Kerajaan Tidak Setuju Beri Pampasan Lumayan




KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bersetuju untuk memberi pampasan lumayan kepada Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. berhubung kemelut isu 106.542 hektar tanah di Jalan Duta yang dikenali sebagai Duta Enclave.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penawaran jumlah pampasan oleh kerajaan terdahulu dalam menyelesaikan isu Duta Enclave adalah tidak munasabah, keterlaluan dan terlalu tinggi.
Menurut  beliau, pemberian pampasan lumayan itu secara tidak langsung akan menetapkan precedent kepada kes-kes lain.
“Banyak tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang diambil, walaupun teknikalnya dari segi legal itu berbeza tetapi diambil dan kemudian dipindah menjadi komersial. Apakah keadaan mereka? Jadi kita jangan ada dwi standard.
“Dalam hal ini, kita bagi satu pampasan yang sangat lumayan. Padahal ratusan ribu hektar tanah (yang sedang diteliti). Macam di Pulau Pinang, banyak kalangan yang sedang meneliti apa kita lakukan.
“(Ini) kerana banyak tanah-tanah sawah dahulu diambil dengan harga RM2,000 seekar, kemudian dua minggu seterusnya Exco buat keputusan (untuk) tukar (dari) industri ke komersial dengan harga yang meningkat,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan  Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang memintanya untuk menyatakan apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu Duta Enclave.
Terdahulu, Takiyuddin yang juga bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu memberitahu Dewan Rakyat  bahawa kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menawarkan sejumlah pampasan kepada syarikat hartanah berkaitan.
“Kerajaan pada masa itu sudah meluluskan RM5 bilion kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada masa itu berunding dan menyelesaikan perkara ini. Daripada RM1.4 juta pergi kepada RM5 bilion tetapi proses perundingan itu  belum berjaya.
“(Ini) menunjukkan tuan tanah meminta lebih daripada itu satu penilaian dibuat, nilainya lebih RM3.1 bilion tetapi tidak diterima syarikat ini, kita tawar RM5 bilion pun tidak boleh,” beritahunya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, pimpinan negara atau jemaah menteri perlu waras dalam hal ini bagi mencari penyelesaian.
“Kita kena konsisten, jangan fikir satu kes ini terasing daripada kepentingan negara keseluruhannya. Apa yang kita lakukan dalam rundingan ini ialah munasabah,” katanya.
Beliau berkata, rundingan bersama syarikat hartanah tersebut sudah diteruskan dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“(Ini) untuk memberi laluan, mungkin tanah yang belum dibangunkan, diserahkan (kepada mereka) dengan syarat (perlu melakukan) kerjasama dengan mana-mana syarikat kerajaan dan keuntungan itu akan besar,” jelasnya.
Tambahnya, keputusan untuk mengalas dalam isu Duta Enclave dengan mudah akan memberi makna bahawa kerajaan membuka ruang hak kepada pihak lain.
“Jika kita serah (dengan) mudah seperti mana yang pernah diputuskan oleh jemaah menteri yang lalu. Saya tidak fikir ia akan menyelesaikan masalah, kita harus tegas prinsipnya kalau diambil untuk tujuan awam.
“Sekarang ini, sehingga hari ini, satu inci pun tidak diambil, dibangunkan untuk bangunan swasta atau komersial. Semuanya bangunan kerajaan,” jelasnya. – UTUSAN




Source link
The post Kerajaan tidak setuju beri pampasan lumayan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/kerajaan-tidak-setuju-beri-pampasan-lumayan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nizar Najib Kerajaan Pahang Akan Merintis Pelaburan Pusat Data Berskala Besar Perkasa Infrastruktur Digital

Nizar Najib Kerajaan Pahang Akan Merintis Pelaburan Pusat Data Berskala Besar Perkasa Infrastruktur Digital

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 583 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang akan merintis pelaburan pusat data berskala besar di negeri ini dalam usaha memperkasakan infrastruktur digital di negeri ini Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sains Teknologi dan Inovasi Pahang D...
Apa Manfaat Dan Mudharat Kerajaan Madani Untuk Keluarga Anda

Apa Manfaat Dan Mudharat Kerajaan Madani Untuk Keluarga Anda

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 300 hits
Che IbrahimA Senarai manfaat kebaikan1 Kenaikan gaji penjawat awam 2 Kenaikan pencen 3 Kenaikan bantuan kepada OKU4 Bantuan Budi Madani5 Bantuan Agri Komoditi6 Bantuan Musim Tengkujuh7 Kenaikan harga komoditi 8 Subsidi bersasar ke atas bara...
Toleransi Agama Kaum Subur Bawah Kerajaan Kelantan

Toleransi Agama Kaum Subur Bawah Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 379 hits
harakahdaily netOctober 19 2024KOTA BHARU Lebih 500 individu bukan Islam dibawa melawat Pasar Pokok Pinang di sini bagi menunjukan tahap toleransi kerajaan negeri yang ditadbir PAS sejak tahun 1990 hingga kini Di situ masyarakat bukan Islam...
Jangan Merapu La Syed Sadiq Aku Pun Kerja Kerajaan Jangan Racun Orang La

Jangan Merapu La Syed Sadiq Aku Pun Kerja Kerajaan Jangan Racun Orang La

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 191 hits
Aku tengok ramai juga yang kongsi tangga gaji untuk jadi T15 semalam Main hentam je dorang ni Buat ramai yang jadi bimbang Ia bermula dengan si yang dakwa gaji RM12 000 dah jadi T15 Lebih malang lagi banyak juga pro PH yang ikut Padahal ker...
Patut Negeri Banyak Penagih Jadi Mp Duut Harap Kerajaan Pusat Saja Bagi Nak Cari Lain Tak Ada

Patut Negeri Banyak Penagih Jadi Mp Duut Harap Kerajaan Pusat Saja Bagi Nak Cari Lain Tak Ada

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 331 hits
W FaudzinSelama hampir 3 jam PMX bentang bajet dan berbagai perkara ekonomi dan kewangan disentuh namun lebai tak tahu nak ulas kesemua perkara berkenaan Akhirnya dia ulas ucapan PMX iaitu ketimbang Itulah standard MP lebai Aku pun nak tafs...
Cara Terbaik Kerajaan Negeri Tangani Isu Peniaga Cameron Highlands

Cara Terbaik Kerajaan Negeri Tangani Isu Peniaga Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 295 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik untuk menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands dan semua pihak perlu menghormati keputus...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik