Kerajaan Warisan Bergolak Adun Warisan Upko Ph Dijangka Sertai Parti Kerajaan Persekutuan



Kerajaan Warisan dan sekutunya Pakatan Harapan (PH) Sabah yang kini berstatus pembangkang berikutan kejatuhan Kerajaan PH, dijangka bergolak.

Ini berikutan terdapat ura-ura Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan dan rakan sekutunya parti UPKO, PKR dan DAP akan mengalihkan sokongan mereka kepada parti kerajaan yang memerintah di peringkat Persekutuan.

Sabah menjadi negeri pembangkang pada Ahad (1 Mac 2020), untuk kali pertamanya sejak 1994 dengan tertubuhnya Kerajaan Persekutuan baharu di bawah Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Menteri, Datuk Mohd.Shafie Apdal dan Ahli-ahli Parlimen Warisan telah mengisytiharkan menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad semasa bergolakan politik melibatkan pelantikan Perdana Menteri ke 8.

Sumber yang rapat dengan Warisan dan PH berkata, beberapa orang bekas ADUN UMNO dan BN yang telah menyertai Warisan dijangka berhijrah semula ke parti asal mereka atau ke parti lain terutama Parti Prubumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Star dan Parti Bersatu Sabah (PBS)

“Mereka sedang merancang untuk keluar dari Warisan dan parti sekutunya yang lain untuk menyertai parti-parti kerajaan kerana tidak mahu menjadi pembangkang di peringkat negeri”.

“ADUN-ADUN tersebut dahulunya menyertai Warisan dan UPKO kerana tidak tahan menjadi Wakil Rakyat pembangkang. Sebagai ADUN pembangkang mereka tidak diberi peruntukan ADUN untuk membantu pembangunan di kawasan yang diwakili”.

“ADUN pembangkang juga tidak diberi peluang untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan sama ada sebagai pengerusi atau ahli lembaga dalam agensi dan syarikat GLC kerajaan”.

“Selain itu pengikut dan penyokong mereka di kawasan juga tidak diberi peluang untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan lantikan politik di peringkat DUN dan kampung-kampung sama ada sebagai Ahli Majlis Daerah, Pemaju Mukim, Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil KAN, Ketua Kampung, Kapitan Cina, MPKK dan lain-lain”.

“Sebab itulah ramai dikalangan mereka telah melompat dan menyertai Warisan dan UPKO yang merupakan parti yang telah membentuk Kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14”, kata sumber itu.

Walaupun UPKO dahulunya adalah parti komponen Barisan Nasional (BN), namun ia telah mengkhianati BN dengan bergabung dengan Warisan bagi membentuk Kerajaan Negeri yang baharu, walaupun BN Sabah dibawah pimpinan Tan Sri Musa Aman ketika itu telah membentuk Kerajaan Negeri setelah memperoleh mejoriti 31 kerusi apabila bergabung dengan Parti STAR yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Kini senario telah berubah apabila PH bukan lagi parti pemerintah di peringkat pusat dan Warisan yang merupakan rakan dan penyokong tegar PH juga akan menerima tamparan hebat.

Sumber itu menambah, pergolakan sedang berlaku dalam gabungan Kerajaan Warisan, apabila ADUN-ADUN mereka merancang keluar dari Warisan, UPKO dan PH Sabah.

Katanya demi kelangsungan “survival” politik, mereka tidak akan teragak-agak untuk “melompat” semula ke parti-parti politik yang memerintah di peringkat pusat.

“Tambahan pula sebanyakan Wakil Rakyat berkenaan yang telah menyertai Warisan dan UPKO menyesal kerana tidak diberi sebarang jawatan kerajaan termasuk pengikut mereka di peringkat DUN dan Bahagian”, katanya.

Sumber itu menambah, beberapa orang Wakil Rakyat Kadazan Dusun Murut (KDM) dalam Kerajaan Warisan juga merancang meninggalkan parti mereka.

“Ada dikalangan mereka telah menghubungi ketua parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai parti-parti tersebut”, tegas sumber itu.

Katanya, parti gabungan PH seperti PKR kini juga menghadapi pergolakan apabila ramai penyokong-penyokong Datuk Azmin Ali di Sabah bertindak mengisytiharkan keluar dari parti itu, termasuk ADUN dilantiknya, Jaffari Waliam dan mengikutnya.

“Hakisan sokongan yang begitu ketara juga berlaku dalam UPKO apabila beberapa orang pemimpin kanan mereka bersama-sama penyokong turut keluar parti sejak kebelakangan ini”, tambahnya.

Hakikatnya Kerajaan Warisan cukup bimbang dengan perubahan politik yang berlaku di peringkat Persekutuan kerana ianya turut menggugat kedudukannya di Sabah. – pr/BNN

https://pakdin.my/tag/warisan

MR :  Ni jenis lalang.. .


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/kerajaan-warisan-bergolak-adun-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Adun Ph Sokong Kerajaan Baru Melaka

2 Adun Ph Sokong Kerajaan Baru Melaka

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 461 hits
Adun DAP Norhizam Hassan Baktee dan Adun PKR Muhammad Jailani Khamis berikrar memberi sokongan kepada kerajaan baru negeri Melaka PETALING JAYA Masing masing seorang Adun DAP dan PKR di Melaka memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Peri...
Empat Adun Ph Perak Keluar Parti Sokong Perikatan Nasional

Empat Adun Ph Perak Keluar Parti Sokong Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 259 hits
IPOH 9 Mac Empat Ahli Dewan Undangan Negeri Perak daripada Pakatan Harapan hari ini bertindak meninggalkan parti masing masing dengan seorang ADUN PKR menyertai Bersatu serta dua ADUN DAP dan seorang ADUN Amanah meninggalkan parti dan mengi...
2 Adun Dap 1 Amanah Keluar Parti Isytihar Sokong Pn Di Perak

2 Adun Dap 1 Amanah Keluar Parti Isytihar Sokong Pn Di Perak

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 263 hits
Selepas Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri dari PKR tiga lagi adun daripada PH mengambil langkah keluar daripada gabungan itu Ia sebaik selepas Perikatan Nasional mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru hari ini Tiga adun itu...
Dr M Cadang Kerajaan Perpaduan Kepada Ketua Parti Politik Utama

Dr M Cadang Kerajaan Perpaduan Kepada Ketua Parti Politik Utama

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 413 hits
Malaysiakini Dr Mahathir Mohamad mencadangkan untuk menerjui kerajaan perpaduan dan telah menjemput ahli parlimen dari pelbagai parti politik untuk turut serta kata beberapa sumber politik yang dipetik Reuters Desas desus itu timbul selepas...
Berapa Jerat Parti Warisan Sabah Pasang

Berapa Jerat Parti Warisan Sabah Pasang

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 234 hits
Berapa jerat parti Warisan Sabah pasang Tak takutkah jerat dipasang terjerat kaki sendiri silap silap boleh berlaku terjerut leher Ada orang tak pandai main catur bagi pandai catur rasanya tidak sukar untuk menterjemahkan makna tersirat wal...
Adun Bersatu Selangor Sokong Kerajaan Negeri

Adun Bersatu Selangor Sokong Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 494 hits
Hanya beberapa jam selepas MB Selangor Amiruddin Shari mengumumkan Bersatu dipecat daripada kerajaan Selangor empat wakil rakyat parti itu mengumumkan pendirian mereka untuk kekal sebagai penyokong Pakatan Harapan di negeri itu Keputusan te...
Bersatu Guna Isteri Pula Pujuk Ahli Parlimen Amanah Sertai Kerajaan Pn

Bersatu Guna Isteri Pula Pujuk Ahli Parlimen Amanah Sertai Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 343 hits
Malaysia Dateline Lebih 7 000 penonton menonton secara live temurapat Khalid Samad malam ini melalui saluran ini sahaja Selepas gagal memujuk secara berdepan usaha memujuk para Ahli Parlimen AMANAH agar menyertai kerajaan Perikatan Nasional...
Kerajaan Baharu Gabungan Parti Sarawak Nak Jumpa Najib

Kerajaan Baharu Gabungan Parti Sarawak Nak Jumpa Najib

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 573 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas meninggalkan perjumpaan Ahli Parlimen Pas dan BN di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini dipercayai untuk bertemu dengan Gabungan Parti Sarawak di sebuah lokasi lain di ibu negara Difaha...
Ph Dijangka Bentuk Kerajaan Semula

Ph Dijangka Bentuk Kerajaan Semula

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 259 hits
Ditanya mengenai kemahuan Umno dan PAS agar pilihan raya umum diadakan Khalid berkata mesyuarat tadi tidak membincangkan hal tersebut Oleh 25 02 2020 9 08 Pakatan Harapan dijangka akan membentuk kerajaan sekali lagi dengan memperolehi major...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live