Kerajaan Setuju Kenakan Hukuman Berat Untuk Pemandu Mabuk



Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat

Loke berkata kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal Julai

Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan dipinda, Loke berkata undang-undang di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah

"Peruntukan sekarang ini kurang ketat berbanding piawaian antarabangsa, WHO," katanya dalam sidang media pasca Kabinet di kementeriannya di sini hari ini

Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000

Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000

Mengulas cadangan kerajaan Taiwan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, Loke berkata Malaysia tidak perlu mengikut undang-undang negara lain

"Kita ada undang-undang sendiri, tidak semestinya perlu ikut undang-undang negara lain

"Itu yang kita akan bincang berdasarkan piawaian antarabangsa dan hukuman yang lebih berat dan ketat akan dikenakan tapi apakah jenis hukuman itu, perlu kita dapatkan dahulu input daripada pelbagai pihak," katanya

Sumber: Bernama

source https://www.thereporter.my/2020/01/kerajaan-setuju-kenakan-hukuman-berat.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/01/kerajaan-setuju-kenakan-hukuman-berat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdrm Sokong Hukuman Berat Pemandu Mabuk Abdul Hamid

Pdrm Sokong Hukuman Berat Pemandu Mabuk Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 447 hits
SEPANG 31 JAN Polis Diraja Malaysia menyokong keputusan Kabinet untuk meminda undang undang bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta secara berbahaya Ketua Polis Negara T...
5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5715 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 466 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan mengambil initiatif untuk menghantar memorandum kempen an...
Kabinet Bersetuju Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Mabuk

Kabinet Bersetuju Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 568 hits
Sepatutnya dari dulu lagi kena hukuman berat Kalau dulu dulu pernah jugak naik motor pukul 3 pagi ngan ayah lampu hijau tgh jalan tiba2 kereta laju terus je Nasib baik sikit je lagi nak langgar Kalau buat hukuman berat mesti diorang x beran...
Pdrm Cadang Hukuman Berat Terhadap Pemandu Mabuk

Pdrm Cadang Hukuman Berat Terhadap Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 320 hits
Azisman dalam sidang media di Bukit Aman hari ini KUALA LUMPUR DIKEMASKINI Polis Diraja Malaysia mencadangkan untuk memperkasakan akta sedia ada bagi memberi hukuman lebih setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol Pengar...
Pemandu Mabuk Perlu Dikenakan Hukuman Yang Lebih Berat Pdrm

Pemandu Mabuk Perlu Dikenakan Hukuman Yang Lebih Berat Pdrm

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 24 Jan Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada mana mana individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias Azisman berkata Polis ...
Jangan Tangguh Hukuman Berat Terhadap Pemandu Mabuk Hishammuddin

Jangan Tangguh Hukuman Berat Terhadap Pemandu Mabuk Hishammuddin

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 437 hits
Kementerian Pengangkutan digesa tidak lagi berlengah mengenakan hukuman berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kemalangan jalan raya Bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata Putrajaya tidak boleh meng...
5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

5712 Ppim Desak Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk The Malaysia Online 30 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 578 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kejadian kemalangan jalan raya yang berpunca dari...
Kerajaan Bincang Perketat Undang Undang Kesalahan Pemandu Mabuk Kaji Semula Hukuman

Kerajaan Bincang Perketat Undang Undang Kesalahan Pemandu Mabuk Kaji Semula Hukuman

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 385 hits
Kuala Lumpur 29 Jan Kerajaan akan mengetatkan hukuman ke atas pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook Menurutnya kementerian sedang menunggu pandangan dari pelbagai pihak ter...
Pemandu Mabuk Bila Kerajaan Nak Ambil Tindakan

Pemandu Mabuk Bila Kerajaan Nak Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 316 hits
BANGI Boleh dikatakan hampir saban hari kemalangan melibatkan pemandu mabuk berlaku di negara ini Naib Presiden gerakan Islam utama Ikatan Muslimin Malaysia Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin kehairanan kerana kerajaan masih belum mengambil se...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu

Empty Page Lupakanku Chord