Kerajaan Teruskan Dengan Apa Yang Telah Dibuat Demi Kebaikan Rakyat




Mohd Norazlan


 Semoga kerajaan terus melakukan pembetulan terhadap sistem yang sekian lama tempang dan menjadi lubuk kepada penyelewengan seperti penyasaran harga diesel.



Isu lambakan pekerja asing dan pendatang tanpa izin juga wajar diperbetulkan.


Sekian lama politikus dan kapitalis bersekongkol membiarkan lambakan pekerja asing di negara kita untuk kepentingan keuntungan maksimum industri mereka.


Lambakan pekerja asing beserta manipulasi gaji rendah menjadi pemangkin pekerja tempatan tidak berjaya menuntut kenaikan gaji atau upah dalam banyak sektor pekerjaan dan perniagaan.


Pekerjaan pembinaan di peringkat bawahan sahaja sudah cukup jelas kini dikuasai oleh warga asing yang sebahagiannya adalah pendatang tanpa izin.


Negara kita sekian lama membiarkan sistem pentadbiran dan kenegaraan rosak dengan amalan penyelewengan dan korupsi oleh politikus, pegawai kerajaan dan peniaga kapitalis yang berpakat.Banyak lagi yang perlu dilaksanakan pembetulan dan pembaharuan.


Walau tindakan tegas tidak populis dan kebarangkalian kehilangan sokongan, demi kebaikan generasi dan negara di masa hadapan, adalah wajar ia dilaksanakan.


Kerajaan juga tidak perlu terlalu memburukkan kerajaan terdahulu, tetapi perlu fokus kepada penerangan dan kejayaan dasar-dasar baru ke arah pembaikan.


Selain faktor isu semasa dan kononnya gelombang sokongan orang Melayu kepada pembangkang sejak PRU 2022, kelemahan jentera parti-parti kerajaan sendiri amat terserlah.


Parti-parti gabungan aku tidak mahu ulas kerana bukan ahli, tetapi KEADILAN sejak berpecah hingga kini masih kelihatan tempang dan tidak lagi efisien seperti dahulu.


Suka atau tidak kita kena akui, Azmin dan orangnya yang mendominasi jawatan penting pentadbiran, latihan dan pilihanraya parti, sehingga kini tiada pemimpin KEADILAN yang dapat mengganti.


Sejak sekian lama dimaklumkan tetapi keadaan kekal sama.


Ramai golongan yang tidak berketerampilan dan efisien yang memegang jawatan penting parti dan kerajaan kini.


Gagal di PRU 2022, gagal di PRN 2023 dan berterusan gagal di PRK 2024.


Jika gagal di PRU 16 pun ahli biasa seperti aku bukanlah kisah pun tentang nasib parti kerana  ramai pemimpin sendiri rasanya tidak ambil kisah tentang nasib parti, baik di cabang, negeri dan pusat kerana lebih mementingkan politik dan jawatan mereka dan kelompok mereka kini.


Cuma sebagai ahli dan rakyat yang tiada kepentingan dan jawatan politik, aku inginkan DS Anwar sebagai PM terus melaksanakan pembaikan dasar-dasar yang korup selama puluhan tahun, demi kebaikan rakyat dan negara di masa hadapan.


Secara sejarah, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya memang tidak suka kepada dasar yang tidak populis, namun baik untuk masa hadapan.


Mereka tidak suka kepentingan dan kesenangan hari ini mereka terjejas.Sejarah Tanah Rizab Melayu dan tanah Kampung Baru di bawah pertanian adalah dibuat oleh penjajah British demi kepentingan orang Melayu di masa hadapan setelah orang Melayu dan Tanah Melayu/Malaya Merdeka.


Pastinya ramai orang Melayu waktu itu tidak suka kerana menyukar dan menjejaskan kepentingan mereka untuk menjual tanah kepada pengusaha Eropah dan Cina untuk sektor bijih timah dan ladang getah.


Hari ini ramai orang Melayu mempertikaikan kononnya banyak tanah Rizab Melayu yang telah tergadai.Hakikatnya Tanah Rizab Melayu bukan dibuat oleh pemimpin dan orang Melayu.


Syukur ada British, walaupun penjajah tetap jahat kerana menjajah dan menjarah hasil bumi pribumi tetapi Kampung Baru masih kekal.


Jika di tangan pemimpin dan orang Melayu, lama sudah Kampung Baru pun tergadai.


Betapa tidak boleh diharap kepada pemimpin dan orang Melayu untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara di masa hadapan.


Bukti zaman ini ialah pengeluaran wang simpanan KWSP.Tidak semua yang keluarkannya kerana terdesak demi kelangsungan hidup, malahan ada yang berjoli sakan membeli barangan yang tidak perlu.Jika boleh kesemua wang simpanan ingin dikeluarkan.


Setelah bertahun berlalunya PKP pun masih ramai yang menuntut pengeluarannya.


Konsep umum orang Melayu ialah seronok dahulu, menyesal kemudian masih kekal hingga kini atau pengertian peri bahasa Melayu lama, 'Menang sorak Kampung tergadai'.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/kerajaan-teruskan-dengan-apa-yang-telah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Prk Sg Bakap Rakyat Kurang Percaya Kerajaan Kata Puad

Kalah Prk Sg Bakap Rakyat Kurang Percaya Kerajaan Kata Puad

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 332 hits
freemalaysiatoday com07 Jul 2024 12 21 PMAhli MKT Umno itu meminta gabungan perpaduan agar tidak memberi sebarang alasan pada kala rakyat sedang tidak berpuas hati Ahli MKT Umno Puad Zarkashi mengingatkan kerajaan perpaduan agar tidak cepat...
Kerajaan Lembu Kenyang Gamatkan Dewan Rakyat

Kerajaan Lembu Kenyang Gamatkan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 167 hits
freemalaysiatoday com24 Jun 2024 02 09 PMRadzi Jidin mengeluarkan label itu ketika berbahas pada sesi penerangan isu penyasaran subsidi diesel Sim Tze Tzin menggesa Radzi Jidin menarik balik kenyataan lembu kenyang dilemparkan terhadap kera...
Rentasan 1613 Demo Rakyat Lawan Anwar Demi Pertahan Kedudukan Melayu

Rentasan 1613 Demo Rakyat Lawan Anwar Demi Pertahan Kedudukan Melayu

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 97 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1613 1 ANTARA JAMINAN PELAJAR CEMERLANG 10A DAN KETIRISAN DIESEL 2 SALAHGUNA MAKLUMAT TIDAK TEPAT BOLEH JADI FITNAH 3 JANGAN JADI MELAYU YANG MUDAH LUPA
Kamu Tak Hormat Parlimen Wakil Rakyat Kerajaan Kritik Keputusan Speaker

Kamu Tak Hormat Parlimen Wakil Rakyat Kerajaan Kritik Keputusan Speaker

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 278 hits
freemalaysiatoday com10 Jul 2024Hassan Karim berkata berkata keputusan Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam wakil rakyat Bersatu berlawanan aspirasi rakyat untuk henti amalan lompat parti Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menyi...
Kemusykilan Rakyat Lawan Anwar Demi Negara Atau Viewers

Kemusykilan Rakyat Lawan Anwar Demi Negara Atau Viewers

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 261 hits
Tajuddin RasdiDiberitakan bahawa suatu demonstrasi dinamakan Rakyat lawan Anwar akan diadakan di hadapan Seri Perdana pada 29 Jun ini Saya mempunyai tujuh soalan terhadap objektif dan motif demonstrasi ini Saya harap pembaca menimbang soala...
Survei Indikator Dinilai Pro Rakyat 80 1 Masyarakat Puas Program Dadang Supriatna

Survei Indikator Dinilai Pro Rakyat 80 1 Masyarakat Puas Program Dadang Supriatna

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 121 hits
Survei digelar selama 28 Mei 4 Juni 2024 yang melibatkan 1 670 responden dari 31 kecamatan di Kabupaten Bandung
Sungai Bakap Signal Jelas Dari Rakyat

Sungai Bakap Signal Jelas Dari Rakyat

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 103 hits
Sungai Bakap signal jelas dari rakyat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be l0ht xKh40Q src in org https www youtube com embed l0ht xKh40Q wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed l...
Senarai Permainan Mudah Alih Yang Dimainkan Oleh Rakyat Malaysia Setakat Ini

Senarai Permainan Mudah Alih Yang Dimainkan Oleh Rakyat Malaysia Setakat Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 159 hits
Berdasarkan maklumat data yang dibekalkan oleh platform penyelidikan aplikasi mudah alih untuk Google Play Store dan Apple App Store AppMagic ini adalah sepuluh aplikasi permainan percuma yang dimuat turun serta dimainkan oleh seluruh rakya...
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Mencetuskan Situasi Mencemaskan Di Dewan Rakyat

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Mencetuskan Situasi Mencemaskan Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 133 hits
Malaysiakini nbsp Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencetuskan situasi mencemaskan di Dewan Rakyat hari ini apabila percakapannya tersekat sekat dan tercungap ketika menjawab soalan Sambil menepuk dada beberapa kali Loke kemudian duduk unt...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025