Kerajaan Thailand Mula Edar Sejuta Pokok Ganja Kepada Rakyatnya


malaysiakini.com
Reuters
Diterbitkan: Jun 11, 2022 11:00 AM
GLOBAL | Thailand melancarkan kempen mengagihkan satu juta tumbuhan ganja percuma kepada rakyatnya pada hari Jumaat, sehari selepas penggunaan untuk tujuan komersial tidak lagi menjadi jenayah.

Bagaimanapun, kerajaan negara jiran itu tidak menggalakkan orang ramai daripada menggunakan ganja untuk 'khayal' dan memberi amaran bahawa mereka masih boleh melanggar undang-undang.

Thailand menghalalkan ganja perubatan pada 2018 untuk kegunaan perubatan tetapi kini berhasrat untuk membangunkannya sebagai tanaman kontan tunai dan membina industri tempatan yang menguntungkan.

"Jangan gunakannya dan duduk sambil tersenyum di rumah dan tidak ada apa-apa kerja yang selesai. Perkara itu bukan dasar kami," kata Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul (gambar, bawah).
Dia berkata demikian pada majlis pelancaran di timur laut wilayah Buriram, dengan 1,000 tumbuhan pertama sedang diedarkan.

"Kami telah memadamkan stigma, ia dihakis seperti membuang tatu.

“Jangan biarkan ia kembali," katanya sambil menambah ganja harus digunakan untuk memperbaiki kesihatan.

Pada hari Khamis, ganja telah dinyahsenarai daripada senarai narkotik negara itu, membolehkan orang ramai menanam tumbuhan tersebut jika mereka mendaftar melalui aplikasi kerajaan.
Orang ramai beratur mendapatkan bekalan pokok ganja percuma daripada kerajaan Thailand.Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menggalakkan penggunaan bagi tujuan rekreasi manakala merokok ganja di tempat awam boleh membawa kepada hukuman penjara dan denda

Kompaun psikoaktif dalam ganja, tetrahydrocannabinol atau THC, dihadkan kepada 0.2 peratus dalam ekstrak ganja dan produk yang boleh dijual di Thailand, termasuk minyak dan manisan gula-gula.

Menanam ganja di rumah memerlukan pendaftaran melalui aplikasi telefon pintar kerajaan, PlookGanja yang bermakna "tanam ganja".

Anutin berkata lebih 300,000 orang telah mendaftar dengan aplikasi itu, yang mempunyai jutaan muat turun daripada orang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ganja.

Menurut jabatan pemulihan Thailand, 3,000 orang telah dibebaskan dari penjara selepas ditahan atas jenayah berkaitan ganja sejak undang-undang diubah minggu ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/kerajaan-thailand-mula-edar-sejuta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Diplomat Anak Tak Mengaku Salah Tanam 102 Pokok Ganja

Bekas Diplomat Anak Tak Mengaku Salah Tanam 102 Pokok Ganja

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 208 hits
Seorang bekas diplomat dan anak lelakinya didakwa di Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan menanam 102 pokok ganja di Janda Baik Bentong Pahang pada 21 Mei lepas RAUB Seorang bekas diplomat dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkam...
Perghhh Tudia Penduduk Thailand Dibenarkan Hisap Ganja Di Rumah

Perghhh Tudia Penduduk Thailand Dibenarkan Hisap Ganja Di Rumah

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 234 hits
Penduduk Thailand dibenarkan menanam pokok ganja di rumah namun mereka perlu meminta kebenaran pihak berkuasa sebelum bertindak demikian Getty ImagesBANGKOK Polis Thailand tidak akan menangkap individu yang menghisap ganja di rumah lapor ak...
Golongan Ibu Bapa B40 Rayu Kerajaan Beri Subsidi Tambang Bas Sekolah Untuk Ringankan Beban

Golongan Ibu Bapa B40 Rayu Kerajaan Beri Subsidi Tambang Bas Sekolah Untuk Ringankan Beban

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 426 hits
The ReporterFoto hiasan sahajaGolongan ibu bapa B40 merayu pihak kerajaan memberi subsidi tambang bas sekolah bagi meringankan beban perbelanjaan mereka susulan persatuan bas sekolah mahu menaikan tambang antara RM15 hingga RM25 sebulan bag...
Panas Akhirnya Tanah Penduduk Melayu Dirampas Kerajaan Umno

Panas Akhirnya Tanah Penduduk Melayu Dirampas Kerajaan Umno

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 222 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD KESATUAN MELAYU ISLAM RETORIK KOSONG
Pelakon Ini Kecam Kerajaan Perak Gara Gara Projek Perlombongan Lantanida Di Hutan Simpan Hulu Perak

Pelakon Ini Kecam Kerajaan Perak Gara Gara Projek Perlombongan Lantanida Di Hutan Simpan Hulu Perak

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 187 hits
Pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein menyoal kenapa pihak berkuasa berdiam diri mengenai kesan daripada cadangan projek perintis perlombongan lantanida yang akan berlaku di kawasan hutan simpan di Hulu Perak Menurut laporan EIA projek berken...
Tekuk Thailand Jonatan Christie Lolos Ke 16 Besar

Tekuk Thailand Jonatan Christie Lolos Ke 16 Besar

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 201 hits
Tekuk Thailand Jonatan Christie Lolos ke 16 Besar Kemenangan Jonatan menaklukkan tunggal Thailand dalam babak 32 besar Indonesia Open 2022 membuat langkahnya melaju ke babak 16 besar Jonatan Christie berhasil menang dengan skor 22 20 21 8
Pm Kata Kena Laksanakan Semula Gst Untuk Tambah Pendapatan Kerajaan

Pm Kata Kena Laksanakan Semula Gst Untuk Tambah Pendapatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 267 hits
PM kata kena laksanakan semula GST untuk tambah pendapatan kerajaanIsu kekurangan bekalan makanan dan harga barang naik dilihat belum mencapai jalan penyelesaiannya Keadaan ini memaksa rakyat terpaksa mencari pelbagai cara untuk menambah pe...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit