Kerajaan Suruh Rakyat Guna Wang Simpanan Sendiri



Pada 26 Mac 2020oleh Ghafar NS


Oleh Ghafar NSKeputusan kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM500 dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 12 bulan dengan alasan kononnya untuk ‘membantu’ rakyat mengharungi krisis wabak Covid-19, mendapat tentangan banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa agensi.Pengumuman oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ini dilihat ramai pihak seolah-olah menunjukkan kerajaan membiarkan rakyat terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri sendiri dengan menggunakan wang simpanan yang sepatutnya digunakan untuk meneruskan kehidupan pada usia tua. Mengikut rekod, hampir 33% pencarum KWSP aktif mempunyai kurang daripada RM6,000 dalam Akaun 2 mereka setakat Disember 2018 manakala 28% mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Kebanyakan kumpulan B40 berada di dalam kategori ini.Timbul juga persoalan, bagaimana pula dengan para nelayan, petani, penjaja dan mereka yang bekerja sendiri dan tidak mencarum dengan KWSP?Cadangan tersebut sewajarnya ditarik dan digantikan dengan pemberian bantuan wang tunai bukan sahaja kepada 12 juta pencarum KWSP, tetapi juga kepada sejumlah besar tenaga kerja di Malaysia yang tidak mencarum kepada KWSP.Yang lebih penting, apakah sebenarnya peranan yang sepatutnya dimainkan kerajaan dalam menghadapi krisis maha dahsyat seumpama ini? Sudah tentu bukan dengan menyuruh rakyat menggunakan wang simpanan persaraan.Ini yang diluahkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sejak beberapa hari ini. Jauh daripada menyuruh rakyat menggunakan wang persaraan di tengah-tengah krisis yang memuncak, beliau sebaliknya menyarankan kerajaan menggunakan rizab negara atau meningkatkan sumbangan Petronas untuk mengisi kantung negara, seperti yang juga disarankan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.  Selain itu, Kit Siang turut menyarankan kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan serius terhadap cadangan sekretariat Pakatan Harapan (PH) supaya dana kecemasan diedarkan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), bermula dengan bayaran RM1,000 untuk bulan Mac dan sekali lagi untuk bulan April.Katanya, kerajaan perlu menggunakan rizabnya untuk membiayai cadangan ini, yang akan menelan kos kira-kira RM8.2 bilion. Apa yang cuba ditekan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, kerajaan harus memikirkan cara untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup kerana ada antara mereka hilang sumber mata pencarian akibat krisis Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Dan menyuruh rakyat mengeluarkan wang KWSP bukan caranya. Ini juga yang ditegaskan pihak NGO serta agensi berkaitan. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) antaranya menyatakan kerisauan dengan langkah yang diambil kerajaan. Ini kerana, secara teknikalnya kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan kepada rakyat, sebaliknya ‘memaksa’ pekerja bergantung pada dana persaraan.Timbalan Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah pula menyatakan bahawa pengiraan awal menunjukkan sekurang-kurangnya 40% ahli aktif KWSP tidak memiliki simpanan mencukupi dalam Akaun 2 bagi mereka mendapatkan manfaat daripada RM500 sebulan selama 12 bulan ke hadapan.Keputusan kerajaan ini turut dibidas mantan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Saifuddin Nasution. Menurutnya, kerajaan seharusnya menunjukkan kesediaan berkorban untuk rakyat. Malah, katanya, adalah lebih wajar memotong cukai bulanan bagi pekerja dengan gaji RM10,000 ke bawah selama 12 bulan ke hadapan.Keputusan kerajaan juga mendapat tentangan tiga pakar ekonomi; Dr Muhammaed Abdul Khalid, Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Hamdan Abdul Majeed yang berpendapat bahawa kerajaan perlu lakukan apa sahaja dengan tangkas dan mengerakkan sumber negara bagi membantu rakyat. Tambah mereka, terdapat keperluan mendesak berupa bantuan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil yang lebih terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan Covid-19 ini.Mengapa kerajaan tidak mengeluarkan sumber negara dan beri bantuan terus kepada setiap rakyat yang terjejas? Mengapa rakyat perlu menggunakan wang simpanan sendiri untuk membantu diri sendiri meneruskan hidup dalam kemelut ini? Langkah yang diambil oleh kerajaan ini merupakan langkah jangka pendek yang pasti memudaratkan masa depan rakyat. Kerajaan seharusnya memikir langkah masa panjang kerana ternyata krisis wabak ini — melihat trend dunia dan di negara ini — masih jauh daripada berakhir.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kerajaan-suruh-rakyat-guna-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

Kerajaan Mungkin Akan Guna Khidmat Atm Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 566 hits
The ReporterSemenjak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khasnya beberapa hari lalu masih ramai rakyat di negara ini yang tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaa...
Kerajaan Mungkin Lanjut Tempoh Perintah Kawalan Jika Rakyat Berdegil Covid Serius

Kerajaan Mungkin Lanjut Tempoh Perintah Kawalan Jika Rakyat Berdegil Covid Serius

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 259 hits
Kerajaan mungkin akan terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jika angka jangkitan virus COVID 19 terus meningkat dan tidak menunjukkan keadaan stabil Melalui perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jika dalam tem...
150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai Rm500 Nestlegajiseumurhidup

150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai Rm500 Nestlegajiseumurhidup

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 607 hits
150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai RM500 NestleGajiSeumurHidup Nestl Malaysia hari ini mengumumkan 150 pemenang pertama bagi peraduan terbaharu dan terbesar di seluruh negara Peraduan Nestl Gaji Seumur Hidup Denga...
Mudahkan Dan Cepatkan Wang Ke Tangan Rakyat Najib

Mudahkan Dan Cepatkan Wang Ke Tangan Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 229 hits
Najib Razak berkata kerajaan perlu segera menyalurkan wang bantuan kepada rakyat yang telah diumumkan melalui pakej rangsangan ekonomi Beliau berkata pengumuman pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ...
Rakyat Kepada Kerajaan

Rakyat Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 390 hits
kadang terfikir banyak insentif kerajaan bagiuntuk rakyat tapi apa yang rakyatbagi pula untukkerajaanselain duduk diam diamdi rumah sekarang ni apa pula yangboleh rakyat buatuntuk support kerajaan terutamanya untuk supportkewangan negara ra...
Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer Cuma Guna 2 Bahan Modal Rm11 Dapat 5 Botol

Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer Cuma Guna 2 Bahan Modal Rm11 Dapat 5 Botol

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 1225 hits
Wabak COViiID 1 9 belum nampak akan berakhir dalam masa terdekat apatah lagi di Malaysia kes yang dijangkiti semalam meningkat begitu juga di negara lain Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer Cuma Guna 2 Bahan Moda...
Ada Wang Ehsan Pesakit Covid 19 Di Kalangan Rakyat Dr Khairuddin

Ada Wang Ehsan Pesakit Covid 19 Di Kalangan Rakyat Dr Khairuddin

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 249 hits
KUALA NERUS Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan wang ehsan kepada pesakit positif wabak Covid 19 di kalangan rakyat khasnya pekerja yang terjejas jangkitan wabak ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman...
Kerajaan Pn Dipersoal Tidak Berani Guna Rizab Negara

Kerajaan Pn Dipersoal Tidak Berani Guna Rizab Negara

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 224 hits
Ketidak beranian kerajaan Melayu Perikatan Nasional menggunakan rizab persekutuan yang dikhabarkan sejumlah RM400 bilion bagi memberi elaun kepada rakyat dipersoalkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu lebih berani...
Dulu Susah Nak Jumpa Masyarakat Sekarang Kerajaan Suruh Duduk Di Rumah Pun Turun Melawat

Dulu Susah Nak Jumpa Masyarakat Sekarang Kerajaan Suruh Duduk Di Rumah Pun Turun Melawat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 807 hits
Masa berkuasa Susah nak jenguk rakyat2 yang kena TIPU Laa dah hilang kuasa dia pulak acah2 perihatin masalah rakyat tak kena masa Kerajaan suruh DUDUK DALAM RUMAH Itu pun susah nak faham ke MR Ada PHD tak menulis ni Untuk dapatkan berita da...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord