Kerak Usus Punca Sebenar Perut Boroi Boleh Percaya Ke Tidak Baca Info Ini Dulu


Mengikut kepercayaan orang lama, kerak usus boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan tubuh badan kita. Malah, ada yang percaya bahawa ia adalah punca sebenar perut boroi!
Disebabkan itu, telah lahir pelbagai produk cuci usus yang boleh ditemui di pasaran kini.
Persoalannya, apa itu kerak usus? Adakah ia wujud? Adakah benar ia akan mendatangkan mudarat pada kita?
Kerak Usus Punca Sebenar Perut Boroi, Boleh Percaya  Ke Tidak?
Tenang, mesti yang pakar ada jawapannya. Baca yer

Kerak usus, wujud atau tidak?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu mengenai perkara penting ini terlebih dahulu.
Buat anda yang belum tahu, sangat ramai yang mempercayai kewujudan kerak usus. Ia dipercayai sebagai 1 jenis kotoran atau lapisan yang berada di dalam usus akibat tidak menjaga pemakanan dengan betul.
Dikatakan, makanan yang kita ambil boleh terhenti dan tersimpan di dalam usus sehingga melekat padanya dan menyerupai kerak.
Inilah yang orang lama katakan sebagai kerak usus

Hakikatnya, para pembaca perlu tahu bahawa pergerakan usus akan sentiasa berlaku dan dinding usus itu sendiri boleh menghasilkan enzim atau bendalir bagi mengelakkan najis melekat pada dinding usus.
Dalam erti kata yang lebih mudah, kerak usus sebenarnya tidak wujud!
Oleh itu, tidak perlulah lagi kalian membazirkan wang dengan membeli pelbagai produk mencuci usus yang sudah terang lagi bersuluh adalah scam semata-mata.

Kerak usus sebenarnya tidak wujud!
Jadi, kerak usus bukan punca sebenar perut boroi?
Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu kerak usus dan kewujudannya.
Kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah kerak usus adalah punca sebenar perut boroi? Jawapannya adalah tidak sama sekali.
Ini juga merupakan satu scam sejak zaman berzaman lagi. Ini kerana kerak usus itu sendiri tidak wujud.
Jadi, bagaimana sesuatu yang tidak wujud itu boleh mengakibatkan sesuatu hal berlaku? Bagi yang mempercayainya sebelum ini, sila ubah persepsi anda segera.
Jika ini hanyalah 1 penipuan semata-mata, maka apa punca sebenar perut boroi?
#1. Diet tidak seimbang Pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan lemak trans adalah musuh utama bagi individu yang inginkan tubuh badan langsing.
Selain itu, makanan rendah protein dan tinggi karbohidrat juga adalah punca perut boroi. Ini kerana ia akan membuat kalian lambat kenyang lalu akan makan lebih banyak.
Jadi, sila amalkan diet seimbang mengikut saranan suku-suku-separuh okay!
#2. Kurang buat senaman Mengapa kerak usus yang perlu dipersalahkan sekiranya anda kurang buat senaman? Ini adalah punca utama mengapa perut anda boroi.
Ini kerana seseorang yang makan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar oleh tubuh badan, maka pertambahan berat badan akan berlaku.
Oleh itu, jangan malas dan bersenamlah untuk perut yang sihat



#3. Stres Dalam tubuh badan kita ada 1 hormon yang dikenali sebagai cortisol. Ia akan dirembeskan oleh tubuh badan kita setiap kali berasa tertekan untuk membantu mengawalnya. Namun, ia ada kesan sampingan.
Kebanyakan individu cenderung untuk makan ketika stres. Cortisol yang dirembeskan ini pula akan mengakibatkan kalori tersimpan di dalam perut. Kesannya, anda akan lebih mudah gemuk.
Untuk kurangkan risiko perut boroi, kawal tekanan anda

#4. Genetik Kadangkala, ada perkara yang kita tidak boleh ubah seperti genetik. Sekiranya anda lahir dalam keturunan yang berbadan chubby, maka anda berisiko tinggi untuk mengikuti jejak langkah mereka.
Pun begitu, ia bukanlah 1 kemestian. Anda masih boleh mengubahnya dengan menjalani hidup yang lebih sihat!
Selain itu, terdapat beberapa lagi sebab perut boroi yang lain antaranya waktu tidur tidak tetap, menghisap rokok dan meminum alkohol – kesemuanya merupakan gaya hidup yang tidak sihat.
Pun begitu, tiada satupun yang mengatakan bahawa perut boroi adalah disebabkan oleh kerak usus. Jadi, jangan mudah percaya akan sesuatu mitos sebelum mengkajinya terlebih dahulu.
p/s: Hanya sekadar pencerahan, Ini bukan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#kredit hellodoktor.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/apa-itu-kerak-usus-perut-boroi-tips-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Percaya Pm Muhyiddin Boleh Bubarkan Parlimen

Usul Undi Percaya Pm Muhyiddin Boleh Bubarkan Parlimen

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 314 hits
Kredit Sayuti Omar Cadangan Pas untuk membawa usul percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai PM di sidang parlimen dipersoalkan mengenai kewajarannya oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub Katanya apakah cadangan itu Pas sudah bincan...
Buah Pinggang Korang Sihat Tak Meh Baca Info Ni Kalau Nak Tau

Buah Pinggang Korang Sihat Tak Meh Baca Info Ni Kalau Nak Tau

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 584 hits
BUAH PINGGANG KORANG SIHAT TAK MEH BACA INFO NI KALAU NAK TAU Semua orang tau kot yang buah pinggang atau ginjal adalah antara organ paling penting dalam badan kita Antara fungsi buah pinggang adalah seperti berikut Menyingkirkan sisa buang...
Baca Dan Viral Aku Minta Maaf Dulu Anggap Melayu Pemalas

Baca Dan Viral Aku Minta Maaf Dulu Anggap Melayu Pemalas

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 444 hits
Melayu pemalas Cina penipu dan India samseng itulah sepanduk label perkauman terpahat di ruang legar hidup kita di dalam kepelbagaian kaum dan agama di negara ini Entah dimana hendak diletakkan titik noktah penamat pelabelan yang menghina i...
Jom Baca 4 Kisah Dan Ujian Dalam Surah Al Kahfi Yang Boleh Kita Jadikan Pengajaran Dan Ikhtibar

Jom Baca 4 Kisah Dan Ujian Dalam Surah Al Kahfi Yang Boleh Kita Jadikan Pengajaran Dan Ikhtibar

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 798 hits
JOM BACA 4 KISAH DAN UJIAN DALAM SURAH AL KAHFI YANG BOLEH KITA JADIKAN PENGAJARAN DAN IKHTIBAR Surah Al Kahfi diturunkan di Mekah adalah surah Makiyyah yang mempunyai 110 ayat Rasullullah sangat menggalakkan umatnya membaca surah ni setiap...
4 Cara Terjitu Naikkan Peringkatmu Di Youtube Yang Baru Mulai Mengudara Baca Dulu Ya

4 Cara Terjitu Naikkan Peringkatmu Di Youtube Yang Baru Mulai Mengudara Baca Dulu Ya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 362 hits
Lagi coba peruntungan di Youtube Lakukan hal hal praktis ini biar videomu muncul di pencarian dan ramai ditonton orang
Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 313 hits
Bila isteri minta sesuatu jangan kata TAK BOLEH lagi Usaha dulu tapi JANGAN JANJI Sebab bila berjanji dia akan berharap Bila dia berharap kalau dia tak dapat dia akan kecewa Hari tu abang kata nak beli Dah 3 bulan ni tak beli beli lagi pun ...
Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 619 hits
Sekarang kan musim durian sudah tentu penggemar penggemar durian di luar sana rajin memburu gerai gerai durian di tepi tepi jalan Bila sudah nampak durian yang selonggok itu lagilah bertambah rasa geram apatah lagi jika baunya menusuk hidun...
Yang Tengah Down Atau Sedih Boleh Baca Ebook Ini

Yang Tengah Down Atau Sedih Boleh Baca Ebook Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 397 hits
Time PKP ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku Kerja hilang duit makin kurang tak boleh bayar itu ini dan jika berlanjutan PKP tak
Kanta Mata Keputihan Dan Boleh Jadi Buta Ini Boleh Jadi Punca Katarak Mata Cara Nak Elak Ia Terjadi

Kanta Mata Keputihan Dan Boleh Jadi Buta Ini Boleh Jadi Punca Katarak Mata Cara Nak Elak Ia Terjadi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 513 hits
Persatuan Prevent Blindness America telah mengisytiharkan Jun sebagai Bersempena dengan itu pihak kami ingin memanfaatkan ruang dan peluang ini untuk berkongsi maklumat kepada seluruh masyarakat tentang penyakit yang boleh jadi punca utama ...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Kompang Warisan Johor

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Sue Tuya Seafood And Shell Laut


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Top Commentators Of December 2024 Tahniah Blogger Suria Amanda

Nizar Akui Dapatkan Nasihat Pandangan Mb Pahang Berkaitan Isu Titah Adendum Melibatkan Bapanya

Poco X7 Dan Poco X7 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Ini Spesifikasi Dan Harga

Level Up Kemahiran Matematik Anak Anda Dengan Kangaroo Math Competition

Especial Construcci N En Madera

Lafaz Niat Puasa Ganti Panduan Lengkap Betul