Empat Adun Ph Perak Keluar Parti Sokong Perikatan Nasional


IPOH, 9 Mac (Bernama) — Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan Harapan (PH) hari ini bertindak meninggalkan parti masing-masing dengan seorang ADUN PKR menyertai Bersatu, serta dua ADUN DAP dan seorang ADUN Amanah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Mereka yang terlibat ialah ADUN PKR Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri yang menyertai Bersatu, dan yang lain menyertai Bebas ialah ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A.Sivasubramaniam kedua-duanya daripada DAP serta ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain dari AMANAH.
Yong, Sivasubramaniam dan Hasnul bagaimanapun menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional Perak yang akan mengambil tampuk pemerintahan negeri daripada PH selaras dengan jajaran politik baharu di negeri itu.
Penyertaan Abdul Yunus ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadikan parti itu kini mempunyai empat daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selain Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Chenderiang), Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).
Tindakan dua anggota DAP itu keluar parti menyebabkan kerusi yang dipegang DAP dalam DUN Perak berkurang daripada 18 kepada 16 sementara Amanah pula hilang satu daripada enam kerusi yang dipegangnya dalam DUN Perak.
Dengan itu, komposisi DUN Perak kini terdiri daripada Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO (25); DAP (16); Amanah (5); Bersatu (4); PKR (3), PAS (3) dan Bebas (3).
Abdul Yunus ketika ditemui pemberita selepas sidang media sulung Perikatan Nasional Perak di sini berkata keputusan menyertai Bersatu dibuat pada minggu lepas setelah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan demi meneruskan perjuangan membela rakyat.
Beliau menegaskan tiada pujukan, tekanan atau ugutan dalam membuat keputusan untuk meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu, sebaliknya ia dibuat bagi meneruskan perjuangan membela rakyat.
“Borang (penyertaan dalam Bersatu) saya masih dalam proses dan akan memaklumkan penyertaan dalam Bersatu kepada PKR secepat mungkin. Pada saya isu khianat adalah tidak relevan,” katanya.
Pada 2 Mac lepas, Abdul Yunus hadir majlis pengumuman keluar parti oleh lebih 400 ahli PKR di beberapa cabang parti itu, namun memaklumkan ia sebagai sokongan moral kepada penyokong kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, Yong dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan berkata beliau Hasnul Zulkarnain serta Sivasubramaniam nekad menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Perikatan Nasional demi menjaga hak dan kepentingan rakyat yang memberi mandat kepada mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Yong yang sebelum ini adalah Exco Perumahan, kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu berkata keputusan untuk menyokong Perikatan Nasional juga dibuat bagi mengimbangi kerajaan negeri daripada sudut komposisi kaum yang rata-rata dilihat terdiri daripada orang Melayu.
“Saya nampak Perikatan Nasional ini tidak begitu sempurna dengan ketiadaan wakil rakyat daripada kaum Cina dan India. Jadi, ini juga antara faktor yang buatkan kita menyokongnya,” kata beliau.
Sementara itu, Sivasubramaniam yakin sokongan yang diberikan terhadap Perikatan Nasional dapat meneruskan kesinambungan terutama dalam membangunkan kawasan Buntong seperti yang dijanjikan pada PRU14.
“Saya sokong kerajaan ini kerana ingin melihat pembangunan yang dirancang sebelum ini seperti Rumah Perakku dapat dilaksanakan di Buntong bagi memastikan janji yang kita cakap sebelum ini dilaksanakan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Empat ADUN PH Perak Keluar Parti, Sokong Perikatan Nasional appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/09/empat-adun-ph-perak-keluar-parti-sokong-perikatan-nasional/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Adun Dap 1 Amanah Keluar Parti Isytihar Sokong Pn Di Perak

2 Adun Dap 1 Amanah Keluar Parti Isytihar Sokong Pn Di Perak

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 321 hits
Selepas Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri dari PKR tiga lagi adun daripada PH mengambil langkah keluar daripada gabungan itu Ia sebaik selepas Perikatan Nasional mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru hari ini Tiga adun itu...
Empat Adun Bersatu Sokong Ph Selangor Selepas Mb Umum Pecat

Empat Adun Bersatu Sokong Ph Selangor Selepas Mb Umum Pecat

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 390 hits
Malaysia Dateline Selepas beberapa jam kesemua lima ADUN Bersatu diumum keluar dari Pakatan Harapan Selangor mereka terbabit menyatakan pendirian untuk kekal sebagai penyokong gabungan parti yang baru ditumbangkan itu ADUN Jeram Mohd Shaid ...
Tiada Tindakan Terhadap Adun Pkr Perak Lompat Parti Farhash

Tiada Tindakan Terhadap Adun Pkr Perak Lompat Parti Farhash

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 293 hits
Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari yang bertindak keluar PKR dan seterusnya menyertai Perikatan Nasional tidak akan dikenakan tindakan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata partinya tidak boleh mengambil sebarang...
Tindakan Adun Rembia Ibarat Keluar Parti Pengerusi Pkr Melaka

Tindakan Adun Rembia Ibarat Keluar Parti Pengerusi Pkr Melaka

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 407 hits
Astro Awani Abdul Halim Bachik pada sidang media mendakwa tindakan ADUN Rembia dari PKR Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di negeri Melaka disifatkan sebagai mengkhianati parti BUKIT KATIL ...
Adun 3 144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

Adun 3 144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 532 hits
SANDAKAN 28 Feb Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik Jaffari Waliam mengumumkan keluar bersama sama 3 144 ahli daripada 23 ranting PKR di cabang Libaran hari ini Jaafari yang juga Ketua Cabang PKR Libaran berkata 32 daripada 38 ahli jawatank...
Perikatan Nasional Sedia Bentuk Kerajaan Baru Di Perak Kata Umno

Perikatan Nasional Sedia Bentuk Kerajaan Baru Di Perak Kata Umno

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 449 hits
Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad berkata beliau mengadakanperbincangan dengan pengerusi PPBM Perak dan juga menteri besar Ahmad Faizal Azumu bagi membentuk kerajaan baru di negeri itu IPOH Umno PAS dan PPBM Perak bersetuju untuk bekerja...
Adun Gadek Nafi Keluar Pakatan Untuk Masuk Perikatan

Adun Gadek Nafi Keluar Pakatan Untuk Masuk Perikatan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 216 hits
Adun Gadek nafi keluar Pakatan untuk masuk Perikatan Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Mar 2020 12 30PM
Akan Ada Lagi Adun Ph Keluar Parti Kata Norhizam

Akan Ada Lagi Adun Ph Keluar Parti Kata Norhizam

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 297 hits
MELAKA TENGAH Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak menolak kemungkinan terdapat seorang ADUN dari Pakatan Harapan di Melaka berhasrat keluar parti Menurut Norhizam bagaimanapun beliau belum menghubung...
3 Sebab Mengapa B Ketua Hakim Negara Sokong Perikatan Nasional

3 Sebab Mengapa B Ketua Hakim Negara Sokong Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 393 hits
Tun Abdul Hamid pernah menjadi Ketua Hakim Negara dari 11 Disember sampai 18 Oktober 2008 Imej dari tanwir myNi Mahathir dan Anwar Imej dari FMT Walaupun kekal sehari kerajaan kena buat perkara yang betul BEKAS Ketua Hakim Negara Tun Abdul ...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Suamiku Ting Tong

Akim The Majistret Gasoline Chord