Kerajaan Tak Bertanggungjawab Jika Bentang Bajet Terus Pru




Kerajaan tak bertanggungjawab jika bentang bajet terus PRUPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: September 23, 2022
ShareMesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 yang akan bermula pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 ini menjadi fokus utama para pemerhati politik.
Selain Bajet atau Belanjawan 2023 akan dibentangkan, sidang Dewan Rakyat kali ini juga akan menjadi saksi sama ada Kerajaan BN – PN akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam proses kelulusan belanjawan itu atau pun mengikut desakan pemimpin Umno untuk segera membubarkan Parlimen biar pun pada musim banjir.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, perkara yang pasti pada waktu ini adalah belanjawan akan dibentangkan pada 7 Oktober dan selepas itu perbahasan mengenainya akan dilakukan.
“Sebuah Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab akan membentangkan Rang Undang-undang Belanjawaan tahun 2023 pada 7 Oktober diikuti perbahasan di Dewan Rakyat di peringkat dasar dan Jawatankuasa bagi setiap Kementerian.
“Selepas perbahasan perlu dijalankan pengundian bagi setiap Kementerian dan Belanjawan keseluruhan negara juga adalah wajib dijalankan undian supaya RUU Perbekalan atau Belanjawan 2023 itu boleh dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang.
“Proses ini akan mengambil masa sehingga ke bulan Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, kata beliau, tempoh yang sesuai untuk mengadakan PRU 15 adalah pada awal tahun 2023.
Namun, katanya, sekiranya kerajaan BN – PN memilih untuk menjadi tidak bertanggungjawab mereka boleh sahaja membubarkan parlimen sebaik sahaja selesai membentangkan belanjawan pada 7 Oktober berkenaan.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada halangan dari segi Perlembagaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong memohon membubarkan parlimen.
“Kerajaan yang tidak bertanggungjawab itu akan membentangkan Belanjawaan 2023 untuk pilihan raya dengan segala gula-gula dan janji manis demi memancing rakyat supaya mengundi mereka.
“Kerajaan yang tidak bertanggungjawab itu tidak akan peduli dengan kemungkinan besar banjir monson yang akan berlaku pada bulan November dan Disember.
“Kerajaan yang tidak bermoral itu akan bentangkan belanjawan bersifat sandiwara dengan tujuan untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya umum (PRU) pada musim banjir.
“Apabila parlimen dibubarkan sedangkan Belanjawan 2023 yang dibentangkan belum diluluskan maka semua prosiding sidang Parlimen itu hanya jadi wayang sahaja untuk menipu Rakyat,” katanya.
Sekiranya senario tersebut berlaku, kata Hassan, selepas PRU 15 Rang Undang-undang Perbekalan 2023 (Belanjawan) perlulah dibentangkan semula oleh Kerajaan Persekutuan yang baru.
Katanya, dari segi Undang-undang Perlembagaan, Kerajaan Persekutuan bagi Parlimen Keempat Belas adalah berbeza dengan Kerajaan Persekutuan bagi Parlimen Kelima Belas.
RUU Belanjawan 2023 yang dibentangkan dalam sidang Parlimen Keempat Belas ketika ini tidak boleh disambung secara automatik oleh kerajaan baru dalam Parlimen Kelima Belas walau parti politik yang sama menjadi Kerajaan.
Apatah lagi, kata Hassan, jika parti politik yang lain pula yang berkuasa selepas PRU 15.
“Jadi sebagai seorang Ahli Parlimen maka saya menasihatkan Perdana Menteri Ismail Sabri dan Kerajaan hibrid sekarang BN-PN supaya membentangkan Belanjawaan yang betul, bukan sandiwara untuk tahun 2023 dan boleh dipertanggungjawabkan.
“Kita tidak mahu pembentangan Belanjawaan olok-olok atau wayang atau sandiwara pada 7 Oktober nanti kerana Perdana Menteri dan kabinetnya sebenarnya telah membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja selepas Belanjawan dibentang.
“Jika itu berlaku, Belanjawan yang dibentangkan pada 7 Oktober itu nanti akan menjadi sia-sia sahaja,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/kerajaan-tak-bertanggungjawab-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Masuk Pru 15 Lebih Bersedia Sebagai Kerajaan Menanti Anwar Calon Perdana Menteri

Kita Masuk Pru 15 Lebih Bersedia Sebagai Kerajaan Menanti Anwar Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 940 hits
Kegagalan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang ditadbir Tun Mahathir Mohamad telah menyedarkan KEADILAN dan PH untuk berbuat lebih baik sekiranya diberi peluang memerintah semula dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Angkatan Muda KEADILAN ...
Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 254 hits
agendaily com29 09 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Kerajaan Ph Berkiblat Mahathir Naikkan Kerajaan Reformasi Pru 15

Kerajaan Ph Berkiblat Mahathir Naikkan Kerajaan Reformasi Pru 15

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 149 hits
Kerajaan PH berkiblat Mahathir naikkan kerajaan reformasi PRU 15Posted By on September 26 2022Rakyat Malaysia digesa sekali lagi beramai ramai melakukan perubahan total dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Hal itu ditegaskan oleh Bendahari Agung K...
Saya Akan Terus Buktikan Ahn Hyoseop Mahu Terus Maju Dalam Industri Lakonan

Saya Akan Terus Buktikan Ahn Hyoseop Mahu Terus Maju Dalam Industri Lakonan

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 187 hits
Pelakon Ahn Hyo seop sememangnya berjaya memukau hati penonton dengan aura tampannya Bagaimana dengan bakat lakonannya Berjaya memikat hati penonton tak ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Ahn Hyo seop tampil bersama jenama majalah terkenal VOG...
Warga Asing Jerat Gadis Orang Asli Lepas Kahwin Terus Hilang

Warga Asing Jerat Gadis Orang Asli Lepas Kahwin Terus Hilang

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 194 hits
GUA MUSANG Peribadi romantis rajin bekerja dan bijak menyusun kata kata manis dikatakan menjadi kelebihan kepada lelaki warga asing untuk memikat wanita wanita Orang Asli yang tinggal di perkampungan berdekatan ladang dan kebun sayur di dae...
Peruntukan Adun Pas Bantuan Di Salur Terus Kepada Rakyat Yang Memerlukan

Peruntukan Adun Pas Bantuan Di Salur Terus Kepada Rakyat Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Seorang exco Pahang berkata penamatan peruntukan untuk lapan ADUN PAS di negeri itu tidak bermakna kerajaan negeri mengabaikan rakyat di kawasan berkenaan kerana bantuan sebenarnya disalurkan secara terus kepada golongan memerlukan ...
Pm Beri Jaminan Akan Terus Pelihara Hak Sabah Sarawak

Pm Beri Jaminan Akan Terus Pelihara Hak Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 202 hits
Ismail Sabri Yaakob beri jaminan akan memastikan hak hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara MELAKA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak hak bagi S...
Chemistry Saya Dengan Pm Kental Zahid Hamidi Janji Ismail Sabri Akan Terus Jadi Pm Kalau Bn Menang Pru15

Chemistry Saya Dengan Pm Kental Zahid Hamidi Janji Ismail Sabri Akan Terus Jadi Pm Kalau Bn Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 169 hits
Foto Benar NewsPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke 15 akan diadakan dalam sedikit masa saja lagi Bila tarikh dia saya percaya sikit saja lagi tak lama lagi Saya mendengar dengan jelas Top Five ad...
Terus Menyinar Mv Shut Down Blackpink Kini Trending Di Youtube

Terus Menyinar Mv Shut Down Blackpink Kini Trending Di Youtube

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 199 hits
Sentiasa yang terhebat BLACKPINK kini trending lagi ARTIKEL BERKAITAN Korang dah dengar belum lagu terbaru SHUT DOWN BLACKPINK yang turut tersenarai di bawah album BORN PINK Semestinya tidak mengejutkan lagi apabila lagu SHUT DOWN kini menj...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids