Kerajaan Tanpa Dap Perkukuh Kedudukan Politik Melayu


Kemelut politik berpanjangan jika PH bawa usul undi tidak percaya
02/03/2020


BANGI, 7 Rejab 1441H, Isnin – Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan menandakan kerajaan Malaysia baharu bakal didominasi faktor Melayu, Islam dan Bumiputera.

Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, kerajaan tanpa DAP khususnya akan memperkukuh kedudukan politik Melayu sebagai teras politik Malaysia.

Situasi itu, katanya, amat berbeza dengan naratif kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berasaskan kesetaraan dan tidak mahu dikaitkan sama sekali dengan faktor agama dan perkauman dalam menjayakan perkongsian kuasa mereka.

“Meskipun sukar menahan amarah politik PH, kita berharap mereka berlapang dada dan menerima hakikat politik dengan hati terbuka. Kemelut politik ini sewajarnya memberi pengajaran kepada ahli politik bahawa kepentingan negara mengatasi perbezaan mereka.

“Sudah tentu pilihan rata-rata rakyat Malaysia mahu melihat PH menerima kepemimpinan Perdana Menteri baharu dan tidak membawa usul tidak percaya dalam Dewan Rakyat nanti. Jika tidak, kemelut politik akan terus berpanjangan,” katanya dalam artikel yang disiarkan BHOnline.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan yang bakal dibentuk memberi perhatian semula kepada rakyat dan kesejahteraan mereka, lebih-lebih lagi dalam ketidaktentuan ekonomi yang melanda bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga pada peringkat global.

“Sudah tentu banyak perkara perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri dan kerajaan baharu. Rakyat yang muak dengan krisis politik, perlu diberikan kepercayaan semula agar sokongan kepada kerajaan semakin baik demi kebaikan bersama.

“Kita percaya, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baharu tidak dapat merungkaikan semua kemelut politik negara yang berlaku mutakhir ini. Namun, buat masa sekarang, inilah pilihan yang kita ada.

“Sokongan perlu diberikan kepada Perdana Menteri dan kerajaan semasa yang baharu atas semangat demokrasi,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/kerajaan-tanpa-dap-perkukuh-kedudukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 303 hits
Merujuk kenyataan DAP yang dipetik Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menerusi Facebook Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Yusof memberitahu FMT parti itu menunjukkan ia tidak ikhlas dalam deklarasi sokongan awalnya terhadap Mahathir selepas c...
Dap Akan Terus Pecah Majoriti Melayu Untuk Kekal Berkuasa

Dap Akan Terus Pecah Majoriti Melayu Untuk Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 287 hits
Suka test water siapa bangkit tentang siapa barua tolong mereka19 02 2020BANGI 25 Jamadilakhir 1441H Rabu Parti paling dominan di Putrajaya DAP akan terus melemahkan kesatuan orang Melayu dan Islam demi memastikan mereka kekal memegang domi...
Belum Ada Keputusan Rasmi Blok Politik Mana Layak Tubuh Kerajaan

Belum Ada Keputusan Rasmi Blok Politik Mana Layak Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 354 hits
Belum ada pihak gabungan parti politik mana mendapat majoriti secara rasmi untuk bentuk kerajaan setakat ini Spekulasi bertiup kononya pakatan terdiri dari BN Pas Bersatu yang menyokong Muhyiddin perdana menteri ke 8 telah berjaya memperole...
Orang Melayu Silap Kalau Anggap Pemimpin Dap Bodoh Dan Tak Tahu Mentadbir Negara Dap Bukan Bodoh Tapi Licik

Orang Melayu Silap Kalau Anggap Pemimpin Dap Bodoh Dan Tak Tahu Mentadbir Negara Dap Bukan Bodoh Tapi Licik

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 865 hits
Masyarakat Melayu silap sekiranya menganggap pemimpin DAP bodoh dan tak tahu mentadbir negara Kita akui sejak Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP mengambil alih kuasa pemerintahan dari Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU 14 ...
Bangun Segera Melayu Jangan Lagi Amal Politik Bodoh Bebal

Bangun Segera Melayu Jangan Lagi Amal Politik Bodoh Bebal

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 195 hits
Lihatlah ultra kiasu tidak kira parti apa mereka sentiasa bersatu hatiTINGGALKAN segara politik bodoh dan bebal ini jika sayangkan agama bangsa dan negara Kalau susah sangat nak belajar daripada politik Islam pada zaman baginda Rasulullah S...
Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi Dap Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa

Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi Dap Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 467 hits
Harta Tabung Haji terus dijarah dan dimamaj oleh kafir harbi DAP Terkini 4 buah hotel kepunyaan TH akan ditamatkan operasinya 14 Disember 2018 syarikat tujuan khas kononnya untuk menyelamatkan Tabung Haji ditubuhkan di bawah Kementerian Kew...
Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 258 hits
APABILA Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dan diikuti 10 pemimpin PKR kerajaan sedia ada telah runtuh Berikutan itu juga Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada sebelah tengah hari Bagaimanapun Yang di Pe...
Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Penjawat Awam Isi Jawatan Utama Bukannya Lantik Orang Politik

Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Penjawat Awam Isi Jawatan Utama Bukannya Lantik Orang Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 357 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar anggota perkhidmatan awam dilantik mengisi jawatan ketua ketua perkhidmatan utama seperti Peguam Negara Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata sebagai anggot...
Dap Anti Melayu Parti Melayu Anti Cina Ke Tidak

Dap Anti Melayu Parti Melayu Anti Cina Ke Tidak

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 315 hits
Tanya je Melayu kalau kayaKalau pandaiCina anti ke tidak Kalau malasKalau miskinKalau menipuKalau khianatAku rasa semua bangsa akan anti Anti sebab bangsaAtau anti sebab sikap perangai perbuatan Kau anti cina apa sebab Atau kau anti parti s...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Percutian Ke Batam Indonesia

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions