Bangun Segera Melayu Jangan Lagi Amal Politik Bodoh Bebal


Lihatlah ultra kiasu tidak kira parti apa, mereka sentiasa bersatu hati

TINGGALKAN segara politik bodoh dan bebal ini jika sayangkan agama, bangsa dan negara. Kalau susah sangat nak belajar daripada politik Islam pada zaman baginda Rasulullah SAW yang penuh dengan hikmah, sekurang-kurangnya tengoklah politik Cina. Lihat bagaimana Cina berpolitik, menjaga bangsanya.

Lihat bagaimana ultra kiasu tidak kira parti apa, bersatu hati, bila isu pendidikan Cina seperti SJKC dan UEC. Tanpa berbelah bahagi, mereka bersatu. Belum apa-apa lagi Dong Zong sudah mahu bertemu dengan perdana menteri (PM) yang baharu untuk bincang isu pengiktirafan UEC. Saya dah kata dahulu, mengiktiraf UEC sama seperti mengiktiraf komunis.

Kita bukan sahaja bercakap soal pendidikan, tetapi lebih daripada itu.

Kita ada tanggungjawab yang lebih besar, menjaga agama, selain negara dan bangsa. Tak ada gunanya jadi jawatan nombor satu berada di tangan orang Islam, sedangkan agama Islam itu sendiri tidak berada di tempat selayaknya. Malah diperlekeh, menjadi bahan hinaan dan cacian.

Justeru, siapapun menjadi PM dan memerintah, asalkan dapat menjaga Islam, sokonglah. Dunia, kuasa dan harta hanya sementara. Bukan boleh bawa mati. Tiba masa, kita tinggalkan semua. Hindarkan tabiat melaga-lagakan, tikam menikam, tikam belakang sesama kita. Semua kita ini bersaudara, tidak kira apa jua bangsa dan latar belakang.

Sebab itu, jangan terlampau berkira. Asalkan berada dalam ruang lingkup adil, berlebih kuranglah. Saya sangat teruja kepada pandangan Presiden PAS. Serahkan kepada budi bicara PM untuk menentukan barisan Kabinetnya. Yang penting, Islam berdaulat dan dimartabatkan.

Sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM, macam-macam yang kita dengar.

Ada yang kata, PPBM akan dikuasai oleh UMNO begitu juga sebaliknya. PAS akan dipinggirkan sekali lagi mengambil kira iktibar kerajaan campuran bersama BN 1970-1978. Pendek kata, macam-macamlah yang kita dengar untuk memecahkan kembali umat Islam ini.

Takkan tidak lagi ambil iktibar.

Asalkan bukan ultra kiasu berkuasa dan memerintah, berlebih kuranglah. Apa yang penting, agama Islam, maruah Melayu, bahasa Melayu, raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu dan bumiputera dan berkaitan terjaga dan terpelihara.

Kesilapan dan kehancuran yang paling besar adalah apabila ultra kiasu dibiarkan bermaharajalela sehingga tergadai maruah agama, bangsa dan negara.

Hari ini, ultra kiasu berjaya ‘dibenamkan’ buat seketika. Sudah pasti ultra kiasu sedang merancang untuk bangkit semula. Ultra kiasu tidak pernah kenal erti putus asa. Selagi parti dan NGO mereka tidak haramkan, selagi itulah, mereka tidak akan putus-putus untuk menjahanamkan kita.

Justeru, sementara mereka sedang merancang untuk kembali semula, ambiklah peluang ini sebaik-baiknya untuk tenggelamkan mereka setelah berjaya membenam mereka.

Perkuatkan saf. Kita tidak punya banyak masa lagi sehingga Mei 2020, Parlimen yang ditangguhkan akan bersidang.

Apa saya dapat cadangkan adalah;

Pertama, tinggalkan dan buang jauh-jauh politik bebal dan bodoh. Sokong PM yang baharu tanpa berbelah bahagi, selagi mana beliau berada di landasan yang betul dalam menjaga agama, bangsa dan negara.

Kedua, haramkan segera parti politik dan NGO ultra kiasu. Bukti-bukti telah ada menunjukkan betapa rasisnya pertubuhan ini. Sebelum ini pun, NGO rasis pendidikan mereka telah diberikan amaran demi amaran, tetapi tidak ada tindakan tegas dikenakan. Rujuk pautan ini, https://www.sinarharian.com.my/article/42823/BERITA/Nasional/Tun-M-kecam-Dong-Zong-sindir-DAP

Ketiga, jika MCA, masih berkeras mempertahankan UEC, jangan masukkan mereka dalam barisan pembentukan Kabinet yang baharu. Lantik Cina dalam kalangan profesional yang boleh menjaga kepentingan orang Cina secara keseluruhan. Barisan Kabinet yang baharu perlu kukuh. Jangan simpan gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.

Keempat, lantik seorang timbalan perdana menteri daripada kalangan Bumiputera, sama ada Sabah atau Sarawak. Cukuplah, seorang perdana menteri daripada Semenanjung, timbalannya biarlah daripada Sabah atau Sarawak. Bumiputera Sabah Sarawak jauh lebih layak, bukannya ultra kiasu.

Kelima, mereka yang mahu turun ke jalanan, berdemonstrasi, sebagai protes kepada kerajaan dan Kabinet baharu, mesti diambil tindakan tegas dan disumbat ke dalam penjara.

Keenam, kepada mereka yang akan dilantik memegang jawatan dalam Kabinet, ingatan saya, jangan bawa perangai UMNO yang lama. Berubahlah. Ambil iktibar dan pengajaran.

Saya sentiasa bersangka baik terhadap pimpinan UMNO, dan bekas pimpinan mereka, atas alasan, manusia in boleh berubah, boleh mengambil pengajaran.

Percayalah jika kamu masih lagi tidak berubah, tetap dengan perangai lama, mengamalkan rasuah dan kroni maka tunggulah kehancurannya.

Label kleptocrat yang diberikan ultra kiasu, buangkanlah jauh-jauh.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/bangun-segera-melayu-jangan-lagi-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tanpa Dap Perkukuh Kedudukan Politik Melayu

Kerajaan Tanpa Dap Perkukuh Kedudukan Politik Melayu

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 248 hits
Kemelut politik berpanjangan jika PH bawa usul undi tidak percaya 02 03 2020BANGI 7 Rejab 1441H Isnin Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan menandakan kerajaan Malaysia baharu bakal didominasi faktor Melayu Isl...
Melayu Tidak Sokong Anwar Sebab Falsafah Politik Liberal

Melayu Tidak Sokong Anwar Sebab Falsafah Politik Liberal

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 228 hits
Tun M akui ada masalah dengan Presiden PKR ketika pimpin UMNOBANGI Orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal demikian dakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Maha...
Isu Peralihan Kuasa Jangan Main Politik Kotor

Isu Peralihan Kuasa Jangan Main Politik Kotor

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 342 hits
Isu Peralihan Kuasa Jangan Main Politik Kotor kata Lim Kit Siang Semalam sesuatu yang amat mengejutkan telah berlaku dalam sejarah politik Malaysia Desas desus peralihan kuasa yang melibatkan kerajaan yang sedang memerintah Isu Peralihan Ku...
Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 423 hits
Jangan lama sangat sebab ada pihak cuba beli ahli parlimen Azmin gesa Perikatan Nasional segera ditubuhkanMenteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mahu gabungan baru dengan parti pembangkang diwujudkan segera kerana bimbang rancangan itu gagal j...
Politik Melayu Majoriti Tolak Anwar Dan Tun

Politik Melayu Majoriti Tolak Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 303 hits
Jika Tun dan Anwar bergabung membuat serangan politik ke atas Muhyiddin dan jika Parlimen benar demokrasi MUSTAHIL Muhyiddin tidak tumpas Tetapi di mana kah keberuntungannya
Pm 8 Hormati Keputusan Jangan Hina Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Raja Melayu Mpmmk

Pm 8 Hormati Keputusan Jangan Hina Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Raja Melayu Mpmmk

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 617 hits
KUALA LUMPUR Seluruh rakyat di negara ini diingatkan supaya menerima hakikat dan menghormati keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malays...
Ini Sikap Politik Bodoh Pkr Ph Membelakangi Rakyat

Ini Sikap Politik Bodoh Pkr Ph Membelakangi Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 285 hits
PKR Johor larang lantikan politik hadir program kerajaan negeriPETALING JAYA PKR Johor mengarahkan lantikan politiknya di negeri itu memboikot semua program anjuran kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno serta merta Timbalan Pengerusi PKR J...
Politik Cakap Hari Ini Percaya Hari Ini Esok Jangan

Politik Cakap Hari Ini Percaya Hari Ini Esok Jangan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 239 hits
Sesuatu tidak dijangka telah berlaku yang mana kerajaan sedang memerintah terbubar begitu sahaja Kini belum ada mana mana blok parti politik layak membentuk kerajaan baru manakala otak rakyat sedang haru biru memikirkan keadaan ekonomi dan ...
Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 364 hits
Sumber gambar dari sini Suasana kelam kabut yang berlaku sangat pantas semenjak hari ahad lalu membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan Merajuk lalu Tun Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri Kerajaan PH dah tak wujud dan ...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa