Hutang Negara Kini Cecah Lebih Rm797 Bilion Najib


Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa hutang rasmi negara kini telah meningkat kepada RM797.4 bilion.
Najib Razak juga mencabar Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk “membuktikan saya salah” bahawa hutang rasmi negara telah meningkat kepada jumlah tersebut.
Najib yang memetik angka hutang itu dari laman web Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kerajaan menerbitkan bon sukuk untuk meminjam lagi sebanyak RM4 bilion semalam dengan bayaran balik pada 2039.

Loading… Beliau berkata angka itu menunjukkan kerajaan meminjam RM67 bilion melalui sukuk tempatan bagi tempoh 6 bulan pertama 2019.
Menurut laporan portal FMT lagi pada bulan Mac yang lalu, Lim telah mengumumkan bahawa kerajaan meminjam RM7.3 bilion daripada sumber asing dengan mengeluarkan bon Samurai.
“Maklumat ini terdapat di laman web BNM untuk sesiapa sahaja menyemak. Berdasarkan pengiraan saya, hutang negara kini berjumlah RM797.4 bilion. Menjelang bulan depan, saya percaya ia akan meningkat kepada RM800 bilion.”
Beliau berkata ini adalah peningkatan lebih RM100 bilion sejak PH mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional yang dipimpinnya memandangkan hutang kerajaan adalah RM686 bilion menjelang akhir 2017.
“Mereka sudah mengambil RM82 bilion daripada Petronas tahun lepas, mereka menjual aset bernilai namun mereka terus meminjam wang begitu banyak,” katanya.” kata Najib lagi.
Najib berkata walaupun pentadbiran BN juga meminjam wang, ahli Parlimen Pekan itu berkata ia komited untuk mengetepikan sebahagian besar wang untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kesannya, hutang di bawah kerajaan BN meningkat pada kadar yang lebih perlahan berbanding kerajaan PH.
Najib turut berkata pada 2017, kerajaan meminjam RM113.9 bilion dan membayar balik RM73.2 bilion, meningkatkan hutang negara sebanyak RM40.8 bilion.
Mengulas lanjut Najib membuat perbandingan dengan berkata pentadbiran baru meminjam RM114.8 bilion dan hanya membayar balik RM63.8 bilion, mengakibatkan peningkatan hutang negara pada 2018.
“Bagi 6 bulan pertama 2019 sahaja, mereka meminjam RM74.3 bilion tetapi mereka hanya membayar balik RM17.7 bilion. Ini bermakna hutang negara meningkat sebanyak RM58.6 bilion.”
Najib berkata DAP sentiasa mendakwa pinjaman 1MDB sebanyak RM30 bilion jahanamkan negara walaupun ada projek-projek bernilai RM140 bilion (Bandar Malaysia dan RM40 bilion (TRX) serta perjanjian penyelesaian dengan IPIC.
“Bukan sahaja PH tidak membayar balik pinjaman tertunggak 1MDB, mereka meminjam wang pada kadar lebih cepat daripada BN dan membayar balik dengan jumlah yang kurang.
“Saya benar-benar tidak terkejut jika propaganda mereka mengenai apa yang dipanggil hutang RM1 trilion menjadi kenyataan menjelang 2020 jika mereka terus meminjam wang pada kadar ini,” katanya.
Terdahulu, Lim mengakui hutang langsung kerajaan dan jaminan kerajaan meningkat apabila beliau mengumumkan keseluruhan hutang itu melepasi RM1.1 trilion.
Bagaimanapun, beliau berkata hutang kepada nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah berkurangan.
Najib berkata beliau tertunggu-tunggu mesyuarat Parlimen akan datang, yang bermula pada Isnin, kerana beliau berharap Lim akan mengambil peluang untuk membuktikan pengiraannya salah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/hutang-negara-kini-cecah-lebih-rm797-bilion-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutang Negara Rm800 Bilion Syabas Ph

Hutang Negara Rm800 Bilion Syabas Ph

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 172 hits
KUALA LUMPUR 4 Julai Hutang rasmi negara hari ini didakwa meningkat hingga RM800 8 bilion berbanding RM686 8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah pemerintahan Barisan Nasional Sempena itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak me...
Eksklusif 400 Hari Pakatan Jual Lebih Rm20 Bilion Aset Negara

Eksklusif 400 Hari Pakatan Jual Lebih Rm20 Bilion Aset Negara

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 304 hits
1 Genap 400 hari Pakatan berkuasa sekurang kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual Secara purata setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual bersamaan dengan RM2 1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan 2 Ke...
Idaman Ph Untuk Hutang Rasmi Negara Rm1 Trilion Semakin Hampir Najib

Idaman Ph Untuk Hutang Rasmi Negara Rm1 Trilion Semakin Hampir Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 391 hits
SYABAS kerajaan PH Hutang rasmi negara telah cecah RM800 bilion hari ini Idaman PH untuk hutang rasmi negara RM1 trilion semakin hampir Hari ini Guan Eng pinjam lagi RM3 5 bilion Bayar balik tahun 2034 Hari Khamis lalu Menteri Kewayangan pi...
Najib Persoal Pembiayaian Projek Pelan Induk Pengangkutan Bernilai Rm46 Bilion

Najib Persoal Pembiayaian Projek Pelan Induk Pengangkutan Bernilai Rm46 Bilion

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 231 hits
Najib Razak mempersoalkan kesediaan Putrajaya mempertimbangkan permohonan dana daripada Pulau Pinang bagi meneruskan projek Pelan Induk Pengangkutan dengan menarik perhatian kepada 2 projek kontroversi bawah rancangan itu Bekas perdana ment...
Deretan Aktivis 98 Kini Jadi Pejabat Negara

Deretan Aktivis 98 Kini Jadi Pejabat Negara

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 279 hits
Para mantan aktivis 98 ini ternyata menjadi pejabat penting
Fakta Realiti Ekonomi Negara Hari Ini Buktikan Sekali Lagi Ph Penipu Najib

Fakta Realiti Ekonomi Negara Hari Ini Buktikan Sekali Lagi Ph Penipu Najib

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 373 hits
Fakta dan realiti ekonomi negara hari ini membuktikan sekali lagi bahawa Pakatan Harapan adalah penipu bidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Katanya dalam hantaran di Facebook tuduhan PH bahawa ekonomi rosak dan ...
Najib Lupa Dieranya Dua Kapalterbang Negara Musnah Dan Beratus Mati

Najib Lupa Dieranya Dua Kapalterbang Negara Musnah Dan Beratus Mati

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 251 hits
NAJIB LUPA di zamannya altantuya dibunuh kejam Dan Dua Polis dijatuhkan HUKUMAN mati NAJIB LUPA beberapa lagi individu mati jatuh dari bangunan SPRM Terjun Jambatan kerana tekanan Sara hidup tinggi Dan NEGARA diketawakan SEBAGAI pengamal ko...
Pasukan Csgo Wanita Negara Orange Sphynx Kini Nombor 1 Di Malaysia

Pasukan Csgo Wanita Negara Orange Sphynx Kini Nombor 1 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 734 hits
Pasukan Counter Strike Global Offensive wanita tanah air Orange Sphynx kini berada di ranking nombor satu tanah air Menurut kiraan ranking HLTV org Orange Sphynx yang kini mengumpul 3 mata setakat ini berada di hadapan pasukan Frost Fire da...
Kerajaan Tuntut Najib Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Pendapatan

Kerajaan Tuntut Najib Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Pendapatan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 237 hits
Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap Najib Razak bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1 69 bilion cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang masih terhutang bagi Tahun Tahun Taksiran 2011 hingga 2017 Kerajaan sela...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar