315 hits
Hamdan TahaNegara kita di hebohkan dengan kisah daging lembu haram Dan kenapa boleh jadi perkara ni kerana ada pegawai pegawai penguatkuasaan Haram Jadah Jika tak ada pegawai pegawai Haram Jadah ni susah nak berlaku kemasukan daging haram a...
Kerakyatan Diberi Tanpa Asas Melayu

Kerakyatan Diberi Tanpa Asas Melayu

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 256 hits
SEPATUTNYA kerakyatan kepada kaum bukan Melayu diberikan setelah setiap seorangnya memperlihat penjiwaan budaya Melayu yang mukhlis MENERIMA bahasa Melayu sebagai identiti nasional tetapi menolak tulisan Jawinya bukan sahaja manifestasi pem...
Tanah Runtuh Laluan Dari Raub Ke Bukit Fraser Di Tutup Kepada Semua Kenderaan

Tanah Runtuh Laluan Dari Raub Ke Bukit Fraser Di Tutup Kepada Semua Kenderaan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 280 hits
RAUB Selepas pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta di jalan ke Bukit Fraser kelmarin hari ini laluan ke tanah tinggi itu kembali terhalang apabila berlaku tanah runtuh Dalam kejadian kira kira pukul 5 51 pagi itu berlaku tanah runtuh y...
Bila Kahwin Sekejap Gaduh Kejap Berbaik Tu Biasa Semua Allah Dah Atur Cantik

Bila Kahwin Sekejap Gaduh Kejap Berbaik Tu Biasa Semua Allah Dah Atur Cantik

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 448 hits
Ada orang tanya kenapa bila dapat isteri yang baik suami pula tak baik Bila dapat suami yang baik isteri pula tak baik Kalau suami yang baik itu bertemu dengan isteri yang baik mesti aman tenteram dan bahagia rumahtangga kan Kenapa dia oran...
Pelamin Amp Hantaran Semua Dah Siap Wanita Kecewa Bakal Suami Tiba2 Ghaib

Pelamin Amp Hantaran Semua Dah Siap Wanita Kecewa Bakal Suami Tiba2 Ghaib

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 512 hits
Hari perkahwinan merupakan saat yang paling dinantikan oleh bakal pasangan raja sehari Detik itulah tersimpulnya cinta sejati antara dua hati dalam satu ikatan sah Walau bagaimanapun buat wanita ini ia merupakan satu mimpi ngeri apabila har...
Realme 7 5g Bikin Semua Boleh Miliki Telefon 5g

Realme 7 5g Bikin Semua Boleh Miliki Telefon 5g

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 636 hits
Now everyone can own a 5G smartphone Kenapa saya cakap begitu Ini kerana realme baru sahaja melancarkan yang menjadi smartphone paling mampu milik yang menyokong rangkaian 5G Apa yang saya boleh katakan ia realme 7 5G bukan menyokong 5G sem...
25 Gambar Apabila Semua Haiwan Bermuka Kucing Yang Garang Pun Nampak Comel

25 Gambar Apabila Semua Haiwan Bermuka Kucing Yang Garang Pun Nampak Comel

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 1720 hits
Kucing meow si comel ini mereka ada di mana mana Dari meme sampaikan laman instagram khusus penuh dengan aksi aksi mencuit hati mereka menunjukkan betapa senangnya mereka di mata umum Itulah elemen yang diambil pemilik instagram Koty Vezde ...
Asus Vivobook 14 A416 Satu Laptop Untuk Kebutuhan Semua Pengguna

Asus Vivobook 14 A416 Satu Laptop Untuk Kebutuhan Semua Pengguna

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 318 hits
Kisah beberapa waktu lalu smartphone ASUS Zenfone 5 miliknya Blogger Borneo berdering Tampak nama salah seorang sahabat terpampang cukup jelas di layar Tanpa pikir panjang langsung menekan tombol terima dan sesaat kemudian diskusi singkat n...
Akak Ni Berniaga Depan Tasik Sri Rampai Beli Kan Awning Stall Ustaz Ebit Ajak Semua Sokong Bisnes Akak Istimewa Ni

Akak Ni Berniaga Depan Tasik Sri Rampai Beli Kan Awning Stall Ustaz Ebit Ajak Semua Sokong Bisnes Akak Istimewa Ni

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 288 hits
24 total views 24 views today Mungkin diri serba kekurangan serta berbeza dari orang lain namun ia tidak menjadi penghalang untuk berusaha meneruskan kehidupan Itu yang dapat dilihat dengan perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew yang membantu s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah