Orang Melayu Silap Kalau Anggap Pemimpin Dap Bodoh Dan Tak Tahu Mentadbir Negara Dap Bukan Bodoh Tapi Licik



Masyarakat Melayu silap sekiranya menganggap pemimpin DAP bodoh dan tak tahu mentadbir negara.

Kita akui, sejak  Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP mengambil alih kuasa pemerintahan dari Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU 14 yang lalu, rakyat dan negara berada dalam kegelisahan.

Ekonomi jatuh merudum, indeks pasaran saham di Bursa Malaysia jatuh merudum, nilai matawang Ringgit jatuh merudum, ramai rakyat kehilangan pekerjaan, aset-aset strategik negara terutamanya milik masyarakat Melayu Islam seperti aset PNB, TH, MARA, Khazanah dijual dalam skala mega, duit Petronas dijarah dan berbagai-bagai lagi onar yang dilakukan oleh DAP dalam melemahkan masyarakat Melayu Islam.

Persoalannya, apakah benar pemimpin-pemimpin DAP memang bodoh dan tidak tahu menguruskan ekonomi negara atau itu memang strategi licik mereka?

Strategi Politik Dan Kuasa Pemerintahan DAP


DAP sejak dari dulu tahu, melalui politik tidak mungkin mereka akan dapat menguasai kuasa pemerintahan negara sekiranya bersendirian.

Ini adalah kerana dalam sistem demokrasi, kuasa pemerintahan akan ditentukan melalui pilihanraya.

Parti politik yang mendapat mandat terbesar dari rakyat akan membentuk kerajaan.

Mandat majoriti akan ditentukan oleh kaum majoriti.

Kaum majoriti di Malaysia adalah masyarakat Melayu dan Bumiputera yang membentuk 69.1% dari keseluruhan penduduk Malaysia atau lebih dari 65% dari pengundi berdaftar di Malaysia.

Ini adalah satu hakikat yang terpaksa ditelan oleh DAP dan tidak akan dapat diubah dengan cara yang drastik dan cepat.

Untuk mendapatkan kuasa pemerintahan di Putrajaya, mahu atau tidak, suka atau tidak, DAP terpaksa mendapatkan pengaruh dari parti politik atau pemimpin politik yang mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu Islam.

Bukan satu perkara yang mudah malah boleh dikatakan mustahil untuk menarik sokongan pemimpin Melayu Islam dari parti politik asal mereka kerana mereka sudah mempunyai pengaruh dan kedudukan yang selesa.

Apa yang DAP lakukan ialah menunggu peluang dan ruang yang sesuai.


Ketika berlaku perpecahan dalam UMNO pada tahun 1989, kumpulan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam bertindak meninggalkan UMNO dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama-sama PAS dan beberapa parti komponen yang lain.

Namun ianya kurang menarik minat DAP kerana APU dilihat hanya berpengaruh di kawasan pantai timur Malaysia dan prestasi mereka dalam 2 PRU iaitu PRU 1990 dan PRU 1995 tidak memberangsangkan (BACA DI SINI).


Namun bila berlakunya sekali lagi perpecahan dalam UMNO, bila Anwar Ibrahim dipecat pada September 1998.

Maka lahirlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1999 (BACA DI SINI).

Melihat kepada gelombang sokongan rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam terhadap Anwar yang ketika itu dianggap sebagai ikon mangsa kezaliman pemerintahan kuku besi Dr. Mahathir, DAP pantas menggunakan peluang yang sudah sekian lama ditunggu.

Apa lagi dilihat gelombang kebangkitan rakyat terhadap pemerintah ketika itu melanda hampir seluruh negara, DAP menyedari ianya satu peluang yang tidak boleh dibiarkan.

Menggunakan alasan perjuangan kepada keadilan dan menentang kezaliman, DAP berusaha memainkan watak utama.

Bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal, Anwar pemimpin yang bertopengkan watak warak, telah mendapat perhatian dan simpati dari pemimpin PAS, parti politik kedua terbesar masyarakat Melayu Islam.


Lalu tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang terdiri dari 3 parti utama iaitu DAP, PKR dan PAS serta beberapa parti komponen yang lain.

Walau pun BA gagal menyingkirkan Barisan Nasional di Putrajaya, namun beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berjaya ditawan dalam beberapa PRU.


Bila sekali berlaku perpecahan dalam UMNO akibat dari persengketaan antara DS Najib yang merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu dengan pantas DAP menyarankan Dr. Mahathir supaya menubuhkan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 2016 (BACA DI SINI).

DAP merasakan inilah peluang keemasan yang terbaik untuk merealisasikan impian mereka untuk menguasai Putrajaya.

UMNO sudah dilemahkan dengan 3 kali perpecahan manakala PAS pula sudah dilemahkan dengan 1 kali perpecahan.

PKR akan menjadi aset kerana mempunyai pengaruh Anwar, PPBM pula akan menjadi aset yang lebih berharga kerana mempunyai pengaruh Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

DAP tidak bimbang dengan ketiadaan PAS kerana DAP yakin, pengaruh Dr. Mahathir dan pengaruh Anwar sudah cukup untuk menarik undi masyarakat Melayu Islam.

Untuk mengikat Dr. Mahathir, DAP memberikan agihan kerusi yang banyak iaitu sebanyak 52 kerusi parlimen dalam PRU 14 tetapi kebanyakannya adalah kubu kuat UMNO.


Akhirnya, walau pun mendapar agihan kawasan bertanding yang banyak, PPBM cuma berjaya memenangi 13 kerusi parlimen dari 52 kawasan parlimen yang PPBM bertanding.

DAP tidak risau dengan PKR kerana tidak semua calon PKR yang bertanding terdiri dari pemimpin Melayu.

Lalu DAP, PKR, PAN dan PPBM membentuk sebuah kerjasama yang dipanggil Pakatan Harapan.

Strategi DAP membuahkan hasil apabila dalam PRU 14, Pakatan Harapan berjaya tumbangkan Barisan Nasional dan yang lebih bermakna bagi DAP bila berjaya menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan.

DAP tahu rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan menolak seandainya DAP tuntut untuk menjadi Perdana Menteri.

Seperti di Selangor, DAP tidak mahu jawatan Menteri Besar tetapi mahukan Menteri Besar yang berada di bawah telunjuk DAP.

Begitu juga di Putrajaya, DAP tidak mahu jawatan Perdana Menteri tetapi DAP mahu seorang Perdana Menteri yang berada di bawah telunjuk DAP dan itulah yang sedang berlaku sekarang.

Strategi Ekonomi DAP Dalam Mengekalkan Kuasa Politik


Portal ini telah membongkar sebahagian dari strategi ekonomi DAP untuk mengekalkan kuasa penguasaan pemerintahan negara (BACA DI SINI).

Dasar Bumi Hangus adalah strategi tentera dalam peperangan di mana bila merasakan mereka akan kalah atau terpaksa berundur maka kawasan atau negeri yang akan ditinggalkan itu akan dimusnahkan segala aset strategik seperti lapangan terbang, markas ketenteraan, sumber air dan makanan, kubu pertahanan, kemudahan logistik dan lain-lain yang difikirkan perlu supaya musuh tidak dapat apa-apa menafaat.

Strategi yang sama telah dan sedang dilakukan oleh DAP.

Dengan penurunan sokongan pada Dr. Mahathir dan Anwar, kemarahan rakyat pada Pakatan Harapan yang tidak menunaikan janji, DAP tahu bahawa tidak mungkin mereka dapat mengekalkan kuasa di Putrajaya selepas PRU 15.

Maka apa yang mereka lakukan ialah mewujudkan kebergantungan pemerintah yang baru kepada proksi mereka.

Masyarakat Melayu Islam mesti dilemahkan dari sudut ekonomi.

Malaysia mesti diletakkan dalam keadaan tidak berdaya di mana akhirnya nanti siapa juga yang akan membentuk kerajaan selepas PRU 15, terpaksa melutut kepada proksi DAP.

Maka semua aset strategik masyarakat Melayu Islam dijual dalam skala yang besar, hutang luar ditambah dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kemampuan negara untuk membayar hutang di masa akan datang.

Setiap kali DAP menjarah harta masyarakat Melayu Islam maka DAP akan mengalihkan perhatian dan kemarahan masyarakat Melayu Islam kepada beberapa isu ciptaan mereka seperti isu penghinaan kepada Islam, isu penderhakaan kepada Raja Raja Melayu, isu abu Chin Peng, isu ICERD, isu Statut Rom, isu Tulisan Jawi dan lain-lain lagi.

Walau siapa pun yang menjadi kerajaan ketika itu, satu-satunya pilihan yang mereka ada ialah melutut pada proksi DAP.

Apabila ini berlaku, sebagaimana DAP tidak memerlukan jawatan Menteri Besar, sebagaimana DAP tidak memerlukan jawatan Perdana Menteri, begitu jugalah ketika itu, DAP tidak lagi memerlukan kuasa di Putrajaya kerana mereka boleh mengawal segala dasar dan keputusan yang dibuat di Putrajaya melalui proksi mereka.

Benar ketika itu kita kembali menguasai kuasa politik tapi kuasa politik tanpa dana yang mencukupi untuk membangunkan negara adalah ibarat tanaman yang tidak berbaja.

Apakah kita akan atau mahu membiarkan keadaan ini berlaku?

Kerajaan yang ditunggangi DAP mesti kita tumbangkan segera.

Jangan terus terpedaya melayani isu kosmetik ciptaan DAP kerana setiap kali isu-isu tersebut dibangkitkan, pasti ada harta masyarakat Melayu Islam yang secara senyap dijual oleh DAP.

Jangan sampai nanti kita ibarat menang sorak tapi akhirnya kampung tergadai.

Cukuplah masyarakat Melayu Islam hanya mempunyai satu Pak Kaduk dalam sejarah bangsa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/02/orang-melayu-silap-kalau-anggap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Standby Di Airport Tahan Pemimpin Dap Pkr Pan Yang Nak Lari Keluar Negara Gomo

Mohon Standby Di Airport Tahan Pemimpin Dap Pkr Pan Yang Nak Lari Keluar Negara Gomo

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 577 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiap sedia dengan penubuhan kerajaan baharu yang mungkin akan berlaku dalam sedikti masa lagi Beliau juga memohon rakyat Malaysia...
Mahkamah Batal Kelayakan Adun Dap Kerana Isu Kerakyatan Dua Negara Suara Tv

Mahkamah Batal Kelayakan Adun Dap Kerana Isu Kerakyatan Dua Negara Suara Tv

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 426 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan kelayakan Adun DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat kawasan DUN Pujut di Sarawak Menurut akhbar Borneo Post dalam penghakiman majoriti 7 berbanding dua mahkamah itu mengketepikan keputusan M...
Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 470 hits
Hadi bagaimanapun berkata terdapat penakut ketika berdepan usul percaya pada kepimpinan Mahathir
Kecewa Dengan Prestasi Kerajaan Ph Mentadbir Negara Selama 22 Bulan Arthur Joseph Kurup

Kecewa Dengan Prestasi Kerajaan Ph Mentadbir Negara Selama 22 Bulan Arthur Joseph Kurup

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 543 hits
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup merasa kecewa dengan prestasi kerajaan PH yang mentadbir negara selama 22 bulan Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Ada Muslihat Licik Tapi Dr M Tak Terlibat Kata Anwar

Ada Muslihat Licik Tapi Dr M Tak Terlibat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 389 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dengan usaha memujuk anggota parlimen menyediakan akuan berkanun bagi menyokong kepimpinannya sehingga habis penggal kata Anwar Ibrahim Presiden PKR yang dijanjikan sebagai per...
Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi Dap Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa

Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi Dap Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 435 hits
Harta Tabung Haji terus dijarah dan dimamaj oleh kafir harbi DAP Terkini 4 buah hotel kepunyaan TH akan ditamatkan operasinya 14 Disember 2018 syarikat tujuan khas kononnya untuk menyelamatkan Tabung Haji ditubuhkan di bawah Kementerian Kew...
Lebih 300 Pendekar Melayu Serah Memorandum Ke Istana Negara

Lebih 300 Pendekar Melayu Serah Memorandum Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 639 hits
Diterbitkan Hari ini 11 57 tengahariBERITAPanas terik di ibu kota tidak menghalang lebih 300 peserta berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong di istana negara hari ini Himpunan tersebut yang merupakan anjuran NGO ...
Filem Melayu Klasik Pendekar Bujang Lapok Penontonnya Tak Klasik Tapi Kecik

Filem Melayu Klasik Pendekar Bujang Lapok Penontonnya Tak Klasik Tapi Kecik

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 453 hits
assalamualaikum salam sejahtera semuaaaaa selasa nan indah cuaca tak brape panas tapi tak nampak mcm nak hujan so so so jer la alhamdulillah korang semua suka tak tgk filem p ramlee filem hitam putih dan sebutan perkataan semua melayu klasi...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik