Pelakon Ini Kecam Kerajaan Perak Gara Gara Projek Perlombongan Lantanida Di Hutan Simpan Hulu Perak


 

May 29, 2022 Pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein menyoal kenapa pihak berkuasa berdiam diri mengenai kesan daripada cadangan projek perintis perlombongan lantanida yang akan berlaku di kawasan hutan simpan di Hulu Perak.
Menurut laporan EIA (penilaian kesan alam sekitar) projek berkenaan, kawasan itu merupakan habitat kepada 11 spesies hidupan liar terancam termasuk Harimau Malaya yang hampir pupus, dengan hanya 150 ekor saja lagi di alam semulajadi.
“Apabila anda menceroboh habitat sesuatu hidupan, ke manakah anda mengharapkan haiwan ini akan pergi? Hutan semakin mengecil.
“Apabila haiwan ini berkeliaran di kampung, anda akan menembaknya.
“Saya terkejut agensi lain seperti Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia) tidak bercakap banyak.
“Kenapa NGO yang selalu kena bersuara sepanjang masa? Di manakah pelindung hidupan liar ini? Di manakah penjaga hutan?
“Mengapakah rakyat yang perlu sentiasa bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul? Bukan sahaja untuk rakyat tetapi untuk planet bumi ini juga,” katanya kepada Malaysiakini.
Sharifah, pada awal bulan ini terlibat dalam kempen untuk pemuliharaan harimau – ‘A Walk for Tigers’ – dengan berjalan sejauh 240km dari Sungai Relau di Taman Negara ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Katanya, kempen itu bertujuan untuk mendapatkan pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi bahawa harimau Malaya akan pupus dalam tempoh 10 tahun akan datang akibat penebangan hutan.
Menurut Sharifah Sofia lagi, sifat tamak dan kerakusan membawa kepada projek sedemikian.
“Sungguh menyayat hati apabila melihat bahawa tidak kira apa yang berlaku di sekeliling kita, sama ada banjir, gelombang panas, penyakit, air yang tercemar mahupun kesesakan lalu lintas, ketamakan masih kekal sebagai matlamat utama.
“Orang-orang ini tahu apa yang mereka lakukan, namun mereka tidak mengambil berat tentang akibat daripada perbuatan mereka.”
Harimau liar kurang 150 ekor
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mengumumkan awal minggu ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meluluskan EIA untuk perlombongan nadir bumi minggu lepas, menjadikannya potensi hasil baru untuk negeri itu.
Ini kemudiannya disahkan oleh Ketua Pengarah JAS Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, yang mendakwa status “tidak diluluskan” projek di laman web EIA JAS mungkin disebabkan oleh kesilapan teknikal.
Saarani berkata “projek perintis” itu dibuat di atas tanah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP) dan syarikat yang dilantik akan ditugaskan untuk memeriksa sama ada terdapat unsur radioaktif berbahaya yang disebabkan oleh perlombongan itu atau tidak.
Menurut EIA, perlombongan akan dijalankan melalui kaedah “in-situ leaching” – yang memerlukan pengeboran lubang ke dalam tanah sehingga bahan kimia boleh dimasukkan ke tanah tersebut untuk membuang nadir bumi setelah larutan itu dikeluarkan untuk proses selanjutnya bagi memekatkan kandungannya.
Kata laporan EIA, ini dilakukan dengan membina tujuh loji hidrometalurgi serta mewujudkan lubang suntikan dan sistem paip.
Projek itu meliputi 11 bidang tanah dengan keluasan 2,161 hektar milik Menteri Besar Incorporated Perak, Majlis Daerah Gerik, Felcra Bhd dan PPNP.
Ini bersamaan dengan kira-kira 3,026 padang bola sepak.
Tinjauan kebangsaan oleh Perhilitan, WWF-Malaysia dan NGO lain dari 2016 hingga 2020 mendapati populasi harimau Malaya liar yang tinggal di hutan Malaysia kurang daripada 150 ekor, berbanding kira-kira 3,000 ekor pada tahun 1950-an.
“Kehilangan habitat akibat pembangunan pesat, pengembangan pertanian dan pemburuan yang berleluasa telah menyebabkan populasi berkurangan kepada kira-kira 500 ekor pada permulaan abad ini,” kata WWF-Malaysia.
Harimau Malaya ialah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan diklasifikasikan sebagai terancam kritikal di bawah Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa bagi Spesies Terancam (IUCN).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/pelakon-ini-kecam-kerajaan-perak-gara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Penggondolan Hutan Simpan Kelantan Patuh Syariah

Adakah Penggondolan Hutan Simpan Kelantan Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 203 hits
Beliau berkongsi maklumat daripada seorang yang memakai nama Ana Gomo yang menunjukkan foto papan tanda di Matau yang dirakam sekitar jam 5 petang ini 1 Jun 2022 yang menunjukkan dengan jelas nama Daulah Najah Kalau dah maklumat kerja tak b...
Mb Perak Govt Unable To Retain Proposed Seri Iskandar Airport Site

Mb Perak Govt Unable To Retain Proposed Seri Iskandar Airport Site

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 298 hits
The Perak government is unable to retain the land for the proposed site to build an international airport in Seri Iskandar as the said land had been sold to a private company and the sales and purchase agreement already signed Menteri Besar...
Nabil Aqil Simpan Impian Besar Untuk Jadi Seperti Pelakon Korea

Nabil Aqil Simpan Impian Besar Untuk Jadi Seperti Pelakon Korea

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 274 hits
SELAGI Syawal masih belum melabuhkan tirai sehingga itulah semangat untuk berhari raya tetap tidak luntur Sama juga dengan selebriti yang kini sedang meningkat naik Nabil Aqil Bermula sebagai model sayapnya kini semakin luas apabila dilamar...
Husam Musa Kegilaan Teroka Hutan Simpan Untuk Ladang Hutan Sudah Jadi Ketagih

Husam Musa Kegilaan Teroka Hutan Simpan Untuk Ladang Hutan Sudah Jadi Ketagih

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 220 hits
BORHAN AHMADKegilaan untuk meluluskan kawasan balak di Hutan Simpan Kekal untuk dijadikan kawasan Ladang Hutan sudah menjadi satu macam ketagihan di kalangan pemimpin kerajaan negeri Kelantan dakwa Pengerusi SaveKelantan Datuk Husam Musa Ia...
Perak Awaits Rm60mil Grant To Improve Federal Roads In State

Perak Awaits Rm60mil Grant To Improve Federal Roads In State

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 315 hits
Elephants have been known to cross the Gerik Jeli highway as seen in this photo posted on social media LENGGONG Perak is expected to receive an allocation of RM60 million to maintain and improve several damaged federal roads in the state me...
Actress Questions Authorities Silence On Perak Mining Project

Actress Questions Authorities Silence On Perak Mining Project

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 294 hits
Actress Sharifah Sofia Syed Hussein has questioned authorities for their silence on the impact of the proposed lanthanide mining pilot project that will take place in a forest reserve in Hulu Perak According to the project s EIA report the ...
Harga Barangan Naik Mendadak Rakyat Disaran Tanam Sayur Dan Ternak Haiwan Kata Menteri Besar Perak

Harga Barangan Naik Mendadak Rakyat Disaran Tanam Sayur Dan Ternak Haiwan Kata Menteri Besar Perak

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 228 hits
Susulan kekurangan bekalan makanan Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata l
Kah Kah Ayiaq Pun Tak Sempurna Ketinggalan 30 Tahun Jual Pulak Tanah Nak Biaya Kerajaan Nih Dah Ngarut Dah

Kah Kah Ayiaq Pun Tak Sempurna Ketinggalan 30 Tahun Jual Pulak Tanah Nak Biaya Kerajaan Nih Dah Ngarut Dah

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 194 hits
Kedah jual sebahagian tanah litar lumba demi biaya projek kata MB NAK EKSPORT KETUM TAK CUKUP LAGI KA LITAR DIBINA IKUT PIAWAIAN ANTARABANGSA BETUL DAH TU HABIS NAK BINA IKUT PIAWAIAN KAMPUNG SAJA KOT KAH KAH APA PUNYA MENGARUT WALAUN TAK K...
T11j08 Panorama Bandar Warisan Taiping Perak

T11j08 Panorama Bandar Warisan Taiping Perak

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 207 hits
Inilah koleksi gambar yang ditangkap oleh Mummy semasa beliau menghadiri satu sesi teambuilding di sana Penjara TaipingPenjara Taiping Penjara Taiping dibina pada tahun 1879 Takyah cakap banyak la info Penjara Taiping Wisma Perbandaran Taip...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan