2 Adun Ph Sokong Kerajaan Baru Melaka


Adam Abu BakarAdun DAP Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Adun PKR Muhammad Jailani Khamis (Rembia) berikrar memberi sokongan kepada kerajaan baru negeri Melaka. PETALING JAYA: Masing-masing seorang Adun DAP dan PKR di Melaka memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional, gabungan politik baru yang dibentuk selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya tumbang susulan keputusan PPBM meninggalkan gabungan itu.

Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis berkata, keputusannya menyokong Perikatan Nasional dibuat selepas kecewa dengan pentadbiran 22 bulan kerajaan PH, yang menurutnya gagal memainkan peranan dalam memperbaiki kehidupdan rakyat selepas mendapat mandat pada pilihan raya umum lalu.

“Kehadiran kami ini menunjukkan kami ingin bergabung. Tidak ada unsur keluar dari parti, tetapi atas kapasiti individu. Kami bergabung dengan Barisan Nasional (BN) dan PPBM untuk membentuk kerajaan negeri Melaka. Soal siapa akan jadi ketua menteri, itu soal kemudian.

“Saya harap rakyat di negeri faham. Mandat yang diberikan adalah untuk kehidupan lebih baik.
Kepercayaan yang diberikan kepada PH dalam tempoh 22 bulan lepas, saya tidak nampak PH memainkannya,” katanya dalam satu sidang media di sebuah hotel di Melaka hari ini.
Jailani, yang mewakili PKR, ketika ditanya apakah beliau tidak gusar dengan tindakan yang akan diambil oleh parti terhadapnya berkata, kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada kepentingan parti.

“Mungkin kita akan cuba melalui pembentukan kerajaan baru. Kita akan cuba selesaikan masalah negeri, khususnya masalah air. Saya harap sangat, jangan beri penilaian awal pada kita. Lihat 3 tahun ini macam mana. Cukuplah dengan politik, berpolitik hanya 5 tahun sekali,” katanya.

Sementara itu, Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dari DAP berkata, keputusannya untuk turut serta dalam gabungan Perikatan Nasional adalah disebabkan kecewa dengan kepimpinan PH sebelum ini.

Menurutnya, keputusan ini dibuat demi kepentingan orang Melayu.

“Saya sudah bekerja keras, bertungkus lumus. Mereka kata mereka hendak berkhidmat tetapi saya tengok, saya yang jadi ‘barua’. Memang saya jadi ‘barua’. Saya memang ‘outspoken’ bila hati, jiwa dan raga saya sudah serahkan, tetapi ini yang berlaku.

“Hari ini saya kembali ke pangkuan. Saya yakin, saya bersama-sama dengan bekas ketua menteri Melaka Idris Haron, pengerusi Umno Melaka, Abd Rauf Yusoh dan lain-lain.

“Saya harap barisan kepimpinan yang ada ini tidak mengecewakan rakyat. Saya minta kita bekerja untuk rakyat,” katanya.

Ketika ditanya berhubung pendiriannya dengan parti, Norhizam memberitahu “Itu antara saya dengan parti. Saya bersedia”.

Abd Rauf dalam sidang akhbar yang sama berkata, kedua-dua mereka bersetuju untuk menyokong BN dan PPBM untuk membentuk kerajaan negeri baru, sekali gus memberitahu sudah mendapat sokongan 17 Adun dan bersedia membentuk kerajaan.

Sebelum ini, situasi kerajaan Melaka dikatakan tergantung selepas PPBM mengumumkan keluar PH, menjadikan komposisi kerusi DUN Melaka antara PH dan BN terikat 13-13.

Pada 29 Feb, timbalan pengerusi PPBM Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen dilaporkan berkata, PPBM negeri akan mengikut pengurusan keadaan parti peringkat nasional dan akan berbincang dengan BN negeri bagi mendapatkan 15 daripada 29 kerusi DUN untuk menubuhkan kerajaan baru.

Rauf, Idris Haron dan 2 Adun PPBM Mohd Rafiq Naizamohideen dan Noor Effandi Ahmad sebelum ini sudah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob untuk mengemukakan tujuan membentuk kerajaan negeri baru.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/2-adun-ph-sokong-kerajaan-baru-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 586 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Dun Melaka Serahkan Kepada Rakyat Untuk Tentukan Kerajaan Baru

Dun Melaka Serahkan Kepada Rakyat Untuk Tentukan Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 314 hits
PH Melaka sahkan tidak lagi kuasai DUN Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu Walaupun tempoh itu singkat saya telah berusaha memberikan yang ...
Adun Bersatu Selangor Sokong Kerajaan Negeri

Adun Bersatu Selangor Sokong Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 552 hits
Hanya beberapa jam selepas MB Selangor Amiruddin Shari mengumumkan Bersatu dipecat daripada kerajaan Selangor empat wakil rakyat parti itu mengumumkan pendirian mereka untuk kekal sebagai penyokong Pakatan Harapan di negeri itu Keputusan te...
Gps Sokong Dr Mahathir Wujud Kerajaan Persekutuan Baru

Gps Sokong Dr Mahathir Wujud Kerajaan Persekutuan Baru

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 397 hits
Gabungan parti parti pemerintah Sarawak akan memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjadi Perdana Menteri Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai 18 ahli pembuat dasar di Dewan Rakyat juga bersedia untuk memiha...
Kerajaan Ph Melaka Sah Tumbang

Kerajaan Ph Melaka Sah Tumbang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 312 hits
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu Walaupun tempoh itu singkat saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk me...
Ummah Selangor Menyokong Kerajaan Baru Yang Sejahtera

Ummah Selangor Menyokong Kerajaan Baru Yang Sejahtera

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 345 hits
1 UMMAH Selangor mengucapkan tahniah diatas perlantikan semula Tun Dr Mahadir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia2 Ia seiring dengan sokongan yang diberikan oleh UMMAH Pusat kepada Tun Dr Mahadir Mohamad3 Kami amat mengharapkan pembent...
Kafe Ajak Pengunjung Guna Pintu Belakang Rai Kerajaan Baru

Kafe Ajak Pengunjung Guna Pintu Belakang Rai Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 315 hits
PETALING JAYA 2 Mac Slogan kerajaan pintu belakang yang kerap dimainkan kebelakangan ini menarik perhatian sebuah kafe di sini Menerusi satu plakad yang digantung di hadapan pintu pemilik kafe meminta pengunjung menggunakan pintu belakang u...
Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

Terkini Baru Bian Tinggalkan Azmin Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 319 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun untuk menyokong Mahathir Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil Ketika dihubungi Malaysiakini Fa...
Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 599 hits
ZIKRI KAMARULZAMAN Umno Johor yakin akan ada kerajaan negeri yang baru susulan pembelotan oleh pemimpin dan wakil rakyat PKR Dengan keputusan Bersatu yang bertindak keluar dari Pakatan Harapan jumlah kerusi dewan undangan negeri kini tergan...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah